Corentin Tolisso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Corentin Tolisso
Corentin Tolisso.jpg
Tolisso bersama Perancis ketika final Piala Dunia 2018.
Maklumat peribadi
Nama penuh Corentin Tolisso[1]
Tarikh lahir (1994-08-03) 3 Ogos 1994 (umur 26)[2]
Tempat lahir Tarare, Perancis
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 24
Kerjaya remaja
2000–2004 Stade Amplepuisien
2004–2007 FC Pays de l'Arbresle
2007–2013 Lyon
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2017 Lyon 116 (21)
2017– Bayern Munich 41 (8)
Pasukan kebangsaan
2012 Perancis B19 1 (0)
2013–2014 Perancis B20 3 (0)
2014–2016 Perancis B21 19 (6)
2017– Perancis 21 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:35, 29 Februari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:50, 17 November 2019 (UTC)

Corentin Tolisso (lahir 3 Ogos 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Jerman, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Perancis.

Sebagai pemain lepasan akademi Lyon, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab itu pada 2013 dan kemudiannya beraksi dalam 160 perlawanan dan menjaringkan 29 gol. Pada musim panas 2017, beliau berpindah ke Bayern Munich dengan rekod perpindahan terbesar kelab Jerman itu yang bernilai 41.5 juta euro.

Tolisso mewakili pasukan Perancis di pelbagai peringkat umur sebelum melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan senior pada tahun 2017. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Perancis yang menjuarai Piala Dunia 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Tolisso memulakan kerjayanya bersama kelab tempatan berhampiran tempat lahirnya di Tarare dan kampung halamannya, Amplepuis.[4] Sebelum beraksi sebagai pemain tengah, beliau bermain di posisi penyerang. Tolisso pernah menjaringkan hatrik ketika menentang bakal kelab yang akan disertainya nanti, Olympique Lyonnais semasa beliau berusia sebelas tahun. Beliau seterusnya menyertai akademi Lyon pada tahun 2007 sewaktu berusia 13 tahun.[5]

Lyon[sunting | sunting sumber]

2013–2016[sunting | sunting sumber]

Tolisso beraksi untuk Lyon pada tahun 2015.

Pada 10 Ogos 2013, pengurus Rémi Garde mengendalikan Tolisso untuk melakukan penampilan pertamanya bersama Lyon dengan memasukkan pemain itu pada minit ke-92 sebagai pemain gantian dalam aksi Ligue 1 menentang Nice. Namun, beliau tidak dapat menyentuh bola sebelum pengadil meniup wisel penamat permainan beberapa saat kemudian.[6] Tolisso melakukan kemunculan sulungnya dalam kejohanan Eropah pada 24 Oktober 2013 ketika pasukannya mengatasi Rijeka 1-0 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2013-14.[7] Pada seminggu kemudian, Tolisso menandatangani kontrak profesionalnya yang pertama bersama Lyon yang mana beliau kekal bersama kelab Perancis itu sehingga tahun 2017.[8] Pada 9 Mac 2014, beliau telah menjaringkan gol pertama dalam kerjayanya pada masa kecederaan sekali gus membantu Lyon meraih kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux pada perlawanan liga.[9] Tolisso digunakan sebagai pemain pelbagai posisi hampir sepanjang musim dengan beraksi di posisi bek kanan iaitu tempat Mouhamadou Dabo. Kemudiannya, beliau digunakan di posisi pemain tengah berikutan kecederaan yang dialami oleh Yoann Gourcuff dan Gueïda Fofana.[10]

Ketiadaan Fofana dan kecederaan berterusan yang dihadapi oleh Clément Grenier membuka peluang kepada Tolisso untuk menikmati aksi bersama skuad utama bersama Lyon pada musim berikutnya. Ketika musim 2014–15, beliau beraksi dalam setiap perlawanan liga untuk Lyon selain beliau telah berjaya menghasilkan sembilan gol.[11] Pada penghujung musim, Tolisso bersama rakan sepasukan lain iaitu Nabil Fekir dan Anthony Lopes ditawarkan kontrak lanjutan yang memastikan mereka kekal bersama kelab sehingga tahun 2020.[12] Beliau meneruskan prestasinya yang baik pada musim 2015-16 apabila beliau menyumbat lima jaringan gol dan membantu enam jaringan gol pasukan. Musim itu juga menyaksikan Lyon menjadi naib juara di belakang Paris Saint-Germain.[13]

Musim 2016–17[sunting | sunting sumber]

Prestasi Tolisso pada musim yang lalu telah menarik minat kelab-kelab luar. Pada Julai 2016, Napoli telah melakukan bidaan sebanyak 37.5 juta euro bagi mendapatkan Tolisso. Beliau menolak tawaran perpindahan itu dan menegaskan semula komitmennya untuk Lyon. Beliau seterusnya menyatakan rasa cintanya terhadap Lyon dan kepercayaan pihak kelab akan perkembangannya menjadi alasan beliau untuk terus berada di Lyon.[14]

Beliau melakukan kemunculan pertamanya pada musim itu dalam kejohanan Trophée des Champions 2016 pada 6 Ogos 2016 apabila Lyon ditewaskan oleh juara liga Perancis, Paris Saint-Germain 4-1. Tolisso menjaringkan gol sagu hati Lyon pada minit ke-87 permainan.[15] Tolisso menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga pada musim itu pada 27 Ogos dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika pasukannya menentang Dijon tetapi tewas 4-2 di gelanggang lawan. Beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Eropah pula pada 14 September dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb.[16][17]

Pada 2 Oktober 2016, apabila kapten pasukan Maxime Gonalons dan naib-kapten Alexandre Lacazette mengalami kecederaan, Tolisso memakai lilitan kapten dan mengetuai pasukan Lyon buat kali pertama dalam pertembungan Rhône menentang Saint-Étienne di stadium baru Lyon, Parc Olympique Lyonnais.[18] Pada 5 Februari, Tolisso telah dilayangkan kad merah buat kali pertama dalam kerjayanya selepas mengasari pemain Fabien Lemoine pada masa tambahan. Sebaik sebelum Tolisso dibuang padang, rakan sepasukannya iaitu Rachid Ghezzal juga telah dibuang padang kerana mengasari pemain lawan yang sama. Disiplin yang buruk dipamerkan oleh pemain Lyon telah menyebabkan presiden kelab Jean-Michel Aulas untuk mengumumkan kedua-dua pemain itu akan menerima hukuman yang setimpal.[19] Tolisso menamatkan musim 2016-17 dengan menjaringkan 14 gol dan melakukan tujuh bantuan jaringan gol dalam 47 penampilannya pada semua kejohanan.[20] Beliau juga telah disenaraikan ke dalam Pasukan Terbaik Liga Europa untuk musim ini.[21]

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Musim 2017–18[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2017, kelab Bundesliga iaitu Bayern Munich telah mengikat Tolisso dari Lyon dengan kontrak selama lima tahun melalui perpindahan awal yang bernilai 41.5 juta euro sebelum ditambah 6 juta euro lagi sebagai potensi bonus.[22][23][24] Perpindahan itu merupakan bayaran terbesar diterima oleh Lyon untuk penjualan mana-mana pemainnya sebelum rekod itu sekali lagi dipecahkan oleh Alexandre Lacazette yang berpindah ke Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak 53 juta euro pada 5 Julai 2017.[25] Perpindahan Tolisso itu juga memecahkan rekod perpindahan di Bundesliga dan Bayern yang sebelum ini dipegang oleh Javi Martínez yang berpindah dari Athletic Bilbao pada Ogos 2012.[26][27]

Tolisso bersama Bayern pada tahun 2018.

Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Bayern pada 5 Ogos dengan beraksi pada penentuan penalti menentang Borussia Dortmund yang menyaksikan Bayern dijulang sebagai juara Supercup.[28] Tolisso seterusnya menjaringkan gol dalam aksi sulungnya di Bundesliga pada 18 Ogos dengan menjaringkan gol kedua Bayern ketika menumpaskan Bayer Leverkusen 3-1.[29] Pada 5 Disember 2017, selepas Bayern telah memastikan kelayakannya ke peringkat kalah-mati Liga Juara-Juara, Tolisso menjaringkan dua gol untuk Bayern dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi menewaskan PSG 3-1. Namun, keputusan itu tidak cukup untuk menyaksikan Bayern menduduki tangga teratas kumpulan.[30] Pada 3 April 2018, beliau menjaringkan gol dari jarak jauh untuk menggandakan kedudukan dalam aksi menewaskan Freiburg 4-0 di gelanggang lawan.[31]

Pada 7 April, Tolisso menyamakan kedudukan permainan sebelum Bayern mengalahkan Augsburg 4-1 lalu meraikan juara Bundesliga walaupun terdapat baki lima perlawanan lagi.[32]

Musim 2018–19[sunting | sunting sumber]

Tolisso memulakan musim baru sebagai juara Piala Dunia bersama Perancis.[33] Pada hari ketiga perlawanan Bundesliga, krusiat ligamen pada lutut kanan Tolisso telah retak semasa Bayern meraih kemenangan 3-1 ke atas Bayer Leverkusen pada 15 September.[34][35] Berikutan kecederaan itu, jurulatih pasukan kebangsaan Perancis Didier Deschamps telah meyakinkan Tolisso supaya "kembali dengan kuat, jika tidak terlalu kuat". Beliau juga percaya tahun 2019 akan "jadi lebih baik untuk dia [Tolisso]".[36] Semasa latihan musim sejuk Bayern di Doha pada Januari 2019, Tolisso dilaporkan telah boleh berjoging di atas treadmill ant-graviti tanpa menghadapi sebarang masalah.[37] Beliau kembali pada Mac 2019 yang mana menurut jurulatih Bayern Niko Kovac ialah "awal daripada yang dijangka".[38]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Walaupun Tolisso dilahirkan di Perancis dan mewakili pelbagai pasukan remaja kebangsaan, beliau sebenarnya layak untuk mewakili Togo melalui keturunan sebelah bapanya.[39][40] Pada tahun 2016, pengurus Togo Claude Le Roy telah mendedahkan bahawa beliau cuba memujuk Tolisso untuk mewakili Togo daripada Perancis. Tolisso sebelum ini juga mengakui ikatannya dengan negara Togo tetapi beliau setia kepada Perancis dengan menyatakan bahawa; "Saya dilahirkan di sini dan dibesarkan di sini."

Dengan sebelum ini pernah mewakili Perancis di pelbagai peringkat usia, Tolisso akhirnya dipanggil oleh skuad senior buat kali pertama untuk menghadapi perlawanan menentang Luxembourg dan Sepanyol pada Mac 2017.[41] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 28 Mac 2017 ketika menentang Sepanyol. Dalam perlawanan itu, beliau telah digantikan oleh Thomas Lemar pada minit ke-80 yang menyaksikan Perancis tewas 2–0 dalam aksi persahabatan.[42]

Pada 17 Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam 23 pemain yang akan mewakili Perancis ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[43] Beliau beraksi dalam 78 minit pertama sebelum dikeluarkan ketika menentang Australia dalam perlawanan peingkat kumpulan kejohanan pada 16 Jun.[44] Tolisso tidak beraksi dalam dua perlawanan kumpulan terakhir menentang Peru[45] dan Denmark.[46] Pada 30 Jun, beliau telah menggantikan Blaise Matuidi pada minit ke-75 permainan semasa Perancis menewaskan Argentina 4-3 pada pusingan 16 terbaik.[47] Pada 6 Julai, Tolisso beraksi sebagai kesebelasan utama Perancis semasa berentap menentang Uruguay pada peringkat suku akhir. Beliau telah membantu jaringan gol Antoine Griezmann sekali gus membantu Perancis untuk meraih kemenangan 2–0.[48] Dalam perlawanan separuh akhir menentang Belgium, beliau telah menggantikan Matuidi pada minit ke-86 yang berakhir dengan kemenangan Perancis 1-0 pada 10 Julai.[49] Pada 15 Julai, Tolisso tampil pada minit ke-73 perlawanan dan sekali lagi menggantikan Matuidi pada perlawanan akhir menewaskan Croatia 4-2 sebelum mereka meraih gelaran Piala Dunia kedua.[50] Pada 17 November 2019, Tolisso menjaringkan gol sulungnya untuk Perancis semasa mengalahkan Albania 2-0 pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020.[51]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 3 Mac 2020.[52]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Lyon 2013–14 14 1 1 0 1 0 9[b] 0 25 1
2014–15 38 7 2 0 0 0 3[b] 0 43 7
2015–16 33 5 4 1 2 1 6[c] 0 0 0 45 7
2016–17 31 8 1 1 0 0 14[d] 4 1[e] 1 47 14
Jumlah 116 21 8 2 3 1 32 4 1 1 160 29
Jerman Bayern Munich 2017–18 26 6 5 1 8[c] 3 1[f] 0 40 10
2018–19 2 1 2 0 0 0 0 0 4 1
2019–20 13 1 4 0 6[c] 2 1[f] 0 24 3
Jumlah 41 8 11 1 14 5 2 0 68 14
Jumlah kerjaya 157 29 19 3 3 1 46 9 3 1 228 43
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. ^ a b Penampilan di Liga Europa
  3. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ^ Enam penampilan di Liga Europa UEFA dan lapan penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  5. ^ Penampilan di Trophée des Champions.
  6. ^ a b Penampilan di DFL-Supercup

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 November 2019.[53]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2017 5 0
2018 10 0
2019 6 1
Jumlah 21 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
17 November 2019 Tirana, Albania  Albania
0–1
0–2
Kelayakan Euro 2020

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tolisso sedang memegang trofi Piala Dunia bersama bapanya.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ name=FIFA
  4. ^ "Corentin Tolisso: 10 things on Bayern Munich's French World Cup winner". Bundesliga. Dicapai pada 9 August 2018.
  5. ^ Devin, Eric (21 June 2017). "Corentin Tolisso: the €41.5m player who broke Bayern Munich's transfer record". The Guardian. Dicapai pada 6 December 2017.
  6. ^ Buzy, William (10 August 2013). "Lyon – Nice (4–0)". L'Equipe (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 23 July 2016.
  7. ^ "Lyon – HNK Rijeka (1–0)". L'Equipe (dalam bahasa Perancis). 24 October 2013. Dicapai pada 23 July 2016.
  8. ^ "Contrat Professionnel Pour Tolisso". Olympique Lyon (dalam bahasa Perancis). 30 October 2013. Dicapai pada 23 July 2016.
  9. ^ "Bordeaux v Lyon 1 – 2". Soccerway. 9 March 2014. Dicapai pada 31 December 2015.
  10. ^ Maxences (7 August 2015). "Tolisso plus qu'n couteau Suisse". Footballistiquement (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 23 July 2016.
  11. ^ Baki, Philip (2 October 2015). "Scout Report – Corentin Tolisso: Lyon's latest impressive young midfielder". Outside of the Boot. Dicapai pada 23 July 2016.
  12. ^ Templat:Cit news
  13. ^ "Corentin Tolisso". Olympique Lyon (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 23 July 2016.
  14. ^ Rodden, Mark (28 July 2016). "Corentin Tolisso confirms intention to stay at Lyon amid Napoli bid". ESPN. Dicapai pada 1 July 2016.
  15. ^ "PSG 4–1 Olympique Lyonnais". Goal. 6 August 2016. Dicapai pada 6 August 2016.
  16. ^ "Lacazette injured as Lyon humbled". SuperSport. 27 August 2016. Dicapai pada 28 August 2016.
  17. ^ "Lyon off and running at Dinamo's expense". UEFA. 14 September 2016. Dicapai pada 22 February 2017.
  18. ^ Amir, Thariq (11 October 2016). "Corentin Tolisso: Heir to the Lyon Fortune". French Football Weekly. Dicapai pada 21 December 2016.
  19. ^ Fisher, Jon (7 February 2017). "Lyon to 'severely punish' Ghezzal and Tolisso for red cards against Saint-Etienne". Goal. Dicapai pada 22 February 2017.
  20. ^ "Bayern Munich sign French star Corentin Tolisso on five-year deal". Bundesliga website. 15 June 2017.
  21. ^ "UEFA Europa League Squad of the Season". UEFA. 25 May 2017.
  22. ^ "FC Bayern sign Corentin Tolisso". FC Bayern Munich. 14 June 2017. Dicapai pada 14 June 2017.
  23. ^ Press, Associated (14 June 2017). "Bayern Munich sign Corentin Tolisso from Lyon in £35m deal". The Guardian. Dicapai pada 14 June 2017.
  24. ^ "Communiqué : Transfert de Corentin Tolisso au Bayern Munich | OLWeb.fr" (dalam bahasa Perancis). Olympique Lyon.
  25. ^ "Arsenal sign Alexandre Lacazette from Lyon for club-record fee". ESPNFC.com. Dicapai pada 27 July 2017.
  26. ^ "Bayern signs Corentin Tolisso in Bundesliga record transfer". foxsport.com. AP. 14 June 2017. Dicapai pada 15 June 2017.
  27. ^ "Bayern sign France midfielder Tolisso on record five-year deal". www.euronews.com. Reuters. 14 June 2017.
  28. ^ "Borussia Dortmund 2 Bayern Munich 2 (4–5 pens): Bosz's boys lead twice but pay penalty". Four Four Two. 5 August 2017. Dicapai pada 6 August 2017.
  29. ^ Lovell, Mark (19 August 2017). "Corentin Tolisso opens with a bang as Sven Ulreich bails out Bayern's defence". ESPN. Dicapai pada 19 August 2017.
  30. ^ Eccleshare, Charlie (5 December 2017). "Bayern Munich 3 PSG 1: Corentin Tolisso double not enough to secure top spot for the hosts". Telegraph. Dicapai pada 6 December 2017.
  31. ^ "Freiburg 0 Bayern Munich 4: Bundesliga holders move 20 points clear". Goal.com. Dicapai pada 9 August 2018.
  32. ^ "Bayern Munich seal sixth consecutive Bundesliga title with win over Augsburg". The Guardian. Reuters. 7 April 2018. Dicapai pada 8 April 2018.
  33. ^ "Tolisso back at Säbener Straße". fcbayern.com. Dicapai pada 17 September 2018.
  34. ^ "Cruciate agony for Tolisso". fcbayern.com. Dicapai pada 17 September 2018.
  35. ^ Reuters, News Agency. "Bayern Munich's Corentin Tolisso, Rafinha tear ligaments in win". ESPN. ESPN Internet Ventures. Dicapai pada 27 January 2019.
  36. ^ "Corentin Tolisso provides update on his ACL injury". Bavarian Football Works. Vox Media, Inc. 14 November 2018. Dicapai pada 27 January 2019.
  37. ^ Bretland, Elliott (7 January 2019). "Corentin Tolisso takes step closer to Bayern Munich return". Onefootball. Dicapai pada 27 January 2019.
  38. ^ "Bundesliga: Corentin Tolisso resumes training to hand Niko Kovac's Bayern Munich boost ahead of second half of season". Firstpost: Sports News. Firstpost. 8 January 2019. Dicapai pada 27 January 2019.
  39. ^ name=CLR>"Claude Le Roy veut convaincre Corentin Tolisso de choisir le Togo". L'Equipe (dalam bahasa Perancis). 16 April 2016. Dicapai pada 17 March 2017.
  40. ^ "Cinq choses à savoir sur Corentin Tolisso". French Football (dalam bahasa Perancis). 9 December 2015. Dicapai pada 17 March 2017.
  41. ^ "Mbappé et Lemar sont là, pas Lacazette ni Benzema". Sport24 (dalam bahasa Perancis). 16 March 2017. Dicapai pada 16 March 2017.
  42. ^ "France vs. Spain – 28 March 2017 – Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 28 March 2017.
  43. ^ Charles, Andy (17 May 2018). "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out". Sky Sports. Dicapai pada 17 May 2018.
  44. ^ "France 2–1 Australia: World Cup 2018 – as it happened". The Guardian. Dicapai pada 11 July 2018.
  45. ^ "2018 FIFA World Cup Russia™ – Matches – France – Peru". FIFA.com. Dicapai pada 11 July 2018.
  46. ^ "2018 FIFA World Cup Russia™ – Matches – Denmark – France". FIFA.com. Dicapai pada 11 July 2018.
  47. ^ "France 4–3 Argentina: World Cup 2018 – as it happened". The Guardian. Dicapai pada 11 July 2018.
  48. ^ "Uruguay vs. France – Football Match Commentary". ESPN FC. Dicapai pada 11 July 2018.
  49. ^ "2018 FIFA World Cup Russia™ – Matches – France – Belgium". FIFA.com. Dicapai pada 11 July 2018.
  50. ^ FIFA.com. "2018 FIFA World Cup Russia™ - Matches - France - Croatia - FIFA.com". www.fifa.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 July 2018.
  51. ^ "Albania 0–2 France". BBC Sport. 17 November 2019.
  52. ^ "C. Tolisso". Soccerway. Dicapai pada 4 July 2016.
  53. ^ "Corentin Tolisso – national football team player". EU-Football.info. Dicapai pada 27 March 2018.
  54. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]