Dedryck Boyata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dedryck Boyata
Dedryck Boyata - 1.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhAnga Dedryck Boyata[1]
Tarikh lahir (1990-11-28) 28 November 1990 (umur 28)
Tempat lahirUccle, Belgium
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniCeltic
Nombor20
Kerjaya remaja
2003–2006Brussels
2006–2009Manchester City
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2009–2015Manchester City13(0)
2011–2012Bolton Wanderers (pinjaman)14(1)
2012–2013Twente (pinjaman)5(0)
2015–Celtic74(12)
Pasukan kebangsaan
2008–2009Belgium B1912(2)
2010–2012Belgium B2111(0)
2010–Belgium11(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 September 2018.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 7 September 2018

Anga Dedryck Boyata (Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃ɡa dɛdʁik bwajata]; lahir 28 November 1990), dikenali sebagai Dedryck Boyata, merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belgium yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Scotland, Celtic.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Dia membuat penampilan sulung dalam pasukan utama ketika menentang Middlesbrough dalam Piala FA pada bulan Januari 2010 dan membantu pasukannya menang 1–0.[2] Dia membuat penampilan sulung liga sebagai pemain gantian ketika menentang Blackburn Rovers menggantikan Martin Petrov pada minit ke-86.[3] Dia bermain dalam kesebelasan utama ketika menentang Hull City pada 6 Februari 2010.

Pada awal musim 2010/11, dia menjaringkan gol dalam perlawanan play-off Liga Europa ketika menentang FC Timişoara pada 26 Ogos 2010, gol pertamanya untuk kelab. Prestasinya terus meningkat dan dia dipilih dalam kesebelasan utama untuk menentang Chelsea. Boyata membantu City menang 1–0.[4] Dia dibuang padang ketika kekalahan 3–0 kepada Arsenal.[5]

Boyata membuat penampilan pertama untuk Manchester City dalam tempoh dua tahun ketika perlawanan pusingan ketiga Piala Liga menentang Wigan Athletic pada September 24, 2013.[6] Pada 28 Mei 2014, Boyata melanjutkan kontrak bersama Manchester City, yang akan mengekalkannya bersama kelab itu sehingga tahun 2016.[7]

Bolton Wanderers (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Ogos 2011, Boyata menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman semusim.[8] Dia membuat penampilan pertama pada 10 September ketika kekalahan Bolton 5–0 kepada Manchester United dan pada 2 Oktober, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Bolton ketika menentang Chelsea. Boyata mengalamai kecederaan buku lali ketika kekalahan 2-0 kepada Sunderland pada 22 Oktober. Dia kembali ke kesebelasan utama Bolton ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada 3 Disember.

FC Twente (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2012, Boyata meninggalkan Manchester City untuk menyertai FC Twente secara pinjaman jangka pendek.[9] Dedryck membuat 8 penampilan untuk FC Twente sebelum kembali ke Manchester City pada 8 Januari 2013.[10]

Celtic[sunting | sunting sumber]

Boyata diikat juara Scotland, Celtic dengan bayaran 1.5 juta paun sterling dan beliau menandatangani kontrak empat tahun.[11]

Beliau membuat debut untuk Celtic pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara menentang Stjarnan dan menjaringkan gol pembukaan, Celtic menang 2-0.[12] Beliau menanduk masuk hantaran Kris Commons pada lewat perlawanan ketika menentang Qarabağ FK dua minggu kemudian pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara. Boyata dikritik oleh kerana aksinya yang hambar, terutama ketika melakukan faul dan memberikan peluang pasukan Aberdeen untuk menang 2-1.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dia membuat penampilan sulungnya ketika menentang Austria, masuk menggantikan Toby Alderweireld.[13]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Boyata berasal dari Uccle, Brussels[14] Ayahnya, Bienvenu Mandungu Boyata merupakan bekas pemain bola sepak Congo, yang bermain pada tahun 1990an di Belgium untuk Union Saint-Gilloise dan Stade Leuven.[15]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 24 Julai 2014)[16]
Prestasi kelab Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
2009–10 Manchester City Liga Perdana Inggeris 3 0 2 0 2 0 0 0 7 0
2010–11 7 0 2 0 3 0 5 1 17 1
2013–14 1 0 1 0 2 0 0 0 4 0
2011–12 Bolton Wanderers (pinjam) 14 1 3 0 0 0 - - 17 1
2012–13 FC Twente (pinjam) Eredivisie 5 0 0 0 0 0 3 0 8 0
Jumlah keseluruhan 30 1 8 0 7 0 8 1 53 2

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Manchester City

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. m/s. 20. Dicapai 11 February 2014. 
  2. ^ "Jonge Belg Dedryck Boyata voor het eerst in basis Manchester City". Gazet Van Antwerpen (dalam bahasa Dutch). Concentra Media. 2 January 2010. Dicapai 2 January 2010. 
  3. ^ Man City 4 – 1 Blackburn
  4. ^ "City 1-0 Chelsea". mcfc.co.uk. 25 September 2010. Dicapai 26 September 2010. 
  5. ^ "Man City 0-3 Arsenal". BBC News. 24 October 2010. 
  6. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/24122130
  7. ^ "Boyata signs new deal". Manchester City F.C. 28 May 2014. Dicapai 28 May 2014.  line feed character dalam |title= di kedudukan 13 (bantuan)
  8. ^ "Boyata loaned to Bolton for rest of the season". Manchester City FC. Dicapai 26 August 2011. 
  9. ^ "Boyata completes FC Twente loan switch". Manchester City FC. Dicapai 12 April 2014. 
  10. ^ "Manchester City recall Dedryck Boyata from loan spell at FC Twente". The Guardian. 8 January 2013. 
  11. ^ "Dedryck Boyata: Celtic sign Manchester City defender". BBC Sport. 2 June 2015. Dicapai 2 June 2015. 
  12. ^ "Celtic 2 – 0 Stjarnan". BBC Sport. 15 July 2015. Dicapai 15 July 2015. 
  13. ^ http://www.belgianfootball.be/en/all-red-devils
  14. ^ "Dedryk Boyata, la surprise belge de Roberto Mancini à Manchester City" (dalam bahasa French). actu24. 2 January 2010. Dicapai 3 January 2010. 
  15. ^ "Dedryck Boyata, l'option back droit de Georges Leekens?". Sport Foot Magazine. Dicapai 26 January 2010. 
  16. ^ http://uk.soccerway.com/players/dedryk-boyata/111111/
  17. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/13346941

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Celtic F.C.