Perang Firaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perang Firaz
Sebahagian daripada Penyebaran Islam di Parsi
Tarikh Januari 634M
Lokasi Firaz, sempadan Iraq
Hasil Kemenangan tentera Islam
Perubahan
wilayah
Wilayah Iraq dikuasai oleh tentera Islam
Pihak yang terlibat
Empayar Sassanid, Empayar Byzantine Khulafa al-Rasyidin
Komandan
Tidak diketahui Khalid Al-Walid
Kekuatan
Sekitar 150,000 Sekitar 15,000
Korban
Sekitar 50,000 Sekitar 2,000

Buat pertama kalinya, Khalid Al-Walid berhadapan dengan tentera gabungan di mana tentera Parsi Sassanid bergabung dengan tentera Rom Byzantine dan tentera Arab Nasrani sehingga kekuatan tentera gabungan ini mencecah 150,000 orang.

Tujuan gabungan ini adalah untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menakluk wilayah Firaz. Ini kerana para penduduk di Firaz mempunyai hubungan dagang yang mantap antara kerajaan Parsi Sassanid dan Rom Byzantine.

Dengan menggunakan strategi serangan tentera berkuda yang pantas dan cepat, tentera Islam seramai 15,000 orang pimpinan Khalid ibn al-Walid sekali lagi berjaya mengalahkan tentera pakatan ini pada bulan Januari 634 M dan menawan hampir keseluruhan Iraq.

Selepas perang ini, Panglima Besar Khalid bertukar tugas ke Syria untuk menumpaskan tentera Rom Byzantine yang mana beliau berganding bahu bersama seorang lagi sahabat Nabi Muhammad yang terkemuka iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Tempat beliau diganti oleh Abu Ubaid.