Demografi Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Berlin ialah bandar raya terbesar di Jerman dengan penduduk berjumlah 3.4 juta orang.

Demografi Jerman dipantau oleh "Statistisches Bundesamt".

Dengan 82 juta orang, Jerman ialah negara paling banyak penduduk di dalam Kesatuan Eropah. Namun, kadar kesuburannya adalah yang paling rendah di dunia dengan 1.39 orang anak bagi seorang ibu.[1] Pejabat Perangkaan Persekutuan menganggarkan penduduknya akan mengecut ke antara 69 dan 74 juta orang menjelang tahun 2050.[2] Jerman mempunyai beberapa buah bandar raya besar, di antaranya ialah Berlin, Hamburg, Munich, Cologne, Frankfurt dan Stuttgart. Konurbasi terbesar pula ialah kawasan Rhine-Ruhr, meliputi Düsseldorf (ibu negeri NRW) dan bandar raya-bandar raya seperti Cologne, Essen, Dortmund, Duisburg, dan Bochum.

Jumlah penduduk di wilayah-wilayah Jerman 1800 - 2000 dan jumlah pendatang asing 1975 - 2000.

Sehingga Disember 2006, terdapat sejumlah 7.3 juta orang dengan kewarganegaraan asing yang berdaftar di Jerman dan 18.2% daripada keseluruhan penduduknya adalah berketurunan asing.[3] Golongan muda berkebarangkalian lebih tinggi untuk mempunyai keturunan asing berbanding warga tua. 30% daripada orang-orang Jerman yang berumur 15 tahun atau lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara. Di bandar raya-bandar raya besar, 60% daripada kanan-kanak berumur 5 tahun dan lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara.[4] Kumpulan yang terbesar (2.3 juta orang)[5] berasal dari Turki dan majoriti lainnya berasal dari negara-negara Eropah seperti Itali (kumpulan kedua terbesar dengan 8% daripada 7 juta warga asing), Greece, Poland dan Croatia.[6] Menurut Tabung Penduduk PBB, jumlah penduduk asing di Jerman merupakan yang ketiga terbesar di dunia, iaitu 5% atau 10 juta daripada 191 juta golongan pendatang di seluruh dunia, atau sekitar 12% daripada keseluruhan penduduknya.[7][8] Penguatkuasaan undang-undang baru berkenaan imigresen dan permohonan suaka yang lebih ketat berbanding undang-undang lama yang agak longgar pula menyebabkan kadar kemasukan semakin berkurangan sejak tahun 2000.[9]

Agama[sunting | sunting sumber]

Katedral Cologne di tebing Sungai Rhine ialah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kristian ialah kumpulan agama terbesar di Jerman dengan 53 juta penganut (64%),[10] Agama kedua terbesar pula ialah Islam dengan 3.3 juta penganut (4%) diikuti dengan penganut Buddha dan Yahudi, kedua-duanya dengan jumlah penganut sekitar 200,000 orang (0.25%). Agama Hindu pula mempunyai sekitar 90,000 orang penganut (0.1%). Lain-lain kumpulan agama memiliki penganut kurang daripada 50,000 orang (kurang daripada 0.05%). Sekitar 24.4 juta orang (29.6%) pula tidak mempunyai agama.

Penganut Protestan bertumpu di utara dan timur manakala penganut Katolik pula bertumpu di selatan dan barat. Masing-masing memiliki penganut sekitar 31% daripada keseluruhan penduduk. Ketua Gereja Katolik Rom pada masa kini, Paus Benedict XVI, dilahirkan di negeri Bavaria. Orang-orang yang tidak beragama, termasuk ateis dan agnostik yang membentuk 29.6% daripada keseluruhan penduduk, kebanyakannya bertumpu di negeri-negeri bekas Jerman Timur dan kawasan metropolitan utama.[11]

Daripada 3.3 juta orang penganut Islam, kebanyakannya adalah golongan Sunnah dan juga Alewi dari Turki, tetapi terdapat juga sekumpulan kecil penganut Syi'ah.[12] 1.7% penduduk negara ini mengaku sebagai penganut Kristian Ortodoks, dengan orang-orang berketurunan Serb dan Greek membentuk majoriti.[10] Jerman juga mempunyai jumlah penganut agama Yahudi ketiga terbesar di Eropah Barat.[13] Pada tahun 2004, pendatang-pendatang Yahudi dari bekas republik Soviet berhijrah ke Jerman dalam jumlah yang sama besar dengan kumpulan yang berhijrah ke Israel, membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 200,000 orang berbanding 30,000 sebelum penyatuan semula. Kota-kota besar dengan komuniti penting orang-orang Yahudi termasuklah Berlin, Frankfurt dan Munich.[14] Sementara itu, sekitar 250,000 orang, sebahagian besar merupakan pendatang-pendatang dari Asia, penganut agama Buddha tinggal di Jerman.[11]

Menurut Undian Eurobarometer pada tahun 2005, 47% warga Jerman bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya akan kewujudan Tuhan", sementara 25% pula bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya wujudnya roh atau kuasa kehidupan" dan 25% pula bersetuju dengan: "Saya tidak percaya akan kewujudan roh, tuhan atau kuasa kehidupan".[15]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Pengetahuan Bahasa Jerman di Kesatuan Eropah dan beberapa negara Eropah lain.

Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi dan yang paling dominan yang ditutur di negara Jerman.[16] Ia juga adalah salah satu daripada 23 bahasa rasmi Kesatuan Eropah, dan salah satu bahasa bekerja di Suruhanjaya Eropah, selain bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Bahasa minoriti yang diiktiraf pula termasuklah bahasa Denmark, bahasa Sorbia, bahasa Roma dan bahasa Frisia. Kesemuanya dipelihara dan dilindungi oleh Piagam Eropah bagi Bahasa Wilayah dan Minoriti. Bahasa golongan pendatang yang paling banyak digunakan pula ialah bahasa Turki, Poland, bahasa-bahasa Balkan dan Rusia.

Bahasa Jerman piawai ialah bahasa Jermanik Barat yang sangat berkait rapat dan turut digolongkan bersama-sama bahasa Inggeris, Belanda dan Frisia. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa ini berasal dari cabang Jermanik di dalam keluarga bahasa Indo-Eropah.[17] Beberapa kumpulan kecil perkataan penting pula berpunca daripada bahasa-bahasa Latin, Greek, Perancis, dan juga Inggeris. Tabiat mencampuri dua bahasa (seperti Bahasa Rojak) turut mula menular di kalangan penutur bahasa Jerman, yang dikenali sebagai Denglish (Bahasa rojak yang mencampurkan bahasa Jerman dan Inggeris). Bahasa Jerman ditulis menggunakan abjad Rumi. Namun, terdapat beberapa abjad tambahan iaitu tiga huruf vokal umlaut (ä, ö dan ü) serta Eszett atau scharfes S (S tajam) yang ditulis sebagai "ß" atau gantinya "ss".

Loghat Jerman dibezakan daripada jenis-jenis utama bahas Jerman. Loghat ini adalah jenis tempatan yang berasal daripada puak-puak Jermanik yang berbeza-beza. Kebanyakannya tidak mudah difahami oleh mereka yang hanya boleh bertutur bahasa Jerman piawai kerana kosa kata, sebutan dan susunan ayat yang berlainan.

Di seluruh dunia, bahasa Jerman dituturkan oleh sekitar 100 juta orang penutur asli dan juga sejumlah 80 juta pengguna yang lain.[18] Jerman ialah bahasa utama di EU yang dituturkan oleh lebih 90 juta orang (18%). Sementara itu, 67% warga Jerman mengaku boleh bertutur sekurang-kurangnya satu bahasa asing, 27% yang lain pula boleh bertutur dua bahasa asing selain bahasa ibunda mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cia tidak disediakan
  2. ^ "Im Jahr 2050 doppelt so viele 60-Jährige wie Neugeborene (Pada tahun 2050 jumlah golongan berumur 60-an berganda berbanding yang baru dilahirkan)" (dalam bahasa Jerman). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 7 November 2006. Dicapai pada 2008-09-14. (69 juta orang dengan menganggap kadar bersih penghijrahan +100,000 orang setiap tahun, manakala 74 juta dengan menganggap +200,000 orang setahun.)
  3. ^ "Kenaikan kecil penduduk dengan latar belakang asing" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 11 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-16. Dicapai pada 2008-09-14.
  4. ^ "Menschen mit Migrationshintergrund - neue Definition, alte Probleme (Golongan dengan latar belakang asing - takrifan baru, masalah lama)" (dalam bahasa Jerman). Institut Persekutuan bagi Pembangunan Kerjaya (BiBB). 2007. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  5. ^ Richard Bernstein (29 Mac 2006). "Kuiz untuk Bakal Warganegara Menguji Sikap Jerman" (dalam bahasa Inggeris). New York Times. Dicapai pada 2008-09-14.
  6. ^ "Ausländische Bevölkerung (Penduduk Asing)" (dalam bahasa Jerman). Institut Persekutuan bagi Kajian Penduduk (BiB). Dicapai pada 2008-09-14.[pautan mati kekal]
  7. ^ Jabatan Hal-ehwal Ekonomi dan Masyarakat, PBB (2006). Dasar Kependudukan Dunia 2005 (dalam bahasa Inggeris). Penerbitan PBB. ISBN 9789211514209. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ Bahagian Kependudukan, Jabatan Hal-ehwal Ekonomi dan Masyarakat, PBB (2006). "Penghijrahan Antarabangsa 2006" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Penerbitan PBB. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ "Erstmals seit 1990 weniger als 600 000 Ausländer zugezogen (Buat pertama kalinya sejak 1990 kurang daripada 600 000 pendatang asing baru)" (dalam bahasa Jerman). Pejabat Perangkaan Persekutuan. 6 Julai 2006. Dicapai pada 2008-09-14.
  10. ^ a b "Christen in Deutschland 2006 (Kristian di Jerman 2006)" (dalam bahasa Jerman). EKD accessdate=2008-09-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-30. Dicapai pada 2009-03-05. Missing pipe in: |publisher= (bantuan)
  11. ^ a b "Religionen in Deutschland: Mitgliederzahlen (Agama di Jerman: Jumlah penganut)" (dalam bahasa Jerman). Perkhidmatan Maklumat dan Media bagi Sains Keagamaan (RMID). 6 September 2006. Unknown parameter |Accessdate= ignored (|accessdate= suggested) (bantuan)
  12. ^ "Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Euro Islam. 8 Disember 2007. Dicapai pada 2008-09-14.[pautan mati kekal]
  13. ^ Mariah Blake (10 November 2006). "Di tempat lahir Nazi, Jerman meraikan Zaman Pembaharuan orang-orang Yahudi" (dalam bahasa Inggeris). Christian Science Monitor. Dicapai pada 2008-09-14.
  14. ^ "Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Kongres Yahudi Eropah. Dicapai pada 2008-09-14.
  15. ^ "Eurobarometer tentang Nilai-nilai Masyarakat, Sains dan Teknologi" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Eropah. 2005. m/s. ms. 11. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  16. ^ "Eurobarometer Khas 243: Orang-orang Eropah dan Bahasa-bahasa mereka (Ringkasan Eksekutif)" (PDF). Suruhanjaya Eropah. 2006. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
    "Eurobarometer Khas 243: Orang-orang Eropah dan Bahasa-bahasa mereka (Kajian Pendapat)" (PDF). Suruhanjaya Eropah. 2006. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  17. ^ Banyak bahasa, satu keluarga (PDF). Eropah yang bergerak (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Eropah. 2004. m/s. ms. 4. ISBN 92-894-7759-8. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  18. ^ National Geographic (2006). National Geographic Collegiate Atlas of the World. Willard, Ohio: R.R Donnelley & Sons Co. m/s. ms. 257-270. ISBN 0-7922-3662-9, 978-0-7922-3662-7 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |month= ignored (bantuan)