Pengepungan Aleppo (637 M)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 36°11′53″N 37°09′48″E / 36.198133°N 37.16328°E / 36.198133; 37.16328

Pengepungan Aleppo.
Sebahagian daripada Penaklukan Levant oleh Muslim
(Perang Arab-Byzantine)
Tarikh July–Oktober 637 M
Lokasi Aleppo, Syria
Hasil Kemenangan muktamad Muslim
Pihak yang terlibat
Kekhalifahan al-Rasyidin Empayar Byzantine,
Kerajaan Ghassan
Komandan
Khalid bin al-Walid,
Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Joachim
Kekuatan
17,000 Tidak diketahui
Korban
Minimum Tidak diketahui, tetapi lebih daripada Muslim.

Pengepungan Aleppo, kubu kuat Byzantine dan satu daripada sebilangan kecil kubu kota Byzantine di wilayah utara Levant yang masih kekal selepas Pertempuran Yarmuk, dikepung pihak Muslim antara Julai dan Oktober 637 M.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selepas Pertempuran Yarmuk yang berakhir dengan kemenangan muktamad bagi pihak Muslim, tentera Islam bergerak ke arah utara dan bergerak masuk lebih dalam di wilayah Syria. Selepas menawan beberapa kota kecil dan besar, kedua-dua Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan Khalid bin al-Walid bertemu di Qinnasarin, dan bergerak bersama menuju ke Aleppo, kota yang dipertahankan sebuah garison kuat di bawah pemerintahan Joachim, seorang jeneral Romawi. Aleppo merupakan sebuah kota bertembok dengan sebuah kubu yang amat sukar ditembusi yang terletak di atas bukit di luar kota yang berukur lebih kurang 0.40 kilometer (0.25 mi) lebar dan dikelilingi parit yang lebar.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Panglima Byzantine di Aleppo, Joachim, bertemu tentera orang Islam di bawah pemerintahan Khalid dan Abu Ubaidah di kawasan terbuka di luar kubu. Joachim ditewaskan dan bergegas berundur ke dalam kota. Beliau dengan beraninya melancarkan beberapa serangan bagi memecahkan kepungan, akan tetapi setiap serangannya gagal. Joachim tidak menerima bantuan daripada maharaja Heraclius (yang sebenarnya memang tidak mampu menghantar apa-apa bantuan). Akibatnya, orang Romawi menyerah diri pada sekitar bulan Oktober tahun 637 M. Di bawah syarat-syarat penyerahan diri, para anggota garison dibenar meninggalkan Aleppo tanpa gangguan oleh pihak Muslim. Joachim memeluk Islam bersama-sama 4,000 orang tentera Yunaninya. Joachim menjadi seorang perwira yang berkebolehan dan taat dan berjuang dengan gagah di bawah pemerintahan beberapa jeneral Muslim.[1]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Abu Ubaidah menghantar sebuah pasukan di bawah Malik bin Asytar bagi menawan Azaz yang terletak pada jalan ke "Rom". Wilayah yang dipanggil orang Islam sebagai "Rom" atau "Rum" merangkumi daerah yang sekarang terletak pada selatan Turki, pada sebelah timur Pergunungan Taurus. Malik, dengan dibantu Joachim, menawan Azaz dan menandatangani perjanjian dengan para penduduk tempatan sebelum pulang ke Aleppo. Penaklukan Azaz penting bagi memastikan tiada pasukan Romawi berada di utara Aleppo. Ini kerana pasukan musuh di Azaz dapat menyerang bahagian rusuk dan belakang tentera Muslim semasa serangan lanjut dilaksanakan. Sebaik sahaja Malik bin Ashtar pulang dan menyertai tenteranya, Abu Ubaidah bergerak ke arah barat untuk menawan Antioch. Kota ini ditawan selepas Pertempuran Jambatan besi pada 30 Oktober 637 M.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • A.I. Akram, The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns, Nat. Publishing. House, Rawalpindi (1970) ISBN 0-7101-0104-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]