Ekspedisi Daumat al-Jandal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ekspedidi Daumat al-Jandal oleh Khalid bin al-Walid
TarikhOktober 630 M[1]
Lokasi
Keputusan
  • Ukaidir bin Abdul Malik al-Kindi bersetuju membayar Jizyah
  • 2,000 unta, 800 hamba, 400 baju besi, dan 400 tombak,[1] sebagai bayaran tebusan.[2]
Komandan dan pemimpin
Khalid bin al-Walid Ukaidir
Kekuatan
420 askar berkuda[1][3] Tidak diketahui
Kerugian dan korban
0 Saudara lelaki Ukaidir terbunuh[3][4]

Ekspedisi Khalid bin al-Walid,[5] ke Daumat al-Jandal, bagi menyerang "raja" Arab Kristian daerah Duma, berlangsung pada bulan Mac 632 M bersamaan tahun 9 H[3][5][6][7] atau Oktober 630 M mengikut pendapat William Montgomery Watt.[1]

Ekspedisi[sunting | sunting sumber]

Pihak Rom bersetuju untuk berundur dari utara Semenanjung Arab, akan tetapi Nabi Muhammad (SAW) risau akan kedudukan 'kerajaan' Duma yang merupakan kerajaan ufti Byzantine (atau Rom), dan mengesyaki Duma akan melakukan serangan sebaik sahaja pihak Byzantine pulang ke wilayah itu. Justeru, baginda menghantar Khalid bin al-Walid serta askar berkudanya untuk menyerang Duma.[8]

Ekpsedisi ini berlaku selepas Pertempuran Tabuk dan pertempuran yang berlaku dalam ekspedisi ini tidak menimbulkan masalah pada Khalid.


Serangan terhadap istana kota Duma[sunting | sunting sumber]

Khalid bin al-Walid dihantar bersama-sama 450 askar berkuda (420 mengikut sumber-sumber lain[4]).

Apabila sampai di Duma, Khalid mendapati bahawa Ukaidir dan saudara lelakinya tengah memburu dan berada di luar kota. Khalid menyerang kedua-dua orang ini dan berjaya menawan Ukaidir dan membunuh saudaranya.[4] Namun demikian penduduk kota mengunci pintu masuk sehinggalah Khalid mengugut akan membunuh Ukaidir sekiranya mereka berdegil.[2]

Khalid membawa Ukaidir pulang bertemu Nabi Muhammad dengan Ukaidir berpakaian penuh bersulam emas. Ukaidir bersetuju membuat bayaran tebusan merangkumi 2,000 ekor unta, 800 orang hamba, 400 pasang baju besi, dan 400 bilah tombak, dan membuat bayaran jizyah.[2] Nabi Muhammad juga menawarkan Islam kepada Ukaidir dan beliau bersetuju untuk memeluk agama itu. Tampuk kerajaan Duma dipulangkan kepada Ukaidir selepas beliau memeluk Islam dan beliau menjadi sekutu Nabi Muhammad.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Watt, W. Montgomery (1956). Muhammad at Medina. Oxford University Press. m/s. 115. ISBN 978-0-19-577307-1. External link in |title= (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "wattmim" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c Muir, William (10 August 2003). Life of Mahomet. Kessinger Publishing Co. m/s. 459. ISBN 978-0-7661-7741-3.[pautan mati kekal]
  3. ^ a b c Rahman al-Mubarakpuri, Saifur (2005), The Sealed Nectar, Darussalam Publications, m/s. 277, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03, dicapai pada 2013-08-16
  4. ^ a b c Muir, William (10 August 2003). Life of Mahomet. Kessinger Publishing Co. m/s. 458. ISBN 978-0-7661-7741-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2013-08-16.
  5. ^ a b Abu Khalil, Shawqi (1 March 2004). Atlas of the Prophet's biography: places, nations, landmarks. Dar-us-Salam. m/s. 239. ISBN 978-9960-897-71-4.
  6. ^ Abū Khalīl, Shawqī (2003). Atlas of the Quran. Dar-us-Salam. m/s. 244. ISBN 978-9960-897-54-7.
  7. ^ Muir, William (10 August 2003). Life of Mahomet. Kessinger Publishing Co. m/s. 458. ISBN 978-0-7661-7741-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2013-08-16.
  8. ^ a b Haykal, Muhammad Husein (1976). The Life of Muhammad. Terjemahan Ismail Raji al-Faruqi. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust. m/s. 449–450. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)