Intellivision
Pengilang | Mattel |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kedua |
Ketersediaan runcit | Oktober 1979 |
Media | Katrij ROM |
CPU | General Instrument CP1610 16-bit berkelajuan 894.886 kHz |
Intellivision merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar permainan kanak-kanak Mattel pada tahun 1979. Konsol ini dikeluarkan pada era generasi kedua dan bersaing dengan konsol keluaran Atari iaitu Atari 2600. Nama Intelivision diambil daripada singkatan intelligent television yang merujuk kepada fungsi television pada ketika itu tidak terhad kepada menonton siaran sahaja, dan digunakan untuk memaparkan skrin dari permainan video[1].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Syarikat Mattel ditubuhkan pada tahun 1945 di mana bisnesnya tertumpu kepada pengeluaran produk permainan kanak-kanak. Siri produk Barbie berjaya membuatkan Mattel antara syarikat terkenal di kawasan Amerika Syarikat. Beberapa produk permainan kanak-kanak lain juga nyata memberikan keuntungan yang besar kepada mereka[2].
Mattel Electronics, anak syarikat kepada Mattel mengeluarkan beberapa produk permainan kanak-kanak elektronik, antaranya Auto Race iaitu peranti mudah alih pertama keluaran mereka[2]. Dengan kejayaan serta pasaran yang laris untuk produk-produk mereka, syarikat Mattel yakin untuk membangunkan konsol permainan video keluaran mereka sendiri yang diberi nama Intellivision[3].
Pada awalnya, Mattel berdepan dengan masalah untuk memasarkan konsol mereka kerana populariti konsol Atari 2600 sangat tinggi pada masa itu. Tron Solar Sailer, salah seorang pembangun permainan video mencadangkan kesemua permainan video untuk konsol Intellivision dikeluarkan dalam genre sukan yang mana grafik permainan ini dapat dijalankan dengan berkesan dengan konsol ini[3].
Mattel terpaksa menghentikan pengeluaran konsol ini pada tahun 1983 akibat krisis permainan video yang berlaku pada ketika itu[4].
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | General Instrument CP1610 16-bit berkelajuan 894.886 kHz | ||||
RAM | 1456 B | ||||
RAM video | tiada | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 16 warna | ||||
Resolusi skrin | 160px x 96px | ||||
Saluran audio | 3 saluran audio |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Crawley, Dan (12 April 2013). "Consoles that won't die: The Intellivision in 2013". Venture Beat. Dicapai pada 1 November 2015.
- ^ a b Barton, Matt (8 Mei 2008). "A History of Gaming Platforms: Mattel Intellivision". Gamasutra. Dicapai pada 1 November 2015.
- ^ a b Baird, Kirk (9 November 2013). "Fight for gaming consoles supremacy started with Atari vs. Intellivision". The Blade. Dicapai pada 1 November 2015.
- ^ Martens, Todd (13 Mac 2015). "SXSW: Ernest Cline, Intellivision forebears talk impact of early games". LA Times. Dicapai pada 1 November 2015.