Biya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kepingan bia berukuran 2.6 sm; Palou Tello, Kepulauan Batu, Indonesia

Biya[1][2] atau bia[3] (Bahasa Inggeris: cowry atau cowrie[2] - juga diserap sebagai kowri[4]) adalah cengkerang didapati daripada siput laut dan moluska gastropod famili Cypraeidae di kawasan Lautan Hindi. Ia pernah digunakan sebagai suatu mata wang di Kepulauan Maldives, Sri Lanka, sepanjang pantai Malabar India, Borneo dan pulau-pulau Nusantara lain, dan di berbagai bahagian pantai Afrika dari Ras Hafun hingga Mozambique; mata wang ini penting dalam jaringan perdagangan Afrika, Asia Selatan, dan Asia Timur pada suatu ketika dahulu.

Kelaziman sebagai mata wang[sunting | sunting sumber]

Bermula lebih tiga ribu tahun yang lalu, cangkang cowrie, atau salinan cengkerang, digunakan sebagai mata wang China. Kebiasaan ini turut diabadikan dalam bahasa penulisan zaman itu di mana aksara mewakili "wang" (貝 atau 贝, bèi) berasal dari peringkasan gambar kulit biya;[5] perkataan ini turut dijadikan radikal aksara menunjukkan maksud tersirat banyak perkataan berkaitan wang yang sedia ada seperti 財/财 cái "harta", 貢/贡 gòng "ufti", 貨/货 huò "barangan", 費/费 fèi "harga" dan 買 mǎi "jual".

Cangkerang biya Monetaria moneta terutamanya digunakan sebagai mata wang selama berabad-abad di benua Afrika. Ia mula diketahui negara-negara Barat melalui urusan perdagangan hamba dengan kaum setempat yang memberikan berguni-guni kulit biya dalam bentuk upahan. [6] Mata wang cedi (disebut /si.di/) turut mendapat nama daripada panggilan setempat wang jenis ini.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Sebagai hiasan[sunting | sunting sumber]

Kaum wanita masyarakat Mende di Sierra Leone menganggap biya sebagai simbol kewanitaan, kesuburan, kelahiran dan kekayaan,[7] lagi-lagi dengan bahagian bawahnya yang dilihat berupa bentuk garisan faraj atau mata.[8]

Cangkerang spesis Cypraea aurantium dipakai ketua-ketua suku warga kepulauan Fiji secara berkalung iuntuk menunjukkan pangkat mereka.[9] Kaum wanita Tuvalu turut menggunakan cengkerang ini dan spesies seumpamanya dalam kraftangan tradisional.[10]

Bahan permainan[sunting | sunting sumber]

Ia ada digunakan sebagai bahan pengira seumpama dadu dalam permainan berpapan seperti pachisi: enam biji kulit akan dibalingkan di mana garis cengkerang dikira sebagai satu nilai dikira.

Dalam kepercayaan setempat[sunting | sunting sumber]

Masyarakat peribumi Ojibwe di kawasan merangkumi Tasik-Tasik Besar Amerika Utara menggunakan cangkerang ini dalam upacara pertabiban mereka iaitu Midewiwin dilakukan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yang, Bin (2019). Cowrie Shells and Cowrie Money: A Global History. New York: Routledge. m/s. 285. ISBN 978-113-859-3213.
  2. ^ a b Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 136. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  3. ^ Hoogervorst, Tom (2012). "Southeast Asia in the ancient Indian Ocean World". University of Oxford. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  4. ^ cowry. Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  5. ^ - zhongwen.com
  6. ^ Jan Hogendorn & Marion Johnson (1986). The Shell Money of the Slave Trade. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9780521541107. Dicapai pada 29 April 2015.Selenggaraan CS1: menggunakan parameter authors (link)
  7. ^ Radiance from the Waters: Ideals of Feminine Beauty in Mende Art by Sylvia Ardyn Boone. Yale University Press, 1986.
  8. ^ Hildburgh, W. L. (1942). "Cowrie Shells as Amulets in Europe". Folklore.
  9. ^ Cowries as a badge of rank in Fiji. (archived)
  10. ^ Tiraa-Passfield, Anna (September 1996). "The uses of shells in traditional Tuvaluan handicrafts" (PDF). SPC Traditional Marine Resource Management and Knowledge Information Bulletin #7. Dicapai pada 8 February 2014.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Lorenz, Felix; Hubert, Alex (1999). A Guide to Worldwide Cowries. Conchbooks.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]