Pergi ke kandungan

Kota Setar, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kota Setar)
Daerah Kota Setar
داءيره كوتا ستار
Transkripsi lain
 • Cina哥打士打县
Gē dǎ shì dǎ xiàn (Pinyin)
 • Tamilகோத்தா ஸ்டார்
Kōttā Sṭār (Transliterasi)
Lokasi Daerah Kota Setar di Kedah
Lokasi Daerah Kota Setar di Kedah
Koordinat: 6°5′U 100°20′T / 6.083°U 100.333°T / 6.083; 100.333
Negara Malaysia
Negeri Kedah
SeatAlor Setar
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Alor Setar
Keluasan
 • Jumlah
422 km2 (163 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah
374,051
 • Kepadatan890/km2 (2,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (WMP)UTC+8
Poskod
05xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK
Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar
Sempadan daerah Kota Setar dan Yan di Kota Sarang Semut

Kota Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah inilah terletaknya Bandar Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah.

Asal-usul nama

[sunting | sunting sumber]

Nama Kota Setar berasal daripada perkataan setar atau pokok ‘stak’ (Bouea macrophylla) yang tumbuh di kawasan ini.

Sejak tahun 1991, seluruh Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar merangkumi 34 buah mukim, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar merangkumi 28 buah mukim dan Pejabat Tanah Pokok Sena merangkumi enam buah mukim. Pada 1 Januari 2008, daerah Pokok Sena telah diasingkan daripada daerah Kota Setar selepas tertubuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.[2]

Pihak berkuasa tempatan di daerah Kota Setar ialah Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis Bandaraya Alor Setar telah dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran Kota Setar pada 28 November 2003 sekaligus menjadi bandaraya ke-sembilan di Malaysia.[3]

Daerah Kota Setar bersempadan dengan daerah Kubang Pasu di utara, daerah Pokok Sena di timur, daerah Pendang di tenggara, daerah Yan di selatan dan Selat Melaka di barat.

Berikut merupakan keluasan dan populasi penduduk bagi mukim-mukim di Kota Setar.

Bil Senarai Mukim Keluasan (km²)[4] Populasi Penduduk[5]
1Kota Setar6.2922,364
2Kuala Kedah9.9520,924
3Tajar44.3516,244
4Derga29.4832,227
5Alor Merah5.599,655
6Pengkalan Kundor41.2861,357
7Anak Bukit8.910,700
8Titi Gajah13.024,999
9Kubang Rotan22.06,716
10Kangkong22.538,640
11Langgar10.368,262
12Limbong7.061,620
13Mergong12.5827,616
14Sungai Baharu5.752,024
3Sala Kechik15.616,927
16Lengkuas8.611,939
17Bukit Pinang9.98,616
18Alor Malai7.7630,747
19Telok Kechai7.759,894
20Telok Chengai5.216,964
21Tebengau16.944,714
22Gunong19.247,475
23Padang Lalang23.999,263
24Telaga Mas13.533,538
25Lepai6.783,313
26Hutan Kampong10.097,962
27Padang Hang21.974,405
28Pumpong11.1818,071

Bandar dan pekan

Bandar Alor Setar

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Pecahan penduduk mengikut kaum di daerah Kota Setar (2010)

  Melayu dan bumiputera lain (73.53%)
  Cina (21.99%)
  India (2.32%)
  Lain-lain (0.35%)
  Tiada data (1.81%)

Pecahan penduduk mengikut jantina di daerah Kota Setar (2010)

  Lelaki (49.96%)
  Perempuan (50.04%)

Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kota Setar ialah seramai 357,176 orang dengan kepadatan penduduk 850 orang perkilometer persegi.[5] Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 262,027 orang. Terdapat sebanyak 86,456 isi rumah dengan 93,190 tempat kediaman.[5]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Warganegara Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Melayu 262,027
Bumiputera lain 610
Cina 78,542
India 8,298
Lain-lain 1,253
Bukan warganegara tiada data 6,446
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Jumlah
70 tahun dan ke atas 16,251
60 hingga 69 tahun 24,222
50 hingga 59 tahun 41,171
40 hingga 49 tahun 45,777
30 hingga 39 tahun 42,726
20 hingga 29 tahun 54,272
10 hingga 19 tahun 73,128
9 tahun dan ke bawah 59,629
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Jumlah
Lelaki 178,457
Perempuan 178,719

Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

[sunting | sunting sumber]

Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Rakyat

Parlimen Kerusi Ahli Parlimen Parti
P9 Alor Setar Chan Ming Kai Pakatan Harapan (PKR)
P10 Kuala Kedah Dr Azman Ismail Pakatan Harapan (PKR)

Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Undangan Negeri Kedah

Parlimen DUN Kerusi Ahli DUN Parti
P9 N12 Suka Menanti Zamri Yusuf Pakatan Harapan (PKR)
P9 N13 Kota Darul Aman Teh Swee Leong Pakatan Harapan (DAP)
P9 N14 Alor Mengkudu Phahrolrazi Zawawi Pakatan Harapan (AMANAH)
P10 N15 Anak Bukit Amiruddin Hamzah PEJUANG
P10 N16 Kubang Rotan Mohd Asmirul Anuar Aris Pakatan Harapan (AMANAH)
P10 N17 Pengkalan Kundor Ismail Salleh Pakatan Harapan (AMANAH)

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
Sebuah sekolah di daerah Kota Setar

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kubang Pasu sehingga tahun 2019[6];

Sekolah*

Jenis sekolah Bilangan

sekolah

Jumlah murid Jumlah guru
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Sekolah rendah 88 15,455 14,812 692 2,084
Jumlah 88 30,267 2,776
Sekolah menengah 37 12,685 13,580 869 1,981
Jumlah 37 26,265 2,850
Keseluruhan 125 28,140 28,392 1,561 4,065
Jumlah keseluruhan 125 56,532 5,626

*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri

  1. ↑ "Penemuan utama banci penduduk dan perumahan Malaysia 2020". https://www.mycensus.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. {{cite web}}: External link in |website= (bantuan)CS1 maint: url-status (link)
  2. ↑ "Latar Belakang Daerah Kota Setar".{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  3. ↑ "Latar Belakang Majlis Bandaraya Alor Setar".{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  4. ↑ "Kota Setar, district in Malaysia". citypopulation.de. Dicapai pada 3 Januari 2022.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  5. 1 2 3 "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". mycensus.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  6. ↑ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2021.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)