Firdaus Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Profesor Datuk Dr Firdaus Abdullah (3 Jun 1944 - ), penulis dan penyajak dari Malaysia. Beliau pernah menyandang Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dia lahir pada 3 Jun 1944 di Kuang, Selangor. Bapanya keturunan Minangkabau dan selalu mendengar siaran radio yang dipancarkan dari Padang, Sumatera - Sandiwara Randai dan lagu-lagu lama Minang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dia bersekolah di Sekolah Melayu Jalan Raja muda dan Sekolah Menengah Methodist, Sentul, Kuala Lumpur. Selepas bekerja sebagai wartawan, Firdaus sambung belajar di universiti pada 1966. Dia mendapat ijazah Sarjana Politik dari Ohio University (1971), ijazah Sarjana Falsafah (1975) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (1980), kedua-duanya dari Columbia University, Amerika Syarikat.

Beliau pernah melawat San Francisco, New York, Moscoe, Las Vegas, Tokyo , London, Bangok , Niagara dan lain-lain.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan Malaysian Civics kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

Pada 1979, beliau mewakili Gapena memghadiri Persidangan Antarabangsa Kedua Sastera Kanak-Kanak dan Belia di Moscow, Rusia ; Seminar Ekonomi Asia di Tokyo ; Seminar Tamadun Islam di Kuala Lumpur dan Seminar Koperasi Pengguna di Tokyo (1985).

Dia aktif dalam persatuan penulis seperti PENA dan Gapena sebagai AJK. Beliau juga aktif dalam Persatuan Sains Sosial Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia dan Persatuan Ekonomi Malaysia. Beliau terlibat sebagai pelakon dalam filem Esok Masih Ada arahan Dato Jins Shamsuddin.

Semarak[sunting | sunting sumber]

Semasa kempen Semarak pada 1985 di bawah Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, beliau turut dilibatkan untuk membacakan sajak-sajak patriotik. Contohnya dia membaca sajak di padang Kampung Gajah sempena pelancaran Semarak di negeri Perak.

Sajak-sajak beliau 'dipertikai' kerana bersifat propaganda terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Kepimpinan Melayu : satu rakaman kewartawanan : Fajar Bakti, 1985.
  2. Prisma Mimpi : Dewan Bahasa dan Pustaka , 1985.
  3. Radical Malay politics : its origins and early development : Pelanduk Publications, 1985.
  4. Laungan (antologi pusi bersama), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136
  5. Puisi Kanak-kanak (antologi bersama), :DBP, 1967
  6. Balada Cinta di Seberang Benua, DBP, 1976
  7. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama) Kuala Lumpur:DBP, 1981
  8. Lagu Kehidupan (antologi bersama), :DBP, 1983
  9. Bintang Mengerdip (antologi bersama) DBP, 1984
  10. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama) : Penerbitan Tra-Tra, 1984, 141
  11. Bahasa Alam (antologi bersama) : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984,

108 hlm.;

  1. Prisma Mimpi, Kuala Lumpur:DBP, 1985, 89
  2. Puisi Amira dan Falahi, (puisi kanak-kanak), Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986;
  3. Bunga Gerimis (antologi bersama), Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.;
  4. Puisirama Merdeka (antologi bersama),Persatuan Penulis Nasional (PENA), 1986
  5. Kumpulan Sajak-sajak Hadiah Sastera 1971 – 1973 (antologi bersama), DBP, 1987
  6. Kumpulan Puisi Malaysia 1975-1985 (antologi bersama), DBP, 1988
  7. Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama),DBP, 1990, 941 hlm.;
  8. Merpati Putih dan Pelangi/The White Dove and the Rainbow (antologi bersama), DBP, 1990
  9. Malaysia dalam Puisi (antologi bersama): DBP, 1991
  10. Analisa Simposium Kepimpinan Melayu:Dari Mana ke Mana, Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi, 1977

[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]