Epoch Cassette Vision

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Epoch Cassette Vision
PengilangEpoch
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcitJepun 30 Julai 1981
MediaKatrij ROM

Epoch Cassette Vision merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Epoch dan dilancarkan di Jepun pada 30 Julai 1981[1]. Konsol ini boleh dikatakan memiliki alat pengawal yang agak pelik; empat tombol terbina di atas badan konsol, 2 pemain akan menggunakan 2 tombol (1 tombol untuk pergerakan mendatar dan 1 lagi tombol untuk pergerakan melintang), dan juga 2 butang untuk setiap pemain[2].


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum pembangunan konsol Cassette Vision, syarikat Epoch sedang membangunkan konsol Super 10, yang merupakan versi kemaskini daripada konsol Super 10 terdahulu yang menggunakan cip logik tersambung secara fizikal. Versi kemaskini konsol Super 10 menggunakan cip mikropemproses NEC D777C yang digunakan dalam konsol Epoch yang lain seperti TV Baseball dan TV Vader[3]. Namun begitu, pihak yang terlibat dalam pembangunan konsol Super 10 yang dikemaskini ini menyatakan bahawa cip mikropemproses NEC ini boleh juga digunakan dalam katrij berasingan dan konsol itu sendiri hanya memerlukan bekalan kuasa elektrik, alat pengawal dan sambungan output bagi video dan bunyi[3].

Disebabkan penemuan ini, Epoch menamatkan jualan konsol Super 10 yang dikemaskini, bagi memberi laluan kepada pembangunan sebuah konsol permainan video yang menggunakan katrij ROM boleh saling tukar sebagai medium permainan video[4]. Penyelia dan pereka bentuk Epoch pada ketika itu, Masayuki Horie ditugaskan sebagai pereka bentuk dan jurutera perkakasan bagi pembangunan konsol Cassette Vision ini[3]. Horie sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa projek pembangunan konsol Epoch seperti Digit-Com 9.


Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Sistem teras
Cip mikropemproses NEC uPD77xx
RAM tiada
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 8 warna
Resolusi skrin 54px x 62px
Jenis audio Satu saluran hanya mengeluarkan bunyi beep


Senarai permainan video[sunting | sunting sumber]

  • Astro Command
  • Baseball
  • Battle Vader
  • Big Sports 12
  • Elevator Panic
  • Galaxian (permainan ini tidak berdasarkan kepada versi asal Galaxian tetapi ianya lebih kepada versi Moon Cresta)
  • Kikori no Yosaku
  • Monster Block
  • Monster Mansion (permainan yang diklon dari permainan video Dongkey Kong)
  • New Baseball
  • PakPak Monster (permainan yang diklon dari permainan video Pac-Man)


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dragonball: Dragon Dai Hikyou (ドラゴン大秘境) - Super Cassette Vision (1986)". Hardcore Gaming 101. 28 Mei 2013. Dicapai pada 1 November 2015.
  2. ^ The Cracked Staff (3 Disember 2008). "The 6 Stupidest Gaming Consoles Ever Released". Cracked. Dicapai pada 1 November 2015.
  3. ^ a b c "THE FORGOTTEN EPIC". The Game Scholar. 10 Jun 2020. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  4. ^ "カセットビジョン from CLASSIC VIDEOGAME STATION ODYSSEY". Game Odyssey (dalam bahasa Jepun). 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2019. Dicapai pada 22 Januari 2021.