Dendam Orang Mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dendam Orang M4ti)
Dendam Orang Mati
PengarahJason Chong
PenulisNizam Zakaria
Lakon layarJason Chong
Dihasilkan olehNorman Abdul Halim

Yusry Abdul Halim

Edry Abdul Halim
Dibintangi
SinematografiMohd Shaufie A. Wahid
Disunting olehHafizan Malek
Muzik olehEdry Abdul Halim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehTGV Pictures[1][2]
Tarikh tayangan
23 Oktober 2014 (2014-10-23)
Masa tayangan
81 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 750,000[3]

Dendam Orang Mati (digayakan pada poster sebagai Dendam Orang M4ti) merupakan sebuah filem seram Malaysia 2014 yang diarahkan oleh Jason Chong dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Fizz Fairuz' Miera Leyana. dan Mustapha Kamal Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 23 Oktober 2014.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lena ketika sedang mengalami tekanan perasaan.

Lena (Lisa Surihani) tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Keadaan bertambah mengelirukan apabila diperkenalkan kepada isteri baru Shahrul (Fizz Fairuz), Min (Miera Leyana) di flat lamanya di tingkat 4 yang kini menjadi tingkat 3A.

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku flat tersebut dan mula berdepan dengan kejadian-kejadian aneh yang menyeramkan.

Gangguan seram ini memberikan lebih tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Shahrul yang berbelah bahagi antara isteri mudanya dan Lena.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

=Turut dibintang[sunting | sunting sumber]

=Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Zuhana Zainol Abidin sebagai Che Rozita
  • Lee Kim Leng sebagai Mr Wong
  • Megat Terawis sebagai En Hassan
  • Voong Fook Ming sebagai Mr Chew
  • Siti Maizatul Rafika sebagai Alice
  • Azmi Osman sebagai Bomoh
  • Mohd Raimi Mohd Nazeri sebagai Lembaga 1
  • Edmond Joney sebagai Lembaga 2

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dihasilkan berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina tempatan yang menghindari nombor empat (4) kerana sebutan angka tersebut di dialam bahasa Cina yang seakan serupa dengan sebutan mati.[4] Filem ini merupakan filem seram kedua terbitan KRU Studios selepas filem Karak pada tahun 2011.[5][6][7] Tajuk asal filem ini ialah "Tingkat Empat".[8]Lisa Surihani mengakui bahawa dirinya tertekan ketika berlakon di dalam filem ini.[9][10][11] Sebelum penggambaran dimulakan, Lisa Surihani telah menjalani bengkel lakonan terlebih dahulu dengan Fauziah Nawi.[12] Fizz Fairuz mendedahkan bahawa di dalam filem ini, beliau terpaksa berjalan di atas api.[13][14] Miera Leyana pula mencipta kontroversi apabila dirinya tidak kisah dilihat oleh Fizz Fairuz dalam keadaan berbikini.[15]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif, dengan rata-ratanya memuji lakonan dari Lisa Surihani. Kritikan pula ialah tertumpu kepada CGI filem ini yang tidak realistik.Mohd Al Qayum Azizi dari mStar memuji kebijaksanaan pengarah, Jason Chong mengadunkan kisah misteri disebalik kepercayaan angka empat dikalangan masyarakat Cina dengan kisah Lena lakonan Lisa iaitu seorang pesakit mental yang menghuni di tingkat empat di sebuah flat usang.Beliau turut meluahkan rasa kagumnya akan lakonan Lisa dan tidak terkejut sekirannya dia memenangi anugerah Pelakon Terbaik selepas ini.[16]Aqmar Mustaza dari Sinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "Seram dan mendebarkan".[17]Izwan Mohd Isa dari Kosmo memuji sinematografi filem dan lakonan para pelakon.[18] Portal hiburan, Astrogempak.com.my pula mengangkat filem ini sebagai "...filem seram terbaik setakat ini."[19]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-27[20] Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Ilya Syazran Lukman Tercalon
Pelakon Kanak-kanak Terbaik Eunos Madeonus Tercalon
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Lisa Surihani Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Ilya Syazran Lukman Tercalon

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.backstage.my/index.php/filem-dendam-orang-mati-1302/
  2. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140430/hi_05/Kerjasama-KRU-dan-TGV
  3. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
  4. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/seram-dan-penuh-teka-teki-1.16149
  5. ^ http://ishakhasimi.com/2014/10/apa-ada-dengan-filem-dendam-orang-mati.html
  6. ^ http://www.ohbulan.com/lisa-surihani-atau-fizz-fairuz-yang-psycho/
  7. ^ http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-news/2014/10/26/fizz-fairuz-tackles-psychological-genre-with-dendam-orang-mati/
  8. ^ http://www.cinemaonline.sg/articles/News_Details.aspx?search=2014.i_dendamorangati_21626
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-07-12.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-16. Dicapai pada 2015-07-12.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-23. Dicapai pada 2015-07-12.
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-07-12.
  13. ^ http://www.astroawani.com/video-hiburan/watak-rumit-dalam-dendam-orang-mati-42712
  14. ^ http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/10/27/Fizz-Fairuz-tackles-psychological-genre-with-Dendam-Orang-Mati/
  15. ^ http://beautifulnara.com/tag/dendam-orang-mati/
  16. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-11. Dicapai pada 2015-01-01.
  17. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dendam-orang-mati-seram-mendebarkan-1.327411
  18. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
  19. ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/137235/Dendam-Orang-Mati-Nafas-Baru-Kepada-Filem-Seram-Tempatan.aspx
  20. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2015-08-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]