Dassault Mirage F1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mirage F1
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar Dassault Aviation
Penerbangan sulung 23 Disember 1966
Diperkenalkan 1973
Pengguna utama Tentera Udara Perancis
Tentera Udara Iraq
Tentera Udara Sepanyol
Tentera Udara Diraja Magribi
Jumlah dibina >700 buah
Dibangunkan dari Dassault Mirage III

Dassault Mirage F1 merupakan sebuah pesawat penguasaan udara dan pesawat penyerang satu tempat duduk yang dibina oleh Dassault Aviation dari Perancis. Lebih daripada 700 buah Mirage F1 telah dibina.[1]

Rekabentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pesawat Mirage F1 milik Tentera Udara Perancis

Dassault telah mereka pesawat Mirage F1 bagi mengantikan pesawat pejuang Mirage III dan Mirage 5. Tidak seperti pesawat-pesawat sebelumnya, F1 memiliki sayap “kuncup” yang dipasang tinggi pada fiuslaj, begitu juga bentuk permukaaan satah ekor yang konvensional.

Dengan menggunakan dana sendiri, Dassault telah membina pesawat prototaip pertama dan berjaya melakukan penerbangan sulung pada 23 Disember 1966.

Pesawat ini kemudian diserahkan secara rasmi kepada Tentera Udara Perancis pada Mei 1967. Tentera Udara Perancis kemudian memesan 3 buah lagi pesawat prototaip. Dengan keupayaan tujahan lepas bakar enjin turbojet SNECMA Atar 9K-50 yang lebih tinggi, pesawat F1 dengan mudah telah mengalahkan pesawat Mirage III.

Meskipun F1 memiliki luas rentang sayap yang lebih kecil berbanding Mirage III, F1 telah membuktikan kelebihannya berbanding dengan pesawat-pesawat terdahulu. Ia boleh membawa sehingga 40% lebih bahan api, memerlukan landasan yang lebih pendek, jarak yang lebih jauh jauh dalam misi aras rendah, dan manuver yang lebih baik.

Bagi memenuhi keperluan Tentera Udara Perancis bagi sebuah pesawat pemintas semua keadaan cuaca, pengeluaran pertama pesawat Mirage F1C telah dilengkapkan dengan radar denyutan tunggal Thomson-CSF Cyrano IV. Versi terkemudian Cyrano IV-1 memiliki keupayaan pandang-bawah yang terhad.

Mirage F1 memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Perancis pada Mei 1973, apabila kumpulan pertama pesawat dihantar. Pada awalnya, pesawat ini hanya dilengkapi dengan dua buah meriam 30 mm. Pada 1976, Mirage F1 menggunakan peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana Matra R530 setelah ia diluluskan untuk digunakan. Setahun kemudian, peluru berpandu R550 Magic pula dikeluarkan. Pada masa yang sama, AIM-9 Sidewinder buatan Amerika Syarikat menjadi sebahagian daripada persenjataan pesawat Mirage F1, setelah Tentera Udara Greece meminta peluru berpandu ini diintegrasikan dalam pesawat pejuang Mirage F1CG mereka.

79 buah pesawat F1 dalam kumpulan pengeluaran seterusnya telah dihantar di antara Mac 1977 hingga Disember 1983. Pesawat ini adalah dari versi Mirage F1C-200 yang telah dilengkapi dengan prob pengisian minyak kekal, yang mana memerlukan fiuslaj dipanjangkan sebanyak 7 sm.

Mirage F1 berperanan sebagai pesawat pemintas utama dengan Tentera Udara Perancis sehinggalah kemasukan pesawat Dassault Mirage 2000.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

  • Mirage F1CE : Versi eksport Mirage F1C untuk Sepanyol. 45 buah dibina.
  • Mirage F1CG : Versi eksport Mirage F1C untuk Greece. 40 buah dibina.
  • Mirage F1CH : Versi eksport Mirage F1C untuk Morocco. 30 buah dibina.
  • Mirage F1CJ : Versi eksport Mirage F1C untuk Jordan. 17 buah dibina.
  • Mirage F1CK : Versi eksport Mirage F1C untuk Kuwait. 18 buah dibina.
  • Mirage F1CK-2 : 9 buah pesawat F1C telah dijual kepada Kuwait sebagai sebahagian daripada pesanan tambahan.
  • Mirage F1CZ : Versi eksport Mirage F1C untuk Afrika Selatan. 16 buah dibina.

Mirage F1B[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Perancis telah memesan 20 buah pesawat latihan lanjut 2 tempat duduk, Mirage F1B; pesawat-pesawat ini telah dihantar di antara Oktober 1980 hingga Mac 1983. Penambahan kerusi dan sistem kawalan menyebabkan fiuslaj pesawat dipanjangkan sebanyak 30 sm, memaksa kapasiti muatan bahan api dikurangkan dan meriam dalaman ditanggalkan.

Berat kosong pesawat juga meningkat sebanyak 200 kg, disebabkan oleh pemasangan 2 unit kerusi lenting Martin-Baker Mk 10, bagi mengantikan kerusi lenting Mk 4 yang digunakan dalam pesawat F1C, yang mana memiliki halaju hadapan terhad.

Dari segi lain, pesawat F1B masih memiliki keupayaan tempur dengan hanya perlu memasang pod-pod meriam dan tangki bahan api luaran.

  • Mirage F1BE : Versi eksport Mirage F1B untuk Sepanyol. 6 buah dibina.
  • Mirage F1BJ : Versi eksport Mirage F1B untuk Jordan. 2 buah dibina.
  • Mirage F1BK : Versi eksport Mirage F1B untuk Kuwait. 2 buah dibina.
  • Mirage F1BK-2 : 4 buah dijual kepada Kuwait sebagai sebahagian daripada pesanan tambahan.
  • Mirage F1BQ : Versi eksport Mirage F1B untuk Iraq.

Mirage F1A[sunting | sunting sumber]

Pesawat pejuang satu tempat duduk yang dilengkapi dengan pengukur jarak laser dan keupayaan terhad serangan udara ke udara. Pesawat ini dibangunkan dengan kerjasama di antara Tentera Udara Afrika Selatan dan Dassault.

  • Mirage F1AD : Versi eksport Mirage F1A untuk Libya. 16 buah dibina.
  • Mirage F1AZ : Versi eksport Mirage F1A untuk Afrika Selatan. 32 buah dibina.

Mirage F1E[sunting | sunting sumber]

Pesawat serangan darat dan pelbagai peranan satu tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca.

  • Mirage F1JA : Versi eksport Mirage F1E untuk Ecuador. 16 buah telah dibina.
  • Mirage F1ED : Versi eksport Mirage F1E untuk Libya. 14 buah telah dibina.
  • Mirage F1EE : Versi eksport Mirage F1E untuk Spain. 22 buah telah dibina.
  • Mirage F1EH : Versi eksport Mirage F1E untuk Morocco. 14 buah telah dibina.
  • Mirage F1EH-200 : Pesawat ini dipasang dengan prob pengisian minyak di udara. 6 buah dibina.
  • Mirage F1EJ : Versi eksport Mirage F1E untuk Jordan. 17 buah telah dibina.
  • Mirage F1EQ : Versi eksport Mirage F1E untuk Iraq. 16 buah telah dibina.
  • Mirage F1EQ-2 : Versi pesawat pejuang pertahanan udara satu tempat duduk untuk Iraq. 16 buah telah dibina.
  • Mirage F1EQ-4 : Versi pengawasan, serangan darat dan pelbagai peranan satu tempat duduk untuk Iraq. 28 buah telah dibina.
  • Mirage F1EQ-5 : Pesawat versi anti-kapal satu tempat duduk untuk Iraq. 20 buah telah dibina.
  • Mirage F1EQ-6 : Pesawat versi anti-kapal satu tempat duduk untuk Iraq. Dibina dalam jumlah yang kecil.
  • Mirage F1EDA : Versi eksport Mirage F1E untuk Qatar. 12 buah telah dibina.

Mirage F1D[sunting | sunting sumber]

Versi pesawat latihan, berasaskan pesawat serangan darat dan pelbagai peranan Mirage F1E.

  • Mirage F1JE : Versi eksport Mirage F1D untuk Ecuador. 2 buah telah dibina.
  • Mirage F1DD : Versi eksport Mirage F1D untuk Libya. 6 buah telah dibina.
  • Mirage F1DDA : Versi eksport Mirage F1D untuk Qatar. 2 buah telah dibina.

Mirage F1CR[sunting | sunting sumber]

Setelah yakin pesawat Mirage F1 telah menjadi sebuah pesawat yang berjaya, Dassault memulakan kerja-kerja awal akan kemungkinan bagi membangunkan versi pesawat pengawasan khusus untuk Tentera Udara Perancis. Bagaimanapun, peningkatan kos untuk membina pesawat ini bemakna penggunaan pod-pod tambahan bagi peranan ini adalah merupakan pilihan yang lebih menjimatkan.

Meskipun begitu, pembangunan pesawat pengawasan taktikal untuk Tentera Udara Perancis tetap diteruskan, dan pesawat pertama Mirage F1CR-200 berjaya diterbangkan pada 20 November 1981.

Kebanyakan pesawat Tentera Udara Perancis, termasuk juga pesawat untuk pasaran eksport (seperti pesawat Mirage F1EQ milik Iraq), sememangnya memiliki pelbagai pilihan pod pengawasan, yang mana kebiasaannya akan dipasang di bawah fiuslaj.

Mirage F1CR boleh membawa pelbagai jenis peralatan pengawasan, sama ada dipasang di luar atau di dalam pesawat:

  • Unit pengimbas inframerah, A SAT SCM2400 Super Cyclone dipasang diruang yang dahulunya terletaknya meriam.
  • Ruang di bawah muncung boleh digunakan untuk kamera panoramik Thomson-TRT 40 atau kamera menegak Thomson-TRT 33.
  • Radar Cyrano IVM-R memiliki modul-modul tambahan bagi pemetaan kontur dan permukaan bumi.
  • Penderia-penderia tambahan optikal dan elektronik boleh dibawa pada tenggekan di bawah sayap dan fiuslaj.

Sejumlah 64 buah pesawat Mirage F1CR telah dipesan oleh Tentera Udara Perancis, kumpulan pertama pesawat ini diterbangkan pada 10 November 1982. Unit tentera udara yang menggunakan pesawat ini beroperasi sepenuhnya pada Julai 1983.

Mirage F1CT[sunting | sunting sumber]

Mirage F1CT merupakan versi serangan darat taktikal berasaskan pesawat Mirage F1C-200. Dua buah pesawat pertama versi ini merupakan pesawat yang telah diubahsuai. Ia telah membuat penerbangan sulung pada 3 Mei 1991. 55 buah pesawat telah dibina sehingga 1995, dan kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan di bengkel milik Tentera Udara Perancis.

Dalam program pembangunan pesawat Mirage F1CT, sistem-sistem avionik dalam pesawat F1C telah ditingkatkan ke tahap F1CR:

  • Radar Cyrano IV telah digantikan dengan Cyrano IVM-R.
  • Sistem navigasi/serangan ditingkatkan dan dipasang dengan pangukur jarak laser.
  • Pemasangan kerusi lenting Martin-Baker Mk 10.
  • Meningkatkan penjejakan radar dan peralatan amaran, dispenser chaff/suar, dan radio selamat juga ditambah.
  • Penambahan untuk kemudahan untuk pemasangan pelbagai jenis persenjataan baru.

Mirage F1AZ dan Mirage F1CZ[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Afrika Selatan menerbangkan kedua-dua pesawat dari versi serangan darat Mirage F1AZ dan versi pesawat pejuang yang dilengkapi dengan radar Mirage F1CZ. Dua buah pesawat contoh pertama dari kumpulan pesanan pertama (iaitu sejumlah 48 buah pesawat yang mana terdiri daripada 32 buah F1AZ dan 16 buah F1CZ) telah dihantar pada 5 April 1975. Kedua-dua pesawat F1CZ ini telah diangkut secara rahsia oleh pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Afrika Selatan. Pada Julai 1975, jumlah pesawat F1CZ yang selebihnya telah dihantar. Pada 1975, pesawat F1CZ telah muncul di pameran udara di Afrika Selatan, walaupun begitu orang ramai tidak mengetahui bahawa pesawat-pesawat ini telah pun beroperasi dalam perkhidmatan Tentera Udara Afrika Selatan.

Pesawat F1AZ telah dibangunkan secara bersama antara Dassault dan Tentera Udara Afrika Selatan sebagai pesawat serangan darat khusus. Versi AZ memiliki pengukur jarak laser, membolehkan bidikan dan panduan amat jitu digunakan pada persenjataan tanpa panduan, yang mana terdiri daripada bom dan roket. Rekabentuk optikal telah direka oleh ARMSCOR dari Afrika Selatan, iaitu salah satu divisyen firma Optics (kemudian ELOPTRO). Walaupun penggunaannya telah dihentikan pada 1997, kejituan sistem persenjataan pesawat F1AZ masih dirahsiakan oleh pihak Tentera Udara Afrika Selatan. Analisa dari para pemerhati berdasarkan sumber daripada agensi perkhidmatan berita (seperti Jane's Defence Weekly) dan laporan juruterbang (contohnya Komandan Dick Lord, 'Vlamgat', 1999) telah memutuskan versi AZ tergolong dalam keperluan yang digariskan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat ke atas pesawat F-15E Strike Eagle bagi mod balistik tanpa panduan.[2]

Pesawat F1AZ telah diserahkan kepada Afrika Selatan di antara November 1975 sehingga Oktober 1976. Pesawat-pesawat ini telah ditugaskan kepada Skuadron 1, Tentera Udara Afrika Selatan, yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Waterkloof. Perolehan pesawat ini juga telah dirahsiakan daripada negara lain; dan Skuadron 1 tidak dibenarkan untuk mempamerkan pesawat baru mereka sehingga Februari 1980.

Tentera Udara Afrika Selatan telah menghentikan penggunaan pesawat F1CZ pada 1992, diikuti dengan pesawat F1AZ pada 1997. Pada 1998, Universiti Stellenbosch telah berjaya memperoleh pesawat F1-CZ untuk Jabatan Kejuruteraan Aeronautikal universiti itu.

Sebagai ujikaji, sebuah firma kejuruteraan angkasa Afrika Selatan iaitu Aerosud, telah memasang enjin Klimov RD-33 pada pesawat Mirage F1, enjin ini asalnya digunakan oleh pesawat MiG-29. Pesawat ini digelar sebagai "SuperMirage" F1, dan mendapat penghormatan dengan menjadi pesawat buatan Barat pertama yang dipamerkan di Pameran Udara MAKS di Moscow.

Pada 2004, terdapat sehingga 21 buah pesawat F1AZ dilaporkan telah disimpan di Pangkalan Tentera Udara Hoedspruit, untuk menunggu pembeli yang berminat ke atasnya. Pada April 2006, laporan menyebut Gabon telah membeli pesawat Mirage F1AZ yang terselamat dan alat-alat ganti dengan nilai berjumlah kira-kira ZAR 40 juta. Pada 17 Ogos 2006, agensi berita Perancis Agence France-Presse (AFP) telah melaporkan dua buah pesawat yang dipertingkatkan iaitu Mirage F1AZ bekas Afrika Selatan telah mengambil bahagian dalam lintas hormat di ruang udara Libreville pada waktu pagi semasa hari sambutan kemerdekaan Gabon. Kerja-kerja pemulihan dan tingkat upaya ke atas pesawat telah dilakukan oleh Aerosud. Pengarah Urusan Aerosud Group, Dr. Paul Potgieter telah mengesahkan penglibatan syarikat beliau, tetapi enggan untuk mengesahkan jumlah pesawat yang terlibat. Berdasarkan laporan pada masa itu, Gabon hanya membeli 3 buah pesawat Mirage F1 daripada Afrika Selatan.

Mirage F1CG[sunting | sunting sumber]

Mirage F1CG merupakan versi yang digunakan oleh Tentera Udara Greece, sekarang telah dilucut tauliah.

Peluru berpandu Matra Magic II pada pesawat Mirage F1CG telah digantikan dengan peluru berpandu Sidewinder AIM-9P, dan boleh membawa 4 buah peluru berpandu AIM-9P, berbanding biasa iaitu 2[3].

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Kejayaan pesawat Mirage F1 dalam pasaran eksport menjadikan pesawat ini ada kalanya terlibat dalam pertempuran dengan beberapa tentera udara di beberapa tempat di dunia.

Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua versi F1-CZ dan F1-AZ milik Tentera Udara Afrika Selatan beraksi dalam operasi semasa Perang Saudara Angola, di mana 2 buah pesawat MiG-21 Angola telah ditembak jatuh oleh pesawat F1CZ. Sekurang-kurangnya sebuah pesawat F1CZ telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara Angola. Sebuah pesawat Mirage F1 Afrika Selatan berjaya dirosakkan oleh peluru berpandu udara ke udara R-60/AA-8 Aphid dalam pertempuran udara pada 29 September 1987 dengan pesawat MiG-23 Cuba. Pesawat ini kemudian ditarik keluar daripada perkhidmatan selepas mengalami kerosakan yang lebih teruk setelah melakukan pendaratan kecemasan. Juruterbang pesawat ini juga mengalami kecederaan serius setelah kerusi lentingnya gagal berfungsi. [perlu rujukan]

Maghribi[sunting | sunting sumber]

30 buah Mirage F1CH telah dipesan dari Dassault oleh Tentera Udara Diraja Magribi pada 1975, dengan penghantaran pertama dibuat pada 1978. Pesawat ini terlibat dalam pertempuran seawal tahun 1979 dengan menentang tentera Barisan Polisario yang beroperasi di Sahara Barat. Ketika menyerang kedudukan Polisario, pesawat Mirage telah ditentang oleh meriam anti pesawat dan peluru berpandu SA-7, menyebabkan kehilangan pesawat pertama Mirage pada November 1979. Bermula pada 1981, pemberontak telah menggunakan peluru berpandu SA-6 dan SA-9 yang didermakan oleh Libya. Dua buah Mirage ditembak jatuh pada Oktober 1981 dan memaksa Tentera Udara Diraja Magribi untuk melaksanakan program kilat, dengan memasang dispenser chaff/suar pada pesawat Mirage. Meskipun begitu, senjata anti pesawat Polisario masih berupaya memberi tentangan ke atas pesawat Mirage Magribi, dengan sekurang-kurangnya 7 buah lagi pesawat ditembak jatuh dan 6 buah musnah dalam kemalangan di antara tahun 1979 dan 1988.[4]

Ecuador[sunting | sunting sumber]

Pesawat Mirage F1JA milik Tentera Udara Ecuador.

Skuadron Tentera Udara Ecuador yang mengoperasikan pesawat Mirage F1JA iaitu (Escuadrón de Caza 2112) pertama kali terlibat dalam pertempuran pada Januari-Februari 1981 semasa konflik singkat Perang Paquisha di antara Ecuador dan Peru, kurang dari 2 tahun setelah pesawat Mirage dihantar ke Ecuador. Pada masa itu, Ecuador memutuskan untuk menentang secara terus dengan mencabar pesawat-pesawat Tentera Udara Peru seperti Mirage 5P dan Sukhoi Su-22M yang mana memberi perlindungan udara ke atas operasi penerjunan dari helikopter di kawasan zon pertempuran. Sebaliknya, pesawat Mirage diletakan diluar kawasan pertempuran dan hanya melakukan rondaan tempur udara di pinggir kawasan tempur, in case the border clashes gave way to penentangan terbuka.

Pada 1995, semasa Perang Cenepa, pesawat Mirage Ecuador kembali beraksi menentang Peru. Kali ini, meskipun sejumlah skuadron diletakan di Pangkalan Tentera Udara Taura, satu detasmen kecil pesawat Mirage F1 dan Kfir C.2 telah diatur gerak ke pangkalan udara hadapan untuk menghalau pesawat tempur Peru daripada memasuki zon pertempuran. Pada 10 Februari, 1995, dua buah Mirage F1JA, yang dipandu oleh Mejar R. Banderas dan Kapten C. Uzcátegui dengan dipersenjatai peluru berpandu udara ke udara Matra R550 Magic, telah diarahkan memintas lima sasaran yang melintasi sempadan dari Peru ke arah lembah Cenepa. Selepas mendapat pengesahan visual, pesawat Mirage telah melepaskan peluru berpandu, dan berjaya menembak jatuh dua buah pesawat Su-22M Peru, sementara pesawat Kfir pula berjaya memusnahkan sebuah A-37B Dragonfly.[5][6][7][8]

Perancis[sunting | sunting sumber]

Pesawat Mirage F1 Tentera Udara Perancis pertama kali diatur gerak pada tahun 1984 semasa Operasi Manta, campur tangan Perancis di Chad, bagi menentang kebangkitan to counter growing pencerobohan Libya. 4 buah pesawat Mirage F1C-200 memberi perlindungan udara bagi 4 buah pesawat Jaguar, dan telah mengambil bahagian dalam pertempuran kecil menentang pemberontak pro-Libya GUNT.

Pada 1986, pesawat Mirage F1 Perancis kembali ke Chad, sebagai sebahagian dari Operasi Epervier, bersama-sama empat pesawat F1C-200 yang memberi perlindungan untuk pakej pasukan serangan yang terdiri daripada lapan buah pesawat Jaguar dalam serangan udara ke atas pangkalan udara Libya di Ouadi Doum, pada 16 Februari. Dua buah pesawat F1CR juga melakukan misi pengawasan sebelum dan selepas serangan.[9][10]

Pada Oktober 2007, tiga buah pesawat Mirage 2000 dan tiga buah pesawat Mirage F1 telah diatur gerak ke Pangkalan Tentera Udara Kandahar, bagi melaksanakan misi-misi sokongan dekat udara dan pengawasan taktikal bagi menyokong tentera antarabangsa di selatan Afghanistan.[11][12]

Iraq[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Iran-Iraq, pesawat Mirage F1EQ Iraq telah digunakan secara intensif untuk membuat misi-misi pemintasan, serangan darat dan anti kapal.[13] Pada November 1981, pesawat Mirage F1 Iraq telah berjaya menembak jatuh pesawat F-14 Iran, diikuti dengan beberapa buah lagi dalam bulan-bulan selepasnya, telah keyakinan baru kepada Tentera Udara Iraq dalam pertempuran di udara menentang pesawat-pesawat Iran.[14]

Semasa penghujung Perang Iran-Iraq, satu pertempuran kecil berlaku di antara pesawat Mirage F1EQ-5/6 Iraq dengan F-14 Iran di antara Februari sehingga Julai 1988. Juruterbang pesawat Mirage F1 memburu dan menyerang pesawat Tomcat Iran secara agresif pada sebarang keadaan. Pesawat F1EQ-6 dilengkapi dengan sistem-sistem PDE, secara tidak langsung telah mengurangkan tahap kecekapan radar/sistem kawalan tembakan pesawat AWG-9 pesawat F-14.[perlu rujukan] Pada 19 Julai 1988, empat buah Mirage telah menyerang dua buah pesawat F-14 dan berjaya menembak jatuh kedua-duanya, tanpa mengalami sebarang kemusnahan.[perlu rujukan] Pada ketika ini, pesawat F-14 Tomcat Iran telah berjaya menembak jatuh sekurang-kurangnya 13 buah pesawat Mirage F1 Iraq, dua darinya adalah pesawat Mirage F1EQ-4 dan selebihnya adalah pesawat EQ-5 dan 6.[perlu rujukan]

Pada 17 Mei 1987, seorang juruterbang Tentera Udara Iraq yang menerbangkan pesawat F1EQ telah menembak dua peluru berpandu anti kapal Exocet kepada frigat peluru berpandu USS Stark (FFG-31) di Teluk Parsi.[15]

Semasa permulaan Perang Teluk pada 17 Januari, 1991, pesawat EF-111 tanpa bersenjata milik Tentera Udara A.S, yang dipandu oleh Kapten James A. Denton dan Kapten Brent D. Brandon berjaya memusnahkan pesawat Dassault Mirage F1EQ milik Iraq, dan berjaya memusnahkan (untuk pertama kali dan satu-satunya kemusnahan pesawat lain di udara) bagi pesawat F-111.

Tentera Bersekutu kemudian berjaya menembak jatuh beberapa lagi pesawat Mirage Iraq dalam Perang Teluk 1991. 2 buah pesawat F1EQ yang bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu Exocet ke atas angkatan tentera laut A.S telah ditembak jatuh oleh pesawat F-15C milik Tentera Udara Diraja Arab Saudi.[perlu rujukan]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengguna-pengguna pesawat F1, pengguna sekarang (biru) dan bekas pengguna (biru muda)

Pesawat Dassault Mirage F1 telah digunakan oleh 13 tentera udar di dunia, 8 di antaranya masih mengoperasikannya (termasuk Perancis). 3 darinya dari negara Eropah (2 buah negara masih menggunakan F1), 1 negara Amerika Selatan (dan masih mengoperasikannya), 5 buah negara Timur Tengah (2 buah negara masih menggunakannya), dan 4 buah negara Afrika (3 buah masih menggunakannya).

Pengguna sekarang[sunting | sunting sumber]

 Ecuador
Bendera Perancis Perancis
  • Tentera Udara Perancis telah memperoleh 250 buah pesawat. Kini, terdapat hanya 3 skuadron yang masih menerbangkan pesawat yang masih tinggal.
 Gabon
Bendera Iran Iran
Bendera Jordan Jordan
 Libya
  • Tentera Udara Libya menerima 16 buah F1AD, 16 buah F1ED & 6 buah F1DD. Baru-baru ini kesemua pesawat-pesawat dilarang terbang, akan tetapi dipercayai 29 buah pesawat telah diperbaharui dan kembali semula dalam perkhidmatan.[16]
 Maghribi
  • Tentera Udara Diraja Magribi menerima 30 buah F1CH & 20 buah F1EH. 7 buah telah ditembak jatuh dan 6 buah lagi musnah dalam kemalangan di antara tahun 1979 dan 1988
Bendera Sepanyol Sepanyol

Bekas pengguna[sunting | sunting sumber]

Pesawat Mirage F1EDA Tentera Udara Qatar
Bendera Greece Greece
800px-Flag of Iraq.svg.png Iraq
 Kuwait
Bendera Qatar Qatar
 South Africa

Spesifikasi (Mirage F1)[sunting | sunting sumber]

Orthographically projected diagram of the Dassault Mirage F1

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 15.33 m (50 kaki 3 in)
  • Rentang sayap: 8.44 m (27 kaki 8 in)
  • Tinggi: 4.49 m (14 kaki 8 in)
  • Sayap luas: 25 m² (270 kaki²)
  • Berat kosong: 7,400 kg (16,000 lb)
  • Berat berisi: 11,130 kg (24,540 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 16,200 kg (35,700 lb)
  • Loji kuasa:SNECMA Atar 9K-50 turbojet lepas bakar

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 2× 30 mm (1.18 in)]] meriam DEFA 553 dengan 150 butir peluru setiap meriam
  • Roket: 8× pod roket Matra dengan 18× roket SNEB 68 mm pada setiap pod
  • Peluru berpandu:AIM-9 Sidewinder atau Matra R550 Magic, 2× Super 530F, 2× AM-39 Exocet, 2× AS-30L
  • Bom: 14,000 lb (6,300 kg) beban persenjataan di 5 tenggekan, termasuk pelbagai jenis bom, pod pengawasan atau tangki bahan api luaran

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "MIRAGE F1". Federation of American Scientists. 1999-03-11. http://fas.org/man/dod-101/sys/ac/row/mirage-f1.htm. Capaian 2007-12-04. 
  2. Sumber: Jane's 'F15', Electronic Arts, 1996; Jane's All the World's Aircraft, 2000
  3. Pesawat Mirage untuk simulator penerbangan
  4. Cooper, Tom (2003-11-13). "Morocco, Mauritania & West Sahara since 1972". Air Combat Information Group (www.acig.org). http://www.acig.org/artman/publish/article_352.shtml. Capaian 2007-12-03. 
  5. "El Ecuador 1972-1999. La Guerra del Cenepa" (dalam bahasa Spanish). Official Web Site of the Ecuadorian Armed Forces (www.fuerzasarmadasecuador.org). http://www.fuerzasarmadasecuador.org/espanol/historia/1972-1999cenepa.htm. Capaian 2006-06-20. 
  6. Cooper, Tom. "Peru vs. Ecuador. Alto-Cenepa War, 1995". Air Combat Information Group (www.acig.org). http://www.acig.org/artman/publish/article_164.shtml. Capaian 2006-06-20. 
  7. ACIG Team. "Central & South American Air-to-Air Victories". Air Combat Information Group (www.acig.org). http://www.acig.org/artman/publish/article_166.shtml. Capaian 2006-06-20. 
  8. Klaus, Erich. "Ecuador Air Force". Aeroflight (www.aeroflight.co.uk). http://www.aeroflight.co.uk/waf/americas/ecuador/AirForce/Ecuador-af-home.htm. Capaian 2006-06-20. 
  9. Goebel, Greg (2007-04-01). "The Dassault Mirage F1". www.vectorsite.net. http://www.vectorsite.net/avmirf1.html#m4. Capaian 2007-12-03. 
  10. Cooper, Tom (2003-11-13). "Libyan Wars, 1980-1989, Part 6". Air Combat Information Group (www.acig.org). http://www.acig.org/artman/publish/article_360.shtml. Capaian 2007-12-03. 
  11. "Redflag Alaska 2007". Embassy of France in the United States. http://www.ambafrance-us.org/atoz/defense/defense24.asp. Capaian 2007-12-04. 
  12. Laurent, Zecchini. "A Kandahar, dans la base sous haute sécurité, d'où opèrent les Mirage français en Afghanistan (Perancis)", Le Monde, November 24, 2007. Dicapai pada 2007-12-04. 
  13. Cooper, Tom, Bishop, Faraz. "Persian Gulf War, 1980-1988". Air Combat Information Group (www.acig.org). http://www.acig.org/artman/publish/article_205.shtml. Capaian 2007-03-15. 
  14. Kenneth M. Pollack (2004). Arabs at war: military effectiveness, 1948-1991. University of Nebraska Press. m/s. 214. ISBN 0803287836. http://books.google.com/books?id=tFRP5WvTDWkC. Capaian 2008-05-07. 
  15. Jeffrey L. Levinson, Randy L. Edwards (1997). Missile Inbound: The Attack on the Stark in the Persian Gulf. Naval Institute Press. ISBN 1557505179. http://books.google.com/books?id=NKJGAAAAMAAJ. 
  16. (Perancis)Interrogations sur le montant des contrats avec la Libye

Pautan luar[sunting | sunting sumber]