Ali bin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato' Haji

Ali bin Ahmad

SPMJ, SMJ (Johor); PPM (Perak)
Menteri Pertanian Malaysia
Dalam jawatan
1976–1977
Didahului olehAbdul Ghafar bin Baba
Digantikan olehShariff Ahmad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pontian
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehIkhwan Nasir
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1973–1976
Didahului olehHamzah Abu Samah
Digantikan olehAbdul Samad Idris
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
1969–1973
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pontian Selatan
Dalam jawatan
1964–1974
Didahului olehZainon Munshi Sulaiman
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
Lahir29 Jun 1930
Kampung Parit Rambai, Rambah, Pontian, Johor
Meninggal dunia4 Disember 1977(1977-12-04) (umur 47)
Tanjung Kupang, Johor
Sebab kematianTerbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan 653 Malaysia Airlines di Tanjung Kupang
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Halimah Abdul Rahim
Anak-anak5

Dato' Haji Ali bin Haji Ahmad merupakan bekas Menteri Pertanian Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen untuk Pontian dan Pontian Selatan dari tahun 1964 hingga 1977 semasa kematiannya dalam Tragedi Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977 lalu.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Datin Halimah Abdul Rahim dan dikurniakan dengan 5 orang anak perempuan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pontian setelah Parlimen Pontian Selatan dan Pontian Utara disatukan pada Pilihan raya umum Malaysia 1974 lalu.[2]

Ali telah memenangi kerusi Parlimen Pontian Selatan pada Pilihan raya umum Malaysia 1964. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan Malaysia pada 1969 hingga 1973. Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan[3] pada 1973 hingga hingga 1976. Tun Hussein Onn pula telah melantik beliau sebagai Menteri Pertanian hingga ke akhir hayat beliau pada 1977 lalu.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Disember 1977, beliau telah terbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan 653 Malaysia Airlines di Tanjung Kupang. Dikatakan punca kejadian adalah akibat kes berbalas tembakan antara pengawal peribadi beliau dengan Tentera Merah Jepun yang dikatakan sebagai rampasan pesawat dan bermotifkan pembunuhan.[4]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah menengah di Pontian, Johor telah dinamakan sempena nama beliau, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Ali Hj Ahmad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]