Bidaan Paris ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas dan Paralimpik 2024

Pengenalan · Paris


Sukan Olimpik Musim Panas 2024
Sukan Paralimpik 2024
Maklumat
Bandar raya Paris, Perancis
NOC Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan Perancis (CNOSF)
Penganjur sebelumnya
Sukan Olimpik Musim Panas 1900
Sukan Olimpik Musim Panas 1924
Membida untuk 1992, 2008 dan 2012
Keputusan
Hasil keputusan Los Angeles menarik diri untuk membida Sukan Olimpik 2028, jadi Paris menang
-

Sukan Olimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat)
  • Rumusan kronologi

Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat )
  • Rumusan kronologi

Bidaan Paris ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024 merupakan bidaan yang berjaya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2024 dan Sukan Paralimpik 2024.[1] Bandaraya Paris mengumumkan bidaannya secara rasminya pada Hari Olimpik 2015. Berikutan dengan penarikan diri calon-calon yang lain, IOC mengambil keputusan untuk mengumumkan tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2024 dan 2028 pada masa yang sama. Setelah Los Angeles setuju untuk menganjurkan edisi 2028, Paris diumumkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 semasa Mesyuarat IOC Sesi ke-131 yang dianjurkan di Lima, Peru pada 13 September 2017.[2]

Bandaraya Paris pernah menganjurkan Sukan Olimpik sebanyak dua kali pada tahun 1900 dan 1924. Paris akan menjadi bandar yang kedua untuk menganjur Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selepas London. Tahun 2024 juga merupakan ulang tahun keseratus bagi Sukan Olimpik 1924 yang turut dianjurkan di Paris dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 1924 yang dianjurkan di Chamonix, Perancis.[3] Selain itu, negara Perancis juga pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1924, 1968 dan 1992.

Gelanggang[sunting | sunting sumber]

Zon Grand Paris[sunting | sunting sumber]

Zon Pusat Paris[sunting | sunting sumber]

Zon Versailles[sunting | sunting sumber]

Kawasan lain[sunting | sunting sumber]

Logo Bidaan Paris

Bangunan lain[sunting | sunting sumber]

  • Le Bourget - Pusat Akhbar Utama, Pusat Penyiaran Antarabangsa, Kampung Media
  • L'Île-Saint-Denis (akan dibina) - Kampung Olimpik
  • Taman Pameran Marseille Chanot - Kampung Olimpik satelit bagi atlet bola sepak (dan pasukan yang bertanding di luar kawasan Lille, Nantes atau Paris) dan atlet melayar

Stadium bola sepak[sunting | sunting sumber]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Logo pembidaan telah ditunjukkan kepada orang awam buat kali pertama pada 20:24, 9 Februari 2016 di Arc de Triomphe, Logo tersebut menampilkan Menara Eiffel yang dibentuk daripada reben dinamik yang berwarna sama dengan cincin Olimpik. Logo tersebut juga menampilkan nisbah "2" dan "4" yang mewakili tahun "1924" (Paris terakhir menganjurkan Sukan Olimpik pada 1924) dan "2024". Logo ini direka bentuk oleh agensi Perancis Dragon Rouge.[4] Menurut kenyataan jawatankuasa pembidaan, logo ini direka bentuk untuk "mewakili sifat dinamik, berseri-seri dan terbuka bandaraya tersebut”, serta "mencerminkan sejarah bandaraya ini yang kaya dan indah, di samping menyampaikan rasa optimistik yang positif, dorongan serta cita-cita metropolis yang bersemangat dan bertenaga ini".[5]

Semasa menghantar dokumen bidaan pertamanya, Paris telah menggunakan slogan "Kuasa Impian" (Inggeris: The Power of Dreams; Perancis: La force d’un Rêve).[6][7] Ketika menghantar dokumen bidaan ketiga dan terakhirnya, pada 3 Februari 2017, mereka telah melancarkan slogan baharunya, "Dibuat untuk Berkongsi" (Inggeris: Made For Sharing; Perancis: "Venez Partager") di Menara Eiffel, dengan Menara Eiffel diterang seperti logo bidaan.[8]

Bidaan ini telah dipromosikan secara besar-besaran semasa Tour de France 2017. Anggota pasukan bidaan akan membantu menghadiahkan jersi kuning kepada tempat pertama bagi setiap peringkat, dan semasa hari terakhir di Paris para pelumba melalui Grand Palais (tempat acara lawan pedang dan taekwondo) sebelum berakhir di Champs-Élysées (tempat acara lumba basikal jalan raya). Tambahan pula, ketika peringkat 12 dari [[Pau, Pyrénées-Atlantiques |Pau]] hingga Peyragudes, sebuah tanda khas telah diletakkan di kilometer ke-2024 dalam perlumbaan itu untuk mempromosikan bidaan ini.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Paris2024". paris2024.org. Dicapai pada 2016-07-06.
  2. ^ "Olympic Games: Paris & LA to host 2024 & 2028 respectively". BBC. Dicapai pada 16 September 2017
  3. ^ Ziegler, Martyn (23 June 2015). "Paris 2024 Olympic bid: French capital launches bid to host Summer Olympics 100 years after last hosting the Games". The Independent. Dicapai pada 20 April 2019.
  4. ^ "Paris 2024 unveils logo for Olympic and Paralympic Games Bid". Around the Rings. Infobae. 12 July 2021. Dicapai pada 1 Jun 2022.
  5. ^ Livingstone, Robert (9 Februari 2016). "Paris 2024 Revelling With New "Eiffel Tower Look" Logo and Four Major Sponsorships". gamesbids.com. Dicapai pada 1 Jun 2022.
  6. ^ Zaccardi, Nick (17 Februari 2016). "Paris 2024 Olympic bid slogan, Eiffel Tower venue renderings unveiled". NBC Sports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Jun 2022.
  7. ^ "Paris submits 'Power of Dreams' 2024 Olympic bid". France 24 (dalam bahasa Inggeris). AFP. 17 Februari 2016. Dicapai pada 1 Jun 2022.
  8. ^ Livingstone, Robert (3 Februari 2016). "Paris 2024 Olympic Bid Goes International With "Made For Sharing" Slogan". gamesbids.com. Dicapai pada 1 Jun 2022.
  9. ^ Paris 2024 at the KM 2024 - Stage 12 - Tour de France 2017. YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-11.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Fail Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Dokumen lain[sunting | sunting sumber]