Saifuddin Nasution Ismail
YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail | |
---|---|
![]() | |
Menteri Dalam Negeri | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Pantai Jerejak | |
Memegang jawatan 2 Ogos 2018 - 28 Jun 2023 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kulim-Bandar Baharu, Kedah | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Machang, Kelantan | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Lunas | |
Dalam jawatan 29 November 2000 – 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | Singapura, Malaya (kini negara Singapura) | 7 Disember 1963
Parti politik | ![]() ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() Barisan Alternatif (1999-2008) ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Norhayati Musa |
Pendidikan | Sarjana Sains (Agronomi) |
Alma mater | Universiti Putra Malaysia |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 Kabinet Malaysia 2022 |
Anugerah | Senarai |
YB Senator Datuk Seri [1] Saifuddin Nasution bin Ismail (lahir 7 Disember 1963) merupakan ahli politik yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dan seorang ahli politik Malaysia sehingga Februari 2020 dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mendapat pendidikan di Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun dan mendapatkan Sijil Pengurusan Latihan. Selain itu beliau mendapat Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia.[2] Pada peringkat parti, beliau ialah bekas Setiausaha Agung KEADILAN
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Saifuddin Nasution berasal dari Singapura. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lain-lain lokasi kerana Perang Belanda-Aceh. Anaknya Arham Rahimin Nasution melanjutkan pelajaran ke Mesir di sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Ma'ahad Buuth Islamiyyah di bawah naungan Al-Azhar. Dan kini anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan kerana semangat cita-citanya yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli politik.[3]
Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu PWTC.[4]
Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.[5]
Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.[6]. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar "Kalau tidak, saya anggap Pemuda UMNO tiada telur".[6]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.
Keputusan Pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Pakatan Rakyat | Undi | % | Barisan Nasional | Undi | % | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 21,041 | 51% | Sazmi Miah (UMNO) | 19,581 | 47% |
Tahun | Pakatan Rakyat | Undi | % | Barisan Nasional | Undi | % | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 15,953 | 37% | Lim Bee Kau | 26,269 | 61% |
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ 5 menteri bergelar Datuk Seri
- ^ "Saifuddin Nasution bin Ismail, Y.B. Tuan". Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2010. Dicapai pada 28 May 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Othman Mohamad (30 November 2000). "Keadilan menang pilihan raya kecil Lunas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-28. Dicapai pada 28 Februari 2017.
- ^ Muzliza Mustafa. "BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat Read more: BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat". New Straits Times. Dicapai pada 11 October 2014.
- ^ Habibu, Sira (10 Januari 2010). "PKR picks Saifuddin to replace Salehuddin". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2010. Dicapai pada 11 Januari 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Persidangan Asia Pasifik Timor Timur II. Retrieved 2011-08-03.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
,
- Kelahiran 1963
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Mandailing
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Singapura
- Orang Malaysia berketurunan Batak
- Bekas anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15