Filem Sri Andalas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sri Andalas
Pengarah S. Kadarisman
Penerbit Vee Meng Shaw
Lakon layar oleh S. Kadarisman
Cerita oleh Khairuddean B. B. M
Dibintangi oleh
  • Ahmad Mahmud
  • Aziz Jaafar
  • Sarimah
  • Noor Azizah
  • S. Kadarisman
  • Shariff Dol
  • Malek Sutan Muda
  • Salleh Kamil
  • Ahmad Nisfu
  • Ibrahim Pendek
Muzik oleh
  • Yusoff B.
  • Jamil Sulong
Sinematografi
  • Hitam-putih
Disunting oleh
  • H. R. Narayana
  • Hayat Harris
Syarikat
produksi
Pengedar Shaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
26 Mac 1966
Tempoh tayangan

1 jam 3

45 minit
Negara Singapura & Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Sri Andalas merupakan sebuah filem yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1966. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh S. Kadarisman dan dibantu oleh Zulkifli Mohamad pada tahun 1966 di Studio Jalan Ampas, Singapura.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Sultan Inderapura (Ahmad Nisfu) dari Kerajaan Inderapura yang baharu kemangkatan permaisuri sulung. Baginda jatuh gering dan keadaannya dijaga oleh permaisuri kedua baginda (bonda tiri) (Normadiah). Sewaktu gering, baginda sempat mengarahkan Putera Mahkota Tengku Andalas (Ahmad Mahmud) segera mencari bapa saudaranya, Datuk Laksamana yang merajuk lalu meninggalkan istana sejak sekian lama. Permaisuri kedua / bonda tiri mempunyai muslihatnya sendiri, apabila baginda Sultan sudah sihat telah diadakan majlis keramaian dimana dianugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar-pembesar negeri dan dimashyurkan permaisuri kedua sebagai Permaisuri Inderapura yang baharu. Akibat termakan budi, semua permintaan akan ditunaikan oleh baginda Sultan. Bonda tiri meminta agar jawatan Putera Mahkota Tengku Andalas dilucutkan dan jawatan itu diserahkan kepada anakandanya, Tengku Teruna Jaya (Ed Osmera). Baginda terkejut tetapi baginda Sultan terpaksa menurutinya. Tengku Andalas menurutkannya sahaja dan di hari pertabalan Tengku Teruna Jaya sebagai Tengku Mahkota yang baharu telah berlaku penderhakaan di dalam istana yang rata-ratanya pengikut setia Tengku Andalas. Tengku Andalas sanggup dan bersetuju untuk menjawat jawatan Datuk Temenggung sahaja agar tidak berlaku pertikaian dalaman. Tetapi Datuk Panglima Karma (S. Kadarisman) juga tidak bersetuju dengan perlantikkan ini. Beliau sanggup menjadi penderhaka baginda tetapi beliau telah dinasihati oleh Tengku Andalas dan Datuk Mangkubumi (Shariff Dol) agar menarik balik niatnya tersebut. Sementara itu, permaisuri telah menggunakan ilmu hitam dengan seorang dukun (Udo Omar) untuk menundukkan suaminya agar dia dapat menjalankan muslihatnya dengan jayanya.

Datuk Panglima Karma terus memasang niat untuk menjadi penderhaka dan sanggup membunuh Tengku Teruna Jaya tetapi dilarang oleh Tengku Andalas. Selepas bersantap, malam harinya Tengku Andalas telah ditikam dan dihanyutkan ke dalam sungai dan disahkan meninggal dunia. Akibat terkejut mendengar perkhabaran tersebut, baginda Sultan juga meninggal dunia di malam itu juga. Selepas urusan pengebumian baginda, Tengku Teruna Jaya dilantik menjadi Sultan Inderapura yang baharu. Datuk Panglima Karma dan pengikutnya tidak mengiktiraf perlantikkan tersebut. Rupa-rupanya pembunuhan Tengku Andalas tidak disengajakan kerana tujuan asalnya adalah untuk membunuh Datuk Panglima Karma tetapi mereka tersalah membunuh iaitu Tengku Andalas. Datuk Bija (M. Rafiee) menerima arahan dari Permaisuri untuk membunuh Datuk Panglima Karma. Pembunuhan dijalankan oleh Nadim dan rakannya. Nadim dan rakannya tidak mahu bersubahat dengan pembunuhan ini yang menyebabkan rakannya telah dibunuh oleh Datuk Bija. Nadim sempat melarikan diri dan mengadukan perkara ini kepada baginda Sultan. Datuk Bija telah ditangkap dan dibicarakan dan akhirnya beliau disabitkan bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh. Datuk Bija mati ditikam oleh Datuk Panglima Karma. Sebelum beliau meninggal dunia, Datuk Bija sempat memberitahu pembunuhan ini adalah dari arahan Permaisuri. Untuk menjadi seorang Sultan yang adil, baginda sungguh kecewa dengan tindakan ibunya. Lalu baginda menjatuhkan hukuman memenjarakan permaisuri sehingga hukuman akhir dimuktamadkan. Manakala Nadim juga dihukum bunuh.

Sementara itu, penduduk kampung Desa Kiban telah menjumpai Andalas terapung disungai. Andalas diselamatkan sehingga dia pulih sediakala. Apabila tersedar dari pengsan, dia sempat memberitahu tentang keadaannya kepada tok ketua (Malek Sutan Muda) sebelum dihanyutkan di sungai. Andalas menyatakan namanya adalah Putera dan sempat bertanyakan kampung Desa Kiban dibawah jajahan kerajaaan mana. Tok ketua memberitahu belum ada mana-mana kerajaan ingin menaungi kampung Desa Kiban tersebut tetapi kerajaan yang paling hampir dengan kampungnya adalah kerajaan Inderapura. Putera dirawat oleh anak-anaknya iaitu Mumbang (Aziz Jaafar) dan adiknya Mayang (Sarimah) selain itu sepupunya iaitu Melor, (Noor Azizah), adik keduanya Labu, (Ibrahim Pendek) dan adik bongsunya Pundor. Mayang telah tertarik hati dengan Putera. Desa Kiban mempunyai seorang orang kaya yang bernama Tedung, (Salleh Kamil). Dia akan membeli barang dan memberikan hutang kepada orang kampung mengikut masa yang ditetapkan. Jika enggan membayar semula, semua harta orang kampung akan dirampas. Tedung tidak senang duduk dengan kehadiran Putera di Desa Kiban. Tedung cemburu dengan Putera kerana dia juga menaruh hati kepada Mayang. Tedung tidak mahu membeli barang-barang dari orang kampung lagi. Dia mengarahkan agar barang-barang tersebut di jual di rumah Tok ketua, apabila orang ramai membuat aduan kepada Tok ketua, Putera memberikan cadangan agar hasil tanaman orang kampung di Desa Kiban tidak lagi dijual kepada Tedung. Orang kampung mestilah bergotong royong untuk memajukan perniaagaan di Desa Kiban. Orang kampung bersetuju dan tindakan ini berjaya. Ini membuatkan Tedung menjadi semakin marah dengan tindakan Putera. Tok ketua telah berpakat dengan orang kampung untuk mengahwinkan anaknya Mayang dengan Putera.

Selang beberapa bulan kemudian, Datuk Panglima Karma serta pengikutnya tiba di Desa Kiban untuk mencari Andalas yang hilang dan dikhuatiri telah hanyut ke desa tersebut. Labu dan Pundor telah menunjukkan jalan untuk menemui Putera. Datuk Panglima Karma telah menjelaskan perkara sebenarnya. Ketika Tok ketua pulang dari memburu, Datuk Panglima Karma telah terserempak dengan Tok ketua (Datuk Laksamana) yang telah merajuk dan meninggalkan istana sejak sekian lama. Walaupun Datuk Laksamana tidak lagi mengenali Datuk Panglima Karma kerana peristiwa silam yang berlaku ketika itu Datuk Panglima Karma masih kecil lagi. Tetapi disebabkan Datuk Panglima Karma adalah putera kepada Datuk Panglima Terap baharulah Datuk Laksamana teringat semula. Tengku Andalas dan Datuk Laksamana sangat sedih diatas kemangkatan Sultan Inderapura. Di malam hari, Tedung dan pengikutnya telah menyerang rumah Tok ketua dan serangan dapat dipatahkan dan akhirnya Tedung berjaya ditikam oleh Mumbang dan dia sempat melarikan diri. Keesokkan harinya, Datuk Mangkubumi telah tiba di Desa Kiban diatas arahan baginda Sultan Tengku Teruna Jaya sebelum baginda meninggal dunia disebabkan penyakit misteri agar memanggil pulang kekandanya dan dinobatkan sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Sewaktu Tengku Andalas menaiki tahkta sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Baginda ingin melihat wajah adindanya buat kali terakhir tetapi pembesar istana tidak dapat berbuat demikian. Tiba-tiba Tengku Teruna Jaya muncul di Balairung Seri dan menjelaskan perkara sebenarnya serta mengizinkan agar pertabalan ini dijalankan diatas kerelaan dirinya sendiri. Tengku Teruna Jaya sempat menunjukkan ibunya yang menjadi gila kepada Tengku Andalas. Tengku Andalas telah memaafkan kesalahan bonda tirinya.

Sementara itu, Tedung yang masih terselamat dan dia telah menculik Melor sebagai tebusannya. Mumbang telah menyelamatkan Melor dan akhirnya Tedung telah mati tertikam dengan senjatanya sendiri setelah bertarung hebat dengan Mumbang. Pada masa yang sama juga, Mayang telah selamat melahirkan seorang puteri. Keesokkan harinya, Baginda Sultan, Tengku Andalas tiba meraikan kelahiran puteri sulungnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Aduhai Adinda - Ahmad Mahmud dan Rafeah Buang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tercalon di dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-13 di Seoul,  Korea Selatan 1966.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/2014/06/sri-andalas-1966.html?m=1