Morfina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Morfin)
Lompat ke: pandu arah, cari
Morfina
Morfina chemical structure
Morphine-3D-vdW.png
Nama Sistematik (IUPAC)
7,8-didehidro-
4,5-epoksi-17-metilmorfinan-3,6-diol
Pengecam
Nombor CAS 57-27-2
Kod ATC N02AA01
PubChem 5288826
DrugBank APRD00215
Data kimia
Formula C17H19NO3 
Berat molekul 285.4
Data farmakokinetik
Bioketersediaan ~30%
Pengikatan protein 30–40%
Metabolisme Hepatik 90%
Separuh hayat 2–3 jam
Perkumuhan Renal 90%,
Biliari 10%
Pertimbangan Terapi
Kategori Kehamilan

C(AU) C (AS)

Status undang-undang

S8 (AU) CD (UK) -saja (AS)
-Jadual I (Akta),
-Kelas A (UK),
-DEA C-II (AS)

Liabiliti Dependens Terlalu tinggi
Kaedah Mulut, SC, IM, IV

Morfina ialah sejenis drug analgesik narkotik yang dijumpai di dalam candu. Tidak seperti kebanyakan opioid, morfina bertindak secara langsung ke atas sistem saraf pusat, terutama di sinapsis nukleus arkuat, untuk melegakan kesakitan. Kesan sampingan daripada pengambilan morfina termasuk gangguan keupayaan mental, euforia, kelalian, keadaan tidak bermaya, dan penglihatan kurang jelas. Drug ini juga mengurangkan selera makan, menghalang refleks batuk, dan menyebabkan sembelit. Morfina selalunya sangat menagihkan berbanding bahan-bahan yang lain, dengan toleran, dependens fizikal dan dependens psikologi cepat terbina. Pesakit-pesakit yang dirawat dengan morfina sering merungut tentang insomnia dan mimpi buruk.

Perkataan "morfina" berasal daripada perkataan Yunani "Morpheus", dewa mimpi dalam mitologi Yunani.


Kegunaan perubatan[sunting | sunting sumber]

Pemberian[sunting | sunting sumber]

Morfina ditemui dalam pelbagai penyediaan drug. Drug ini boleh diberikan melalui suntikan-suntikan subkutaneus, intravena, atau epidura. Ketika disuntik, khususnya melalui intravena, morfina mengakibatkan pengecutan otot yang amat kuasa dan oleh itu, menyebabkan aliran darah yang tiba-tiba amat kuat. Angkatan tentera kekadang diberikan morfina yang diisi dalam penyuntik automatik.

Morfina yang diambil melalui mulut berbentuk eliksir, larutan pekat, serbuk (untuk penyebatian), atau tablet. Drug ini jarang diberikan dalam bentuk supositori. Disebabkan bioketersediaan mulut yang kurang baik, potensi morfina mulut adalah hanya satu perenam hingga satu pertiga berbanding potensi morfina parenteral. Morfina boleh didapati dalam bentuk kapsul pelepasan lambat untuk rawatan kronik, serta perumusan pelepasan segera.

Morfina digunakan secara sah untuk perkara-perkara berikut:

  • sebagai analgesik di dalam hospital untuk:
  • untuk melegakkan sakit kronik:
  • sebagai tambahan untuk anestesia am
  • untuk anestesia epidura
  • untuk penjagaan paliatif, iaitu untuk melegakan sakit tanpa mengubati punca penyakitnya)
  • sebagai antitusif untuk batuk yang teruk
  • sebagai antidiarea untuk keadaan-keadaan yang kronik (misalnya, cirit-birit yang dikaitkan dengan AIDS
  • untuk melegakan sesak nafas bagi pesakit-pesakit yang menghidapi kegagalan pernafasan.

Kontrapenunjukan[sunting | sunting sumber]


Sejarah dan salah guna[sunting | sunting sumber]

Morfina diasingkan buat pertama kali pada tahun 1804 oleh Friedrich Wilhelm Adam Serturner, seorang ahli farmasi Jerman yang menamakan drug ini sebagai morphium bersempena nama dewa mimpi Yunani, Morpheus. Namun, drug ini tidak digunakan secara meluas sehinggalah jarum hipodermik dicipta pada 1853. Ketika itu, morfina digunakan untuk melegakan kesakitan dan secara ironik, digunakan untuk "mengubati" ketagihan candu dan alkohol. Penggunaan drug ini secara meluas semasa Perang Saudara Amerika mengakibatkan 400,000 orang menghidapi penyakit tentera (iaitu ketagihan), walaupun sesetengah orang menafikan hakikat ini.

Heroin (diasetilmorphin) dihasilkan daripada morfina pada tahun 1874. Sebagaimana dengan drug yang lain, pemilikannya tanpa preskripsi merupakan satu jenayah di Amerika Syarikat di bawah Akta Cukai Narkotik Harrison 1914, dan di United Kingdom di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah 1917. Selain itu, penyalahgunaan dadah ini juga diharamkan di Malaysia di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998).

Morfina merupakan analgesik narkotik yang paling disalahgunakan di dunia sehingga heroin disintesiskan dan dipergunakan. Sehingga hari ini, morfina masih merupakan narkotik preskripsi yang amat dicari-carikan oleh penagih-penagih ketika heroin sukar didapati.

Dalam sebuah kajian rawak uji buta ganda dua dengan pindah silang di sebuah klinik pesakit luar yang terletak di Bern, Switzerland, morfina terbukti mempunyai kesan-kesan sampingan yang lebih teruk berbanding heroin pada dos analgesik yang sama. Kemurungan pernafasan, miosis, sedasi, rasa gatal, dan euforia adalah lebih ketara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.


Analgesik (N02A, N02B) sunting
N02A Opioid:

Buprenorfin · Butorfanol · Dekstropropoksifen · Diamorfin (Heroin) · Dihidrokodein · Fentanil · Hidromorfon· Morfina · Nalbufin · Oksikodon · Pentazosin · Petidin (Meperidin) · Tramadol

N02BA Asid salisilik & terbitan: Asid asetilsalisilik (Aspirin) · Diflunisal · Etenzamid
N02BB Pirazolon: Aminofenazon · Fenazon · Metamizol
N02BE Anilid: Fenasetin · Parasetamol (acetaminophen)
Lain-lain: Tetrahidrokanabinol · Zikonotid