Bichon Havana
Nama lain | Anjing Havana Bichon Cuba Havana | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Cuba[1] (AKC) / Rantau Laut Tengah Barat[2][3][4] (FCI) | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Bichon Havana[a] atau anjing Havana[b] satu baka jenis bichon, iaitu anjing kebangsaan Cuba, yang dikembangkan daripada blanquito de la Habana ("anjing putih kecil Havana") yang kini pupus.[5] "Anjing putih kecil" ini diturunkan daripada bichon Tenerife yang kini juga pupus. Anjing putih kecil ini dipercayai kemudiannya membiak secara silang dengan jenis bichon lain, termasuk pudel, untuk menghasilkan yang kini dikenali sebagai anjing Havana. Ia kadang-kadang dirujuk sebagai "anjing sutera Havana", namun ini merupakan baka terpisah, yang telah dibiakbakakan untuk memenuhi piawaian asli Cuba.[perlu rujukan]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anjing Havana ialah anjing mainan dengan lapis bulu sutera. Ketinggian anjing Havana berkisar dalam lingkungan 8 1⁄2–11 1⁄2 inci (22–29 cm) pada paras kelasa dengan berat unggul 9–10 1⁄2 inci (23–27 cm). Tubuhnya, yang diukur dari titik bahu ke titik punggung, adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggian pada paras kelasa, lalu memberi anjing ini penampilan lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggian.[6]
Salah satu aspek unik baka ini ialah garis atasnya yang ternaik sedikit dari kelasa ke krup, lalu menghasilkan garis atas yang lurus tetapi tidak separas. Sebagai anjing yang terkenal dengan gaya jalan mencolok dan cergas, dorongan punggung kuat dan lengan atas lebih pendek sedikit menghasilkan gerakan menganjal dan bukannya menjauh. Sudut garis atas tidak berubah semasa pergerakan dengan gaya jalan semula jadi.[6]
Muncungnya penuh dan meruncing sedikit di bahagian hidung. Ia tidak mempunyai rupa kependekan atau ketajaman. Panjang tengkorak yang diukur dari stop ke titik oksiput adalah sama dengan panjang muncung. Bahagian atas tengkorak adalah agak rata dan tengkorak belakangnya membulat.[6]
Panjang dari kaki ke siku adalah sama dengan panjang dari siku ke kelasa. Dada hadapan adalah jelas. Apabila dalam kedudukan berdiri, sternumnya sebaris dengan siku yang mewujudkan dada dalam. Rusuknya cukup melengkung dan abodmennya agak berkelim.[6]
Anjing Havana mempunyai mata hitam padu — kecuali anjing berwarna coklat yang mungkin mempunyai mata perang — dan kelopak mata berbentuk badam yang dikelilingi oleh pigmen hitam. Telinganya, apabila dipanjangkan, mencapai separuh jalan ke hidung. Telinganya melengkung sedikit ke atas di pangkal dan tergantung di sisi kepala tanpa menyentuh muka. Ekornya terangkat dengan melengkung ke arah hadapan ke atas belakangnya. Walaupun jumbai bulu panjang ekor jatuh pada tubuh, ekornya sendiri tidak pernah menyentuh belakang.[6]
Bulu dan warna
[sunting | sunting sumber]Anjing Havana mempunyai lapis bulu ganda panjang dan berjumbai.[7] Lapis bulunya panjang, lembut, ringan, dan bak sutera.[8] Lapis bulu anjing Havana sedikit beralun, lebat, dan bergelombang. Tidak seperti baka berlapis bulu ganda lain, lapis bulu luar anjing Havana tidak kasar mahupun terlebih padat, tetapi agak lembut dan ringan.[perlu rujukan] Lapis bulu bawah kadang-kadang tiada sama sekali.[perlu rujukan] Lapis bulu anjing Havana patut sangat lembut, hampir dingin kepada sentuhan, seperti sutera.[6]
Lapis bulunya ditunjukkan secara semula jadi dalam keadaan terberus atau terpintal,[6] iaitu teknik yang mengubah lapis bulu panjang menjadi pintalan bulu, yang serupa dengan rambut pilinan pada manusia.[perlu rujukan]
Walaupun terdapat sedikit hujah sama ada anjing Havana asli semuanya berwarna putih atau berlainan warna,[perlu rujukan] anjing Havana moden dapat diterima dengan semua warna dan corak lapis bulu.[6] Semua anjing berwarna patut mempunyai hidung hitam dan pigmen hitam di sekeliling mata, kecuali anjing coklat (perang), yang mungkin mempunyai pigmen perang gelap pada hidungnya.[6]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 14.5 tahun berbanding dengan 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang daripada sampel 56 ekor anjing Havana.[9]
Anjing Havana terutamanya menderitai tempurung lutut terkehel, penyakit hati, penyakit jantung, katarak, dan displasia retina.[10]
Anjing Havana cenderung terhadap adenitis sebum.[11]
Sebuah kajian ke atas lebih daripada 90,000 ekor anjing yang menghadiri Hospital Pengajar Perubatan Veterinar Universiti California-Davis mendapati bahawa anjing Havana cenderung terhadap pirau portosistemik: 4.35% daripada jumlah anjing Havana menghidap keadaan ini berbanding dengan 0.35% untuk anjing baka kacuk.[12]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Anjing Havana ialah anggota keluarga anjing bichon. Leluhur baka ini dipercayai berasal dari Tenerife.[1] Daftar isi kapal dari Tenerife yang menuju ke Cuba menyenaraikan anjing sebagai penumpang yang dibawa naik dan anjing ini kemungkinan besar merupakan anjing Tenerife. Seseetengah pihak percaya bahawa seluruh keluarga anjing bichon dapat dijejak kembali kepada anjing Tenerife, manakala yang lain berteori bahawa asal usulnya adalah di Malta dengan mengupas tulisan Aristoteles dan bukti sejarah lain tentang kehadiran awal anjing sedemikian di Malta. Walau apa pun asal usul sebenar anjing bichon, anjing kecil ini tidak lama kemudian menjadi pendamping setia kepada kolonis Sepanyol di Cuba dan sangat dikagumi oleh golongan bangsawan.[1][13]
Sebagai sebahagian daripada Revolusi Cuba, orang Cuba kelas atasan dan yang lain yang ditandai untuk dimusnahkan oleh pihak komunis melarikan diri ke Amerika Syarikat, tetapi hanya sedikit yang dapat membawa anjing mereka. Apabila pembiak baka Amerika berminat dengan anjing jarang dan menawan ini pada tahun 1970-an, takungan gen Amerika Syarikat hanya terdiri daripada 11 ekor anjing.[14] American Kennel Club (AKC) hanya mengiktiraf baka anjing Havana secara rasmi pada tahun 1996.[1]
Dengan pembiakbakaan berdedikasi dan pemerolehan sesetengah anjing baharu di peringkat antarabangsa, anjing Havana telah membuat kemunculan semula besar dan merupakan salah satu baka anjing paling pesat berkembang dalam AKC.[perlu rujukan] Statistik AKC tahun 2013 meletakkan anjing Havana sebagai baka tulen ke-25 paling popular di Amerika Syarikat dengan peningkatan kepopularan dari tempat ke-28 pada tahun 2012.[15]
Kegiatan
[sunting | sunting sumber]Oleh sebab sifat ramah dan mudah terlatih anjing Havana, ia digunakan untuk pelbagai pekerjaan yang melibatkan orang ramai, termasuk anjing terapi, anjing bantuan, seperti anjing isyarat untuk orang kurang upaya pendengaran, anjing persembahan, pengesanan kulapuk dan anai-anai, serta penjejakan.
Anjing Havana juga bertanding dalam pelbagai sukan anjing, seperti ketangkasan anjing, flyball, gaya bebas anjing muzikal, dan pelatihan kepatuhan.[perlu rujukan]
Sebagai anjing pertunjukan
[sunting | sunting sumber]Piawaian baka mencatatkan bahawa kecuali pemendekan sedikit di sekeliling kaki untuk membolehkan kaki kemas, ia patut ditunjukkan tanpa pangkasan bulu;[1] sebarang pemangkasan lanjut, penyikat berbalik, atau pengacauan bulu lain adalah bertentangan dengan jenis dan tidak akan diizinkan untuk titik penempatan penghalang dalam pertunjukan anjing. Piawaian baka menyatakan bahawa ekor tidak boleh terpotong. Piawaian American Kennel Club mengizinkan agar jumbai kepala di atas setiap mata dipersiapkan dalam dua tocang kecil yang diikat dengan gelang elastik biasa.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bichon Havana |
- ^ a b c d e "Get to Know the Havanese" (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club; dicapai pada 22 Januari 2024.
- ^ "Standard FCI N°250 BICHON HAVANAIS" [Piawaian FCI No. 250 Bichon Havana] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Disember 2016. Dicapai pada 22 Januari 2024.
- ^ "Estándar-FCI N° 250 BICHON HAVANAIS (Bichón habanero)" [Piawaian FCI No. 250 Bichon Havana] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Diterjemahkan oleh Martínez, Miguel Ángel. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Disember 2016. Dicapai pada 22 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 250 HAVANESE (Bichon havanais)" [Piawaian FCI No. 250 Bichon Havana (Anjing Havana)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Disember 2016. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ Portuondo, Zoila (26 Ogos 2023). "Bichón habanero, el carismático faldero nacido en Cuba" [Bichon Havana, anjing riba berkarisma yang lahir di Cuba]. OnCubaNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ a b c d e f g h i j "Havanese Standard" [Piawaian Anjing Havana] (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ Bellamy, Kim K. L.; Lingaas, Frode; Madsen, Per (16 November 2021). "Heritability of distichiasis in Havanese dogs in Norway" [Kebolehwarisan distikiasis pada anjing Havana di Norway]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 8 (1): 11. doi:10.1186/s40575-021-00110-5. ISSN 2662-9380. PMC 8594152 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34784963 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 244270590 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Frazer, Megan M.; Schick, Anthea E.; Lewis, Thomas P.; Jazic, Edward (6 Januari 2011). "Sebaceous adenitis in Havanese dogs: a retrospective study of the clinical presentation and incidence" [Adenitis sebum pada anjing Havana: kajian retrospektif tentang perbentangan klinikal dan insiden]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 22 (3): 267–274. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00942.x. ISSN 1365-3164. PMID 21210878. S2CID 20804363.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "Havanese" [Anjing Havana]. Canine Inherited Disorders Database (dalam bahasa Inggeris). 2 Januari 2004. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
- ^ Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas R.; Bannasch, Danika L.; Belanger, Janelle Maria; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)" [Prevalens kecelaruan terwaris dalam kalangan anjing baka kacuk dan baka tulen: 27,254 kes (1995–2010)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549. ISSN 1943-569X. PMID 23683021. S2CID 23592660.
- ^ "Havanese" [Anjing Havana]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ Klumb, Diane; Baldwin, Joanne (10 Julai 2006). "Chapter 1: History of the Havanese: In Cuba and Beyond" [Bab 1: Sejarah Anjing Havana: Di Cuba dan Selanjutnya]. The Havanese [Anjing Havana] (dalam bahasa Inggeris). North Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarikat: BookSurge Publishing. ISBN 9781419642807. OCLC 1265414609.
- ^ American Kennel Club 2013 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, dicapai 8 Februari 2024