Buckbeak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Buckbeak (atau Witherwings pada 1996) merupakan haiwan jenis Hippogriff dalam karya J. K. Rowling, Harry Potter.

Buckbeak mula muncul pada 1993 dalam pelajaran pertama Penjagaan Terhadap Makhluk Ajaib yang diajar Rubeus Hagrid. Haiwan ini telah menyerang Draco Malfoy yang mengejeknya memandangkan Hippogriff ialah sejenis haiwan yang bermegah. Bapa Malfoy telah meyakinkan pihak kementerian agar haiwan ini dibunuh. Dengan menggunakanPemutar Masa, Harry Potter dan Hermione Granger menyelamatkan Buckbeak sebaik sebelum ia dipancung dan turut menggunakannya untuk menyelamatkan Sirius Black.

Sirius kemudiannya mengambil alih penjagaan Buckbeak memandangkan kedua-duanya adalah pelarian di sisi Kementerian Sihir. Di Grimmauld's Place, Buckbeak tinggal di bilik ibu Sirius. Pada 1996, apabila Sirius mati, penjagaan Buckbeak diturunkan kepada Harry, yang membenarkan Hagrid untuk mengambil semula. Untuk menjauhkan berita yang ia masih hidup dari Kementerian, Buckbeak telah diberi nama Witherwings. Ia telah melahirkan rasa minat terhadap Harry sejak mula dan telahpun berkawa dengan Harry walaupun Harry masih perlu tunduk kepadanya dahulu. Dia turut menyertai Harry yang berlawan dengan Severus Snape untuk melindungi Harry.

Ia juga membantu dalam Peperangan Hogwarts, dengan mencakar mata gergasi yang ditugas oleh Death Eater serta mengetuai Thestral untuk menentang mereka.