PV-1000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Casio PV-1000
PengilangCasio
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitJepun Oktober 1983
DitamatkanOktober 1983
Sistem pengendaliantiada
CPUZilog Z80A dengan kelajuan 3.579 MHz
InputPengawal kayu ria
Kameratiada

Casio PV-1000 (Jepun: ぴーぶいせん, Hepburn: Pi Bui-Sen) merupakan sebuah konsol permainan video yang telah dikeluarkan oleh syarikat elektronik Casio yang berpangkalan di Jepun pada tahun 1983. Pada tahun yang sama juga, Casio mengeluarkan sebuah komputer model PV-2000, yang tidak mempunyai kebolehan menjana permainan video seperti PV-1000.

Walau bagaimanapun, konsol ini dikatakan gagal kerana spesifikasinya yang menggunakan teknologi yang sudah ketinggalan zaman. Kesannya, Casio gagal mendapatkan keuntungan dan nilai pasaran yang tinggi untuk konsol ini dan konsol ini hanya bertahan di pasaran tidak lama selepas tarikh pelancarannya[1].

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Konsol ini dijana dengan menggunakan cip mikropemproses Z80A yang berkelajuan 3.579MHz, membolehkan ia mengeluarkan paparan skrin bersaiz 256 x 192 piksel dan menerbitkan 8 jenis warna[2].

Sistem teras
Cip mikropemproses Zilog Z80A 3.579 MHz (1 teras)
RAM 4KB
RAM video 16KB
Grafik dan suara
Palet warna 8 warna
Resolusi skrin 256px x 192px
Saluran audio 3 saluran

Senarai permainan video[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 15 buah permainan video yang telah dibangunkan untuk konsol ini[3]. Permainan video ini dibina dan dikeluarkan dalam bentuk kartrij yang mempunyai saiz yang lebih kurang sama dengan kartrij untuk konsol Nintendo Famicom[1].

  • Amidar
  • Dig-Dug
  • Dirty Chameleon
  • Excite Mahjong
  • Fighting Bug
  • Naughty Boy
  • Pachinko UFO
  • Pooyan
  • Space Panic
  • Super Cobra
  • Turpin
  • Tutankhamon
  • Warp & Warp

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Dark Watcher. "Casio PV-1000". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 20 Julai 2014.
  2. ^ "Casio PV-1000". TheVerge.com. Dicapai pada 20 Julai 2014.
  3. ^ "OLD-COMPUTERS.COM museum ~ Casio PV-1000". OldComputers.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-30. Dicapai pada 20 Julai 2014.