Gaël Clichy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gaël Clichy
Gael Clichy, Premier League parade 11-12.jpg
Clichy bersama Manchester City pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuhGaël Clichy[1]
Tarikh lahir (1985-07-26) 26 Julai 1985 (umur 33)
Tempat lahirToulouse, Perancis
Ketinggian1.76 m (5 ka 9 in)
Posisi permainanPertahanan kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniManchester City
Nombor22
Kerjaya remaja
1990–1996Hersoise
1996–1997Cugnaux
1997–1998Muret
1998–2000Tournefeuille
2000–2002Cannes
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2002–2003Cannes15(0)
2003–2011Arsenal187(1)
2011–Manchester City98(1)
Pasukan kebangsaan
2001Perancis B15
2001–2002Perancis B17
2002–2003Perancis B18
2003–2004Perancis B19
2004–2005Perancis B2113(0)
2008–2013Perancis20(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Mei 2015.
† Kemunculan (Gol).

Gaël Clichy (lahir 26 Julai 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Perancis di posisi pertahanan kiri.

Pada tahun 2001, dia berpindah ke Provence-Alpes-Côte d'Azur untuk bermain bersama kelab profesional, Cannes. Selepas tiga musim bersama Cannes, pada tahun 2003, dia menyertai kelab England, Arsenal. Dalam musim pertama Clichy bersama kelab itu, dia memenangi kejuaraan liga musim 2003-04. Selain itu, dia juga memenangi Perisai Komuniti FA 2004 dan Piala FA 2005 bersama Arsenal.

Clichy merupakan bekas pemain belia antarabangsa Perancis dan mewakili negara itu di semua peringkat. Clichy membuat penampilan senior antarabangsa pertamanya pada bulan September 2008 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Serbia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Clichy dilahir dan dibesarkan di Toulouse, barat daya Perancis. Ibunya, Jacqueline, seorang jururawat medikal manakala bapanya, Claude, berketurunan Martinique adalah seorang pendidik di bandar itu. Semasa Clichy memulakan karier bola sepaknya, bapanya bekerja separuh masa sebagai jurulatih dan pengadil.[2][3] Ketika berumur 15 tahun, semasa bermain untuk Cannes, Clichy hampir mati.[4] Selepas memanjat pagar logam ketika melintas di kemudahan kelab itu, cincin yang dipakainya tersangkut di pagar, yang menyebabkan kulit dan tisu daripada jari keempat tangan kanannya yang terkoyak.[3] Semasa pembedahan tujuh jam untuk membaiki jarinya, jantung Clichy berhenti berdegup kerana ada masalah dengan paru-parunya. Ia kembali berdegup selepas 15 saat. Doktor yang mengetuai pembedehan itu menggambarkan ianya adalah "keajaiban" manakala pemain itu sendiri mengakui bahawa pengalaman pahit itu merubah sikapnya terhadap kehidupan.[3]

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Clichy memulakan karier bola sepaknya ketika berumur lima tahun dengan bermain untuk kelab AS Hersoise. Dia pada asalnya bermain menggunakan kaki kanan tetapi selepas latihan daripada bapanya, Clichy menggunakan kari kirinya. Selepas lima musim bersama Hersoise, Clichy menyertai JS Cugnaux.[2] Dia hanya bermain selama setahun di kelab itu sebelum berpindah ke AS Muret.[2] Pada tahun 1998, Clichy menyertai AS Tournefeuille dan mula menghadiri Collège Leonardo da Vinci. Semasa bermain untuk Tournefeuille, dia dipilih untuk menghadiri Pôle Espoirs de Castelmaurou, sebuah akademi daerah terletak di Midi-Pyrénées. Clichy menghabiskan tiga tahun di pusat latihan itu dan bermain untuk Tournefeuille pada hujung minggu. Pada tahun 2000, Clichy dikaitkan dengan pelbagai kelab profesional seperti Auxerre, Bordeaux dan Toulouse yang ingin mendapatkan khidmatnya.[2] Pemain muda itu mengambil keputusan untuk berpindah ke Provence-Alpes-Côte d'Azur untuk bermain dengan kelab profesional, Cannes.

Clichy tiba di Cannes pada tahun 2000 semasa kelab itu bermain dalam Ligue 2, divisyen kedua bola sepak Perancis. Semasa di kelab itu, Clichy kebanyakkannya bermain sebagai pemain tengah dan diselia oleh bekas pemain antarabangsa Perancis dan Saint-Étienne, Christian Lopez.[2] Dia memulakan kariernya di kelab itu bermain untuk akademi belia mereka bersama-sama Julien Faubert. Semasa bahagian akhir musim 2001–02, Clichy bermain untuk pasukan simpanan kelab itu dalam Championnat de France amateur 2, peringkat kelima bola sepak Perancis. Pada musim berikutnya, dengan kelab itu bermain dalam Championnat National, peringkat ketiga bola sepak Perancis, dia dinaikkan ke pasukan senior secara tetap oleh Lopez, yang pada masa itu mengurus kelab. Clichy kemudiannya bermain di bawah Robert Buigues selepas pemecatan Lopez dan beraksi dalam 15 perlawanan.[5]

Arsenal[sunting | sunting sumber]

2003–2006[sunting | sunting sumber]

Pengurus Arsenal, Arsène Wenger nampak bakat Clichy ketika pemain itu pertama kali tiba di Cannes ketika berumur 16 tahun. Susulan musim 2002–03, Wenger menghubungi Clichy secara terus dalam usaha untuk menandatangani pemain itu. Pada bulan Jun 2003, pengurus Arsenal itu melawat Clichy di Tournefeuille dan menawarnya kontrak profesional bersama kelab itu. Wenger memberitahu Clichy bahawa "awak akan bermain" sudah cukup untuk meyakinkan Clichy dan keluarganya.[2]

Clichy bersama Arsenal

Seperti dijanjikan Wenger, Clichy memulakan musim itu dalam pasukan senior dan menjadi pemain sandaran untuk Ashley Cole. Dia membuat penampilan sulungnya pada 28 Oktober 2003 bersama-sama Cesc Fàbregas dalam perlawanan Piala Liga menentang Rotherham United. Arsenal menang 9–8 menerusi penentuan penalti dengan Clichy menyempurkan sepakannya.[6] Pada 22 November, Clichy membuat penampilan sulungnya dalam liga ketika kemenangan 3–0 ke atas Birmingham City.[7] Selepas kecederaan Cole pada bulan Disember, Clichy muncul dalam sembilan perlawanan berturut-turut; enam daripadanya dalam kesebelasan utama. Pada 24 Februari 2004, dia membuat penampilan sulungnya dalam Liga Juara-Juara UEFA ketika kemenangan 3–2 pusingan kalah mati menentang Celta de Vigo.[8] Clichy menghabiskan kempen itu dengan membuat tujuh lagi penampilan. Pada 9 Mei 2004, dia bermain sebagai pemain gantian ketika kemenangan 1-0 Arsenal's 1–0 ke atas Fulham.[9] Seminggu kemudian, Clichy berada di bangku simpanan dalam perlawanan terakhir musim liga; menang 2–1 ke atas Leicester City.[10] Kemenangan itu membolehkan Arsenal tidak tewas sebarang perlawanan sepanjang musim. Ketika berumur 18 tahun dan 10 bulan, Clichy menjadi pemain termuda untuk memenangi pingat Liga Perdana Inggeris.

Clichy kekal sebagai pertahanna kiri pilihan kedua dibelakang Cole untuk musim 2004–05. Wenger memilihnya sebagai pertahanan kiri pilihan utama untuk perlawanan Piala FA. Clichy bermain dalam kesebelasan utama dalam setiap pusingan sehingga Arsenal layak ke peringkat separuh akhir dimana dia digantikan oleh Cole. Mereka berjaya memenangi pertandingan itu dengan menewaskan Manchester United 5–4 menerusi penalti sekaligus memberikan Clichy trofi piala domestik pertamanya.[11] Dalam Liga Perdana Inggeris, Clichy beraksi 15 perlawanan, tujuh dalam kesebelasan utama. Dalam Liga Juara-Juara UEFA, dia hanya membuat dua penampilan; ketika kemenangan 5–1 dalam peringkat kumpulan menentang kelab Norway, Rosenborg dan kekalahan 3–1 dalam pusingan kalah mati menentang kelab Jerman, Bayern Munich.[12][13] Musim Clichy berakhir pada bulan April kerana kecederaan kaki berulang.[14] Dalam musim 2005–06, Clichy diberi peluang untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas kaki Cole patah pada bulan Oktober 2005. Kecederaan itu membolehkan Clichy dapat beraksi dalam pasukan utama semasa ketiadaan Cole, tetapi selepas beraksi enam perlawanan, Clichy mengalami kecederaan yang sama pada bulan November dan tidak boleh beraksi selama empat bulan.[14] Dia kembali ke pasukan pada 25 April 2006 dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang kelab Sepanyol, Villarreal, masuk menggantikan Mathieu Flamini yang cedera. Pada lewat perlawanan, Clichy melakukan kekasaran di dalam kotak penalti kepada José Mari. Pasukan lawan diberi penalti yang diambil Juan Román Riquelme tetapi berjaya diselamatkan Jens Lehmann.[15] Selepas beraksi ketika kemenangan 3–0 ke atas Sunderland di dalam liga pada minggu berikutnya, Clichy mengalami kecederaan kaki berulang. Kerana itu, dia terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan duduk di bangku simpanan keseluruhan perlawanan. Arsenal tewas 2–1 kepada Barcelona.[16] Pada bulan Ogos 2006, Cole meninggalkan kelab itu untuk menyertai Chelsea. Perpindahan itu sekaligus membenarkan Clichy menjadi pemain utama. Dalam tiga musim semasa Cole ada, Clichy membuat 24 penampilan liga untuk Arsenal dan 57 keseluruhan.

2006–2011[sunting | sunting sumber]

Clichy dan Antonio Valencia pada musim 2007–08.

Sebelum musim 2006 bermula, Clichy bergelut untuk memulihkan kecederaan kakinya. Clichy melawat Dr. Myerson pada bulan Jun 2006 dan terpaksa menjalani pembedahan lain. Pembedahan itu menyebabkan dia terlepas Kejohanan Eropah bawah-21 UEFA 2006 dan tiga bulan perlawanan domestik bersama Arsenal. Clichy kembali ke pasukan pada 14 Oktober 2006 ketika kemenangan 3–0 ke atas Watford sebagai pemain gantian.[17] Dia bermain keseluruhan perlawanan sepuluh hari kemudian dalam Piala Liga di mana mereka menang ke atas West Brom.[18] Pada 3 Mac 2007, Clichy membuat bantuan gol kepada Júlio Baptista ketika mereka menang 2–1 ke atas Reading.[19]

Musim 2007–08 merupakan musim terbaik dalam karier Clichy. Dia bermain dalam 49 perlawanan dan merupakan satu-satunya pemain yang muncul dalam kesemua 38 perlawanan liga. Clichy juga membuat enam bantuan gol.[20][21] Pada 28 April 2008, dia membuat dua bantuan gol ketika kemenangan 6–2 ke atas Derby County.[22] Untuk aksi cemerlangnya musim itu, Clichy dinamakan dalam Pasukan tahunan PFA bersama-sama rakan sepasukan, Bacary Sagna, Emmanuel Adebayor, dan Fàbregas. Pada 16 Mei 2008, Clichy melanjutkan kontraknya selama dua tahun sehingga bulan Jun 2012.

Semasa kempen pra-musim Arsenal menjelang musim 2008–09, Clichy menjadi kapten pasukan buat pertama kali ketika kemenangan 2–1 ke atas Barnet.[23] Pada 1 November 2008, Clichy menjaringkan gol profesional pertamanya ketika kekalahan 2–1 kepada Stoke City.[24] Selepas beraksi secara konsisten untuk pasukan dalam majoriti kempen, pada bulan April 2009, Clichy mula terlepas perlawanan kerana kecederaan. Selepas diketepikan selama beberapa minggu, ia telah diumumkan pada awal bulan Mei bahawa pemain pertahanan itu akan terlepas baki musim 2008-09 kerana kecederaan belakang.[25] Kecederaan belakang Clichy berulang selepas pemain itu mengalami keretakan tekanan belakang ketika kemenangan 3–0 ke atas Tottenham Hotspur.[26] Walaupun pada awalnya tidak boleh beraksi selama sebulan, Clichy tidak beraksi selama sepuluh minggu dan kembali ke pasukan pada bulan Januari 2010.

Pada 30 Oktober, dia membuat bantuan gol kepada Alex Song ketika kemenangan ke atas West Ham.[27] Clichy menjaringkan gol kedua dalam kariernya pada 2 Mac 2011 ketika kemenangan 5–0 ke atas Leyton Orient dalam perlawanan ulangan Piala FA.[28]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Clichy beraksi untuk Manchester City pada bulan April 2012 menentang bekas kelabnya, Arsenal.

Pada 4 Julai 2011, ianya telah disahkan bahawa Manchester City telah menandatangani Clichy dari Arsenal dengan yuran yang tidak didedahkan, dipercayai sekitar £7 juta dengan perjanjian empat tahun. Clichy membuat penampilan pertamanya untuk City ketika Jelajah AS.[29] Dia kemudiannya membuat penampilan kompetitif pertamanya ketika menentang Manchester United dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2011 dan penampilan Liga Perdana pertamanya ketika menentang Swansea City. Dia dibuang padang ketika menentang Chelsea kerana mengutip kad kuning kedua selepas kekasaran ke atas Ramires. Clichy meletakkan dirinya sebagai pertahanan kiri pilihan utama selepas permulaan musim. Pada 13 Mei 2012, hari terakhir musim Liga Perdana, Clichy bermain keseluruhan 90 minit menentang Queens Park Rangers di Stadium Etihad dimana mereka menang 3–2 dan City berjaya memenangi liga. Clichy mendapat pingat pemenang Liga Perdana Inggeris kedua dalam kariernya selepas memenangi bersama Arsenal pada musim 2003–04. Clichy bersetuju dengan perjanjian baru empat tahun bersama City pada bulan Mei 2013 selepas menandatangani kontrak yang akan mengekalkannya di Stadium Etihad sehingga tahun 2017. [30] Clichy memenangi satu lagi pingat pemenang Liga Perdana Inggeris pada bulan Mei 2014 selepas Manchester City merampas kejuaraan liga pada hari terakhir musim.[31] Clichy menjaringkan gol pertamanya Manchester City pada 30 November 2014 ketika kemenangan 0-3 ke atas Southampton FC di Stadium St Mary.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Clichy telah mewakili pasukan belia Perancis di peringkat bawah-15, 17, 19 dan 21. Pada 31 Januari 2008, Clichy dipanggil ke pasukan senior Perancis buat pertama kali pada bulan Februari 2008 untuk perlawanan menentang Sepanyol. Clichy mendapat kap pertamanya pada 10 September 2008 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Serbia. Dia dinamakan dalam skuad awal 30-pemain Domenech untuk Piala Dunia FIFA 2010. Clichy kemudiannya dinamakan dalam skuad akhir 23-pemain. Dalam perlawaan terakhir peringkat kumpulan menentang Afrika Selatan, Clichy diletakkan dalam kesebelasan utama dan bermain keseluruhan perlawanan dimana mereka tewas 2-1 dan tersingkir daripada pertandingan. As a result of the players' mutiny, Clichy, along with the 22 other members of the team, were suspended for the team's friendly match against Norway.[32] Pada bulan Jun 2012, dia dinamakan dalam skuad 23-pemain Perancis untuk UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Jun 2015.[5][33]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Bantuan gol Kmncln Gol Bantuan gol Kmncln Gol Bantuan gol Kmncln Gol Bantuan gol
Cannes 2002–03 15 0 2 0 0 0 0 0 0 15 0 2
Jumlah 15 0 2 0 0 0 0 0 0 15 0 2
Arsenal 2003–04 12 0 0 9 0 0 1 0 0 22 0 0
2004–05 15 0 0 7 0 0 2 0 0 24 0 0
2005–06 7 0 0 0 0 0 4 0 0 11 0 0
2006–07 27 0 1 7 0 0 6 0 0 40 0 1
2007–08 38 0 6 1 0 0 10 0 0 49 0 6
2008–09 31 1 0 0 0 0 10 0 0 41 1 0
2009–10 24 0 1 0 0 0 9 0 0 33 0 1
2010–11 33 0 1 5 1 0 6 0 1 44 1 2
Jumlah 187 1 9 29 1 0 48 0 1 264 2 10
Manchester City 2011–12 28 0 3 1 0 0 8 0 0 37 0 3
2012–13 28 0 2 5 0 0 4 0 0 37 0 2
2013–14 20 0 0 7 0 1 4 0 0 31 0 1
2014–15 23 1 3 2 0 0 6 0 1 31 1 4
Jumlah 98 1 9 15 0 1 22 0 1 137 1 10
Jumlah karier 203 1 19 44 1 1 70 0 2 416 3 22

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 April 2014.[34]
Pasukan kebangsaan Musim Kmncln Gol Bantuan gol
Perancis 2008–09 3 0 0
2009–10 2 0 0
2010–11 5 0 1
2011–12 5 0 0
2012–13 2 0 0
2013–14 3 0 0
Jumlah 20 0 1

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Arsenal
Manchester City

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Tahunan PFA: 2007–08

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Dicapai 5 June 2013. 
  2. ^ a b c d e f "La belle histoire de Gaël Clichy". La Depeche (dalam bahasa French). 2 January 2008. Dicapai 28 March 2011. 
  3. ^ a b c "Clichy out to prove he can fill Cole gap". The Scotsman. UK. 10 December 2006. Dicapai 3 February 2014. 
  4. ^ Smith, Alan (5 May 2007). "Clichy excels in Cole role". The Daily Telegraph. UK. Dicapai 3 February 2014. 
  5. ^ a b "AS Cannes: Saison Football 2002/2003". Stat 2 Foot (dalam bahasa French). Dicapai 28 March 2011. 
  6. ^ "Match Report - Arsenal v Rotherham United - 28 Oct 2003". arsenal.com. 25 May 2004. Dicapai 22 December 2014. 
  7. ^ "Match Report – Birmingham City v Arsenal – 12 Jan 2003". Arsenal F.C. 22 November 2010. Dicapai 28 March 2011. 
  8. ^ "Arsenal conquer Spanish jinx". Union of European Football Associations. 24 February 2004. Dicapai 28 March 2011. 
  9. ^ Burnton, Simon (10 May 2004). "Reyes puts Arsenal within one step of heaven". Guardian Media Group. London. Dicapai 28 March 2011. 
  10. ^ McCarra, Kevin (17 May 2004). "Wenger holds the key to Gunners' perfect progress". Guardian Media Group. London. Dicapai 28 March 2011. 
  11. ^ "Arsenal 0–0 Man Utd (aet)". BBC Sport. 21 May 2005. Dicapai 28 March 2011. 
  12. ^ "Awesome Arsenal progress in style". Union of European Football Associations. 7 December 2004. Dicapai 28 March 2011. 
  13. ^ "Pizarro leaves Arsenal out in the cold". Union of European Football Associations. 22 February 2005. Dicapai 28 March 2011. 
  14. ^ a b "Clichy out for 'three or four months'". Arsenal F.C. 17 November 2005. Dicapai 21 September 2010. 
  15. ^ "Arsenal joy as Villarreal pay price". Union of European Football Associations. 25 April 2006. Dicapai 28 March 2011. 
  16. ^ "Barça comeback denies Arsenal". Union of European Football Associations. 17 May 2006. Dicapai 28 March 2011. 
  17. ^ Hookham, Richard (14 October 2006). "Arsenal 3–0 Watford". BBC Sport. Dicapai 28 March 2011. 
  18. ^ Draper, John (25 October 2006). "Aliadière leads Wenger's kindergarten kids with distinction". Guardian Media Group. London. Dicapai 28 March 2011. 
  19. ^ Burt, Jason (3 March 2007). "Arsenal 2 Reading 1: Fabregas rhythm drives Brazil beat". The Independent. UK. Dicapai 28 March 2011. 
  20. ^ "Everton 1–4 Arsenal". BBC Sport. 29 December 2007. Dicapai 28 March 2011. 
  21. ^ Bevan, Chris (1 January 2008). "Arsenal 2–0 West Ham". BBC Sport. Dicapai 28 March 2011. 
  22. ^ Culley, Jon (28 April 2008). "Derby County 2 Arsenal 6: Adebayor hat-trick seals third place for Arsenal". The Independent. UK. Dicapai 28 March 2011. 
  23. ^ "Barnet 1–2 Arsenal". Arsenal F.C. 19 July 2008. Dicapai 28 March 2011. 
  24. ^ Hughes, Ian (1 November 2008). "Stoke 2–1 Arsenal". BBC Sport. Dicapai 17 August 2009. 
  25. ^ "Arsenal defender Gael Clichy out for the rest of season". ESPN. 7 May 2009. Dicapai 27 April 2010. 
  26. ^ "Arsenal's Gaël Clichy suffers suspected stress fracture of lower back". The Guardian. London. 3 November 2009. Dicapai 28 March 2011. 
  27. ^ Wilson, Jeremy (30 October 2010). "Arsenal 1 West Ham United 0: match report". The Daily Telegraph. London. Dicapai 28 March 2011. 
  28. ^ McCarra, Kevin (2 March 2011). "Nicklas Bendtner hat-trick blasts Arsenal past Leyton Orient". Guardian Media Group. London. Dicapai 28 March 2011. 
  29. ^ "City clinch Clichy capture". Sky Sports. 04/07/2011. Dicapai 04/07/2011.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  30. ^ Gael Clichy agrees new deal with Manchester City - Manchester City FC
  31. ^ "Manchester City crowned Premier League champions with 2–0 victory over West Ham". Sky Sports News. 11 May 2014. Dicapai 11 May 2014. 
  32. ^ "France World Cup squad suspended for Norway friendly". BBC Sport. 23 July 2010. Dicapai 24 July 2010. 
  33. ^ "Gaël Clichy Footballdatabase.eu Profile". Footballdatabase.eu. Dicapai 28 March 2011. 
  34. ^ "Gaël Clichy FFF Profile" (dalam bahasa French). French Football Federation. Dicapai 3 February 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]