Puchong, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Puchong
Puchong
Mohor  bagi Puchong
Mohor
Nama samaran: Puchong, Bandar Bunga Kenanga Puchong, Bandar Bunga Semarak Api
Moto: Perbandaran Bestari,Kota Niaga Kediaman Idaman Menjadi sebuah pihak berkuasa tempatan bertaraf dunia
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Pembentukan sekitar 1900
Dinaik taraf Perbandaran Subang Jaya - Bahagian Puchong Dinaik taraf Perbandaran Sepang - Puchong Selatan 2 Januari 1997 3 Mac 2005
Kerajaan
 - Datuk Bandar Subang Jaya- Bahagian Puchong

Datuk Bandar Sepang-Bahagian Puchong Selatan

Tuan Adnan Bin Hj. Md. Ikshan

Tuan Azizan Bin Mohamad Sidin

Datuk Bandar Kuala Lumpur:Datuk mohd Amin Nordin
Kepadatan (2007)
 - Jumlah 380,000
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak berkenaan (UTC)
Laman web: http://www.mpsj.gov.my/ dan http://www.mpsepang.gov.my/

Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur-Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil terangkum di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kawasan batu 6 hingga ke Jalan Klang Lama yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sebahagian besar dalam Daerah Petaling, ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.

Puchong terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Puchong yang mengandungi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan Kinrara dan Seri Serdang dan Parlimen Sepang yang merangkumi Puchong Selatan yang diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil.Manakala,kawasan Batu 6 Puchong yang berada di sebelah Kuala Lumpur terletak di bawah kawasan parlimen Lembah Pantai.

Sejarah Puchong[sunting | sunting sumber]

Puchong telah wujud sekurang-kurangnya 120 tahun dahulu. Contohnya dikatakan Kuil Hindu di Puchong Batu 12 mempunyai sejarah selama 120 tahun. Manakala bagi SRK(C) Han Ming di Puchong Batu 14, ia telah disahkan mula beroperasi sejak tahun 1921 manakala SRJK (C) Sin Ming di Puchong Batu 17 mula beroperasi pada tahun 1934. Terdapat juga Sekolah Melayu yang awal dibina di Puchong iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang mula dibuka pada tahun 1946.

Sejarah awal Puchong adalah tidak jelas. Tetapi sejarah Puchong sehingga tahun 1980-an masih boleh dikesan melalui sumber lisan.

=

Agama[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai agama anutan penduduk Puchong. Puchong merupakan kawasan yang didiami oleh pelbagai kaum dan fahaman agama. Terdapat lebih 7 buah masjid, 6 kuil hindu, 4 kuil Buddha dan beberapa buah gereja kecil yang boleh didapati di Puchong. Antara yang terdapat di Puchong ialah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Al-Husna Pusat Bandar Puchong, Masjid Bandar Bukit Puchong, Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, sebuah Gereja Katolik serta sebuah Kuil Buddha bernama Lumbini Garden telah dibuka di Bandar Puteri.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang kurang baik dan kurang cekap. Ini kerana perkhidmatan bas yang sedia ada amat kurang memuaskan oleh kerana masa perjalanan yang tidak menentu. Di samping itu, perkhidmatan teksi juga tidak mengikut meter dan ini boleh didapati disekitar IOI Mall dan Tesco. Oleh kerana itu RapidKL telah menstrukturkan semula perkhidmatan bas ini dengan menyediakan bas-bas transit yang selesa dan mengikut waktu bagi menggantikan perkhidmatan bas yang sedia ada. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban pengguna perkhidmatan awam di Puchong

Oleh kerana kawasan Puchong merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat, kerajaan persekutuan telah meluluskan satu projek mega untuk memanjangkan jaringan Star LRT ke Puchong dari stesen Sri Petaling bagi memenuhi keperluan penduduk Puchong. Kertas cadangan ini telah pun dipersetujui oleh parlimen dan peruntukan sebanyak RM 10 bilion telah diluluskan bagi memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang. Cadangan ini telah pun diluluskan dan kerja-kerja gunatanah sedang giat dijalankan. Puchong akan menerima 13 stesen baru.

Di samping itu, Puchong mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain Jalan Puchong, Puchong mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti:

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Puchong hanya mempunyai dua buah institusi pengajian swasta yang bertaraf kolej universiti iaitu Binary University College yang terletak di IOI Business Centre di Puchong Jaya dan Rima International University College yang terletak di Bandar Puteri serta 2 buah kolej swasta di Puchong Prima iaitu KFCH International College (

dahulunya dikenali sebagai Paramount International College) dan Kolej MASA (Malaysian Academic & Skills Advancement). Di samping itu Puchong juga mempunyai lebih daripada 10 sekolah menengah dan lebih 20 sekolah rendah.

Senarai sekolah menengah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Islam Puchong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Batu 14
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Kinrara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Kinrara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Kinrara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya A
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya B
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl
  • Sekolah Menengah Dharma Jalan Puchong Batu 6
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai

Senarai sekolah rendah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
  • Sekolah kebangsaan Puchong Batu 14
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 1
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
  • Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3
  • Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yak Chee
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Harcroft
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kheng Chee
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Kinrara
  • Sekolah Rendah Satya Sai
  • Sekolah Kebangsaan Sri Suria Taman Tan Yew Lai
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Puchong Batu 14
  • Sekolah Rendah Agama Batu 13 Puchong

Sukan dan Rekreasi[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai beberapa kompleks sukan antaranya Kompleks Sukan Rakan Muda di Batu 12 Puchong, MBA iaitu sebuah pusat sukan khusus untuk sukan badminton dan sebuah stadium mini di Bandar Kinrara. Di Bandar Kinrara juga terdapat sebuah kelab golf iaitu Kinrara Golf Club (KGC). Serta terdapat Kelab Sukan Puchong United yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Bagi pusat reakreasi pula terdapat banyak tasik di Puchong yang telah bertukar menjadi pusat rekreasi antaranya Tasik Sri Aman (tempat dahulunya terkenal dengan buaya puchong), Tasik Wawasan, di Pusat Bandar Puchong (sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar), Tasik Puchong Perdana (Permandangan menghadap Masjid Puchong Perdana), Taman Tasik Prima dan Pusat Rekreasi Bandar Puteri (bersebelahan Pusat Sukan MBA).

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pusat kesihatan di Puchong, antaranya Pusat Rawatan Islam Puchong, Pusat Perubatan KPMC[1], Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 14, Klinik Desa Kampung Pulau Sebok, Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 13. Terbaru sebuah hospital swasta dengan 78 katil dibina di Bandar Puteri yang dikenali sebagai Columbia Asia Medical Center. Hospital swasta ini sudah pun memulakan operasi akhir tahun 2007.Terdapat sebuah lagi klinik kerajaan iaitu Klinik kesihatan Petaling Bahagia yang terletak di Batu 6 Jalan Puchong iaitu di sebelah Kuala Lumpur.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan. Antaranya ialah DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Puchong juga merupakan pusat bagi perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk dan menjadikannya sebuah bandar yang penting di Malaysia.

Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.

Senarai Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai banyak kawasan perumahan yang pesat membangun. Antaranya ialah:-

DI bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

  • Taman Sri Jati
  • Kampung Petaling Bahagia
  • Taman Tan Yew Lai
  • Taman Awan
  • Taman Yarl
  • Taman Lucky
  • Kondominium Tiara Mutiara 1 & 2
  • Taman Kuchai
  • Taman Nam Fong
  • Kondominium Suteramaya
  • Kampung Bohol
  • Taman Puchong Batu 6 1/2
  • OUG Parklane
  • Taman Angkasa
  • Taman Puchong Indah batu 6 1/2
  • Taman Sri Pandyan
  • Kuaters JKR Jalan Puchong Batu 6 1/2
  • PPR Kampung Muhibbah
  • Landang Bukit Jalil batu 6 1/2 Puchong
  • Kinrara Mas
  • Kem Tentera Kinrara Batu 7 1/2
  • PPR Pinggiran Bukit Jalil
  • Mutiara Bukit Jalil

Di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya[sunting | sunting sumber]

Di bawah Majlis Perbandaran Sepang[sunting | sunting sumber]

Pembahagian Kawasan Poskod Baru 471xx[sunting | sunting sumber]

Puchong kini memiliki 11 zon poskod (termasuk yang berada dalam Kuala Lumpur).Ini adalah kerana kawasan ini antara yang paling pesat membangun. Berikutan dengan itu, pertambahan bilangan penduduk telah menyebabkan kawasan yang sebelumnya menggunakan 47100 Puchong, kini telah berkembang pada dua angka dihujungnya (47100 - 47190). Ini bagi memudahkan kawasan-kawasan ini dikenali melalui poskod baru itu selain memudahkan urusan surat menyurat atau kurier oleh Pos Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Kawasan yang menggunakan poskod 58200 Kuala Lumpur (Terangkum dalam Wilayah Persekutuan, telah terpakai sekian lama)

  • Taman Sri Jati
  • Kampung Petaling Bahagia
  • Taman Tan Yew Lai
  • Taman Awan
  • Taman Yarl
  • Taman Lucky
  • Kondominium Tiara Mutiara 1 & 2
  • Taman Kuchai
  • Taman Nam Fong
  • Kondominium Suteramaya
  • Taman Puchong Batu 6 1/2
  • OUG Parklane
  • Taman Angkasa
  • Taman Puchong Indah Batu 6 1/2
  • Taman Sri Pandayan
  • Kampung Bohol
  • Taman Industri OUG Jalan Puchong
  • PPR Kampung Muhibbah
  • Ladang Bukit Jalil Batu 6 1/2 Puchong
  • Kem tentera Kinrara Batu 71/2
  • Kinrara Mas
  • PPR Pinggiran Bukit Jalil
  • Kuaters JKR Jalan Puchong Batu 6 1/2
  • Mutiara Bukit Jalil

Kawasan yang menggunakan poskod 47100 Puchong (Poskod asal)

Kawasan yang menggunakan poskod 47110 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47120 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47130 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47140 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47150 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47160 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47170 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47180 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 47190 Puchong

Kawasan yang menggunakan poskod 43300 Seri Kembangan (Diserap)

Senarai Kompleks Beli-belah[sunting | sunting sumber]

Senarai Institusi Kewangan[sunting | sunting sumber]

Bank tempatan[sunting | sunting sumber]

Bank luar negara[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]