Djibril Sidibé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Djibril Sidibé
Sidibé bersama Perancis pada tahun 2018.
Maklumat peribadi
Nama penuh Djibril Sidibé[1]
Tarikh lahir (1992-07-29) 29 Julai 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahir Troyes, Perancis
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)[3]
Posisi permainan Bek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Everton
(dipinjam dari Monaco)
Nombor 19
Kerjaya remaja
2000–2010 Troyes
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2012 Troyes 41 (1)
2012–2016 Lille 96 (7)
2016– Monaco 81 (4)
2019–Everton (pinjam) 16 (0)
Pasukan kebangsaan
2011–2013 Perancis B20 10 (0)
2013 Perancis B21 1 (0)
2016– Perancis 18 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 06:48, 27 Januari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15:58, 26 Jun 2018 (UTC)

Djibril Sidibé (Sebutan bahasa Perancis: [dʒibʁil sidibe]: lahir 29 Julai 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Everton secara pinjaman dari Monaco dan juga untuk pasukan kebangsaan Perancis.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Djibril Sidibé beraksi di posisi pertahanan tetapi beliau juga digunakan untuk posisi pemain tengah. Beliau memulakan kerjayanya untuk kelab kampung halamannya, Troyes pada tahun 2000 semasa berusia lapan tahun.[4] Sidibé melakukan penampilan sulungnya untuk kelabnya ketika musim 2009–10 semasa kelab itu mengambil bahagian dalam kejohanan Championnat National iaitu divisyene ketiga Perancis. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 17 September 2010 dalam perlawanan liga menentang Grenoble.[5]

Lille[sunting | sunting sumber]

Selepas membantu Troyes untuk layak ke Ligue 1, Sidibé yang pada masa itu berusia 19 tahun menyertai Lille pada Julai 2012 sebagai pilihan kedua selepas Mathieu Debuchy.[6] Sidibé melakukan penampilan sulungnya untuk Lille pada 25 Ogos 2012 dalam aksi menentang Nice. Perlawanan itu juga menandakan penampilan pertamanya dalam saingan Ligue 1 dan ia diserikan dengan jaringan gol Sidibé yang menyamakan kedudukan permainan 2-2 pada minit ke-59.[7][8] Dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2012-13 menentang BATE Borisov di Minsk pada 20 November, Sidibé membantu Lille untuk menebus kekalahan pasukannya kepada Borisov pada perlawanan lalu dengan merembat padu jaringan gol dari jarak jauh. Sidibé kemudiannya telah dibuang padang pada separuh masa kedua kerana melakukan kekasaran kedua tetapi Lille tetap mengukir kemenangan dalam permainan itu 2-0 sekali gus menjadikan satu-satunya mata yang diraih dalam kempen Liga Juara-Juara itu.[9]

Sidibé menjaringkan gol penyamaan permainan sewaktu menentang Paris Saint-Germain dalam perlawanan akhir Piala Liga Perancis namun Paris menang 2-1.

Monaco[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai 2016, Sidibé melakukan perpindahan ke AS Monaco dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[10] Pada 22 November, Sidibé menanduk masuk hantaran lintang daripada Benjamin Mendy untuk menjaringkan gol pertama Monaco pada minit ke-48 dan beliau juga membantu jaringan gol Thomas Lemar bagi membolehkan Monaco menumpaskan Tottenham Hotspur 2–1 di laman sendiri dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sekali gus memastikan Monaco menduduki tangga teratas Kumpulan E pada 7 Disember.[11]

Semasa musim pertamanya di Monaco, Sidibé memainkan peranan penting yang mengesahkan kejuaraan Ligue 1 buat kali pertama dalam masa 17 tahun dan beliau telah disenaraikan ke dalam Pasukan Terbaik Tahunan UNFP Ligue 1.[12]

Everton[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2019, Sidibe menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Everton secara pinjaman selama satu musim penuh. Rundingan itu termasuklah pilihan untuk melakukan perpindahan kekal pada penghujung tempoh pinjaman.[13]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Ogos 2016, Sidibé telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Perancis buat kali pertama untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Itali dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Belarus.[14] Beliau melakukan penampilan sulungnya ketika menentang Itali pada 1 September dan beraksi selama 90 minit yang menyaksikan Perancis merangkul kemenangan 3-1.[15] Sidibé menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis semasa perlawanan persahabatan menentang England yang berkesudahan Perancis menang 3-2 pada 13 Jun 2017.[16]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad Perancis yang akan menyertai Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sidibé merupakan seorang Muslim yang berasal daripada keturunan Mali.[18]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 21 Januari 2020.[19]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah[c] Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Troyes 2009–10 1 0 0 0 0 0 1 0
2010–11 6 0 0 0 0 0 6 0
2011–12 34 1 3 0 1 0 38 1
Jumlah 41 1 3 0 1 0 45 1
Perancis Lille 2012–13 14 1 2 0 1 1 3 1 20 3
2013–14 20 0 3 0 1 0 24 0
2014–15 25 2 1 0 3 0 3 0 32 2
2015–16 37 4 2 0 4 2 43 6
Jumlah 96 7 8 1 9 3 6 1 119 11
Perancis Monaco 2016–17 29 2 2 0 4 0 12 1 47 3
2017–18 27 2 1 0 3 0 3 0 1[d] 1 35 3
2018–19 25 0 1 0 1 0 4 0 0 0 31 0
Jumlah 81 4 4 0 8 0 19 1 1 1 113 6
England Everton 2019–20 16 0 1 0 2 0 0 0 19 6
Jumlah kerjaya 240 13 16 1 20 3 25 2 1 1 302 19

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Jun 2018.[20]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2016 6 0
2017 8 1
2018 4 0
Jumlah 18 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
13 Jun 2017 Saint-Denis, Perancis  England
2–1
3–2
Persahabatan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sidibé memegang trofi Piala Dunia.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ "Djibril Sidibé: Overview". Premier League. Dicapai pada 26 August 2019.
  4. ^ "Les bons débuts de Djibril Sidibé!" (dalam bahasa French). L'Est Eclair. 5 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2012. Dicapai pada 17 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Grenoble v. Troyes Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 17 September 2010. Dicapai pada 17 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  6. ^ "Lille seal Sidibe capture". ESPNFC. 25 July 2012.
  7. ^ "OGC NICE 2 - 2 LOSC". LILLE OSC. 25 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2014.
  8. ^ "OGC Nice 2-2 LOSC Lille". LFP. 25 August 2012.
  9. ^ "LOSC boys drain the life from BATE". UEFA. 20 November 2012.
  10. ^ "Djibril Sidibé pour 5 saisons". AS Monaco. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 8 Julai 2016.
  11. ^ "AS Monaco vs Tottenham Hotspur 2016-2017 UEFA Champions League group stage Group E match summary". www.uefa.com. 22 November 2016.
  12. ^ name="Team of the Year"
  13. ^ "Everton seal loan deal for World Cup winner Djibril Sidibe". Liverpool Echo. Dicapai pada 7 August 2019.
  14. ^ "Corchia, Kurzawa et Sidibé appelés pour affronter l'Italie et la Biélorussie, pas Evra". lefigaro.fr. 25 August 2016.
  15. ^ "Italy vs. France - 1 September 2016 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 5 September 2016.
  16. ^ https://www.bbc.co.uk/sport/football/40168358
  17. ^ "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out - Football News - Sky Sports". www.skysports.com.
  18. ^ "Beautiful diversity: Football to spur social reform as Muslim players shine for France at World Cup". tribune.com.pk.
  19. ^ "D. Sidibé: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 23 November 2016.
  20. ^ (Inggeris) Profil Sidibé, Djibril di National-Football-Teams.com
  21. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.
  22. ^ "Trophées UNFP : Le Palmarès Complet de l'Édition 2017". Dicapai pada 15 May 2017.
  23. ^ name=Legion

Pautan luar[sunting | sunting sumber]