Epilog (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Epilog
Album studio oleh Liza Hanim
Dikeluarkan pada1997
GenrePop
Masa50:51
SyarikatSuria Records
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi Liza Hanim
- Epilog
(1997)
Di Mana Kan Ku Cari Ganti
(1998)

Epilog merupakan sebuah album sulung nyanyian penyanyi popular Malaysia, Liza Hanim yang diterbitkan pada hujung tahun 1997 ketika beliau berusia 18 tahun. Album ini mendapat sentuhan komposer terkenal Adnan Abu Hassan sebagai penerbit. Berkonsepkan pop akustik, album keluaran SRC yang mengandungi 10 buah lagu ini juga telah menjadi perhatian stesen-stesen radio dan bersaing bersama-sama artis ketika itu termasuk Siti Nurhaliza & saingan terdekatnya, Safura Yaacob yang juga masih baru seperti beliau.

Lagu Getaran Cinta Di Jiwa yang merupakan single pertama album ini pernah mencipta rekod sebagai lagu paling lama berada di dalam carta Muzik Muzik TV3 iaitu 56 minggu. Lagu ini juga melonjakkan nama Liza Hanim di persada seni sekaligus mara ke Juara Lagu 1998 bagi kategori Balada. Lagu-lagu lain yang popular adalah Siapa Sangka Siapa Menduga yang sering diputarkan di Radio Ria Singapura, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa juga sering dimainkan di Radio RFM ketika itu dan Dunia Cinta di Radio Muzik.

Lagu Menanti Kehadiran merupakan percubaan 2By2 setelah kejayaan mereka bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Mawarku, Tiga Malam & Gubahanku. Manakala lagu Jeritan Batinku merupakan cubaan Liza Hanim menyanyikan semula lagu nyanyian P. Ramlee dan hasilnya, album kedua Liza Hanim yang juga album tribute kepada P. Ramlee & Saloma, Di Mana 'Kan Ku Cari Ganti dipasarkan pada tahun 1998. Kesimpulannya, album Epilog adalah album terbaik yang pernah dirakamkan oleh Liza Hanim.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisKomposer Masa
1. "Getaran Cinta Di Jiwa"  Hani MJAdnan Abu Hassan 5:38
2. "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa"  BaiduriLY 5:28
3. "Dunia Cinta"  Hani MJHelen Yap 4:40
4. "Siapa Sangka Siapa Menduga"  Lukhman SAzmeer 5:01
5. "Temanku Tersayang"  Habsah HassanAdnan Abu Hassan 5:12
6. "Nilai Cintamu"  BaiduriLY 5:34
7. "Menanti Kehadiran" (menampilkan 2 by 2)Zulkefli MajidZulkefli Majid 4:53
8. "Menjunjung Asmara"  AzmiraAzmira 4:30
9. "Jeritan Batinku"  S. SudarmajiP. Ramlee 5:29
10. "Mimpi Berulang Kembali"  ShaharumShaharum 4:21
Jumlah masa:
50:51


Rujukan[sunting | sunting sumber]