Yannick Ferreira Carrasco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yannick Carrasco
Carrasco2016.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhYannick Ferreira Carrasco
Tarikh lahir (1993-09-04) 4 September 1993 (umur 25)
Tempat lahirIxelles, Belgium
Ketinggian1.80 m (5 ka 10+78 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniDalian Yifang
Nombor10
Kerjaya remaja
Stade Everois
Diegem Sport
Germinal Beerschot
2005–2010Genk
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2010–2012Monaco B30(8)
2012–2015Monaco82(15)
2015–2018Atlético Madrid81(17)
2018–Dalian Yifang40(20)
Pasukan kebangsaan
2008Belgium B151(0)
2010Belgium B172(0)
2010–2011Belgium B189(1)
2011–2012Belgium B1912(3)
2013–2014Belgium B2111(1)
2015–Belgium31(5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 22 Julai 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 8 September 2018

Yannick Ferreira Carrasco, atau dikenali sebagai Yannick Carrasco (lahir 4 September 1993) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi sayap untuk pasukan Dalian Yifang dan pasukan kebangsaan Belgium.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco[sunting | sunting sumber]

Carrasco dilahirkan di Ixelles, Belgium. Beliau merupakan campuran Portugis dan Sepanyol. Carrasco sertai kelab Perancis, Monaco dari kelab Belgium, Genk pada 2010. Beliau melakukan debut untuk Monaco pada 30 Julai 2012 dalam perlawanan Ligue 2 menentang Tours. Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan percuma dan Monaco menang 4-0.[1] Pada 13 April 2013, beliau menjaringkan dua gol untuk Monaco pada perlawanan liga menentang Auxerre. Dalam musim pertamanya untuk Monaco, Carrasco menjaringkan enam gol dalam 27 perlawanan dan membantu Monaco layak ke Ligue 1.[2]

Beliau menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 pada 5 Oktober 2013 pada perlawanan menentang Saint-Étienne. Beliau menyudahkan hantaran oleh James Rodríguez dan membantu Monaco untuk menang 2-1. Beliau menjaringkan dua gol dalam masa 10 minit pada 20 Oktober ketika seri 2-2 bertemu Sochaux.

Pada 25 Februari 2015, beliau menjaringkan gol terakhirnya di Monaco ketika menang menentang Arsenal di tempat lawan pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas menggantikan Dimitar Berbatov pada minit ke-75.[3]

Atlético Madrid[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Julai 2015, Atlético Madrid mengumumkan pihak mereka telah mengikat Carrasco dengan kontrak lima tahun dan bayaran perpindahan dilaporkan sebanyak €20 juta.[4][5] Pada 18 Oktober 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Atletico ketika menang 2-0 ke atas Real Sociedad.[6]

Pada 28 Mei 2016, beliau menjadi pemain Belgium pertama yang menjaringkan gol pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara. Beliau berbuat demikian untuk mengikat kedudukan 1-1 ketika perlawanan akhir menentang jiran setempat, Real Madrid di San Siro, Milan. Namun, Atletico tewas pada penentuan penalti 5-3.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yannick Ferreira Carrasco". AS Monaco. Dicapai 20 October 2013. 
  2. ^ "Ligue 1 – Monaco promoted to top flight after late winner". Yahoo Sport. 11 May 2013. Dicapai 20 October 2013. 
  3. ^ McNulty, Phil (25 February 2015). "Arsenal 1–3 Monaco". BBC Sport. Dicapai 26 February 2015. 
  4. ^ "Atletico Madrid sign Belgium international Yannick Carrasco from Monaco". FOX Sports. 10 July 2015. Dicapai 12 July 2015. 
  5. ^ "Atletico Madrid sign Yannick Ferreira-Carrasco from Monaco". ESPNFC.com. Dicapai 2016-03-17. 
  6. ^ "Real Sociedad 0-2 Atletico Madrid". BBC Sport. Dicapai 2016-03-17. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]