Inferius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Inferius merupakan jasad manusia yang telah mati yang dipergunakan oleh ahli sihir jahat. Mereka tidak mempunyai kehendak dan tidak boleh berfikir memandangkan mereka sudah mati tetapi ia masih boleh digunakan oleh ahli sihir jahat sebagai boneka. Mereka telah digunakan oleh Voldemort ketika kedua-dua tempoh peperangan.

Pertahanan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan Inferius adalah makhluk kegelapan, mereka tidak sukakan cahaya dan haba. Jampi yang paling berguna bagi mereka ialah jampi yang menjelmakan api seperti Incendio atau Lacarnum Inflammare. Jampi lain mungkin berkesan terhadap Inferius yang bilangannya kecil, dan bukan besar. Harus diketahui yang Inferius mampu tajan dengan kebanyakan jampi kerana mereka tidak merasa sakit dan mampu bertahan bagi jampi-jampi yang kesan utamanya ialah kesakitan.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

"Inferius" merupakan Bahasa Latin bagi "bawah." Ia juga mungkin diambil dari bentuk "inferus", atau "yang mati; alam barzakh."