Gamuda Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gamuda Berhad
Jenis/bentuk sahBerhad / Perbadanan
IndustriKejuruteraan dan pembinaan
Prasarana dan penyerahan
Pembangunan Hartanah
Ditubuhkan6 Oktober 1976; 47 tahun yang lalu (1976-10-06)
PengasasKoon Yew Yin
Dato' Lin Yun Ling
Ibu pejabatMalaysia Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingY Bhg Dato' Mohammed Bin Haji Che Hussein (Pengerusi)
Y Bhg Dato'Lin Yun Ling
Y Bhg Dato' Ir Ha Tiing Tai (Timbalan Pengarah Urusan Hartanah)
KeluaranTransit aliran sederhana, landasan kereta api, pengurusan air banjir dan terowong jalan, jalanraya, lebuhraya, jambatan, empangan, loji rawatan air, lapangan terbang dan hartanah
HasilRM3.88 bilion (akhir tahun 2013)
Bilangan kakitangan≥3,500
Anak syarikatGamuda Land Sdn Bhd
Yayasan Gamuda
MMC-Gamuda
Gamuda Naim Engginering & Construction (GNEC) Sdn Bhd
Naim Gamuda (NAGA) JV Sdn Bhd
Tapak webGamuda Berhad
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gamuda Berhad (MYX: 5398) ialah sebuah syarikat kejuruteraan, hartanah dan prasarana di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan pada 6 Oktober 1976 dan telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 10 Ogos 1992. Projek-projek utama bawah syarikat ini adalah pembinaan transit aliran sederhana (MRT), jalanraya, landasan lapangan terbang, landasan kereta api, terowong, logi rawatan air dan empangan, menyediakan penyerahan infrastruktur dan pembangunan pembandaran baru.

Salah satu projek utama syarikat ini adalah projek Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir(Terowong SMART) - satu usahasama 50:50 dengan MMC Corporation Berhad. Disiapkan pada tahun 2007, tugas utama terowong SMART sepanjang 9.7km adalah untuk memesongkan air bah yang berlebihan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang untuk disimpan dalam tasik simpanan. Terowong dwi fungsi in juga beranan sebagai sebuah laluan alternatif untuk pengguna jalanraya dari dan ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Dalam tahun 2008, pertubuhan usahasama MMC-Gamuda telah dianugerahi kontrak Electrified Double Track Project (EDTP) dari Ipoh ke Padang Besar yang bernilah RM12.485 bilion. Projek 329km ini melibatkan penjajaran semula dan pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik yang merangkumi seluruh empat negeri utara Semenanjung Malaysia; Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.[1] Kerja-kerja pembinaan dan naiktaraf sedang berjalan lancar dan 97% daripada keseluruhan projek telah disiapkan. Selepas disiapkan (dijangkakan pada bulan November 2014), EDTP akan memainkan peranan sebagai tulang belakang perkhidmatan komuter di negeri-negeri utara pada masa hadapan. Ini akan membolehkan penduduk untuk berulang-alik dari kawasan bandar ke kawasan bandar ke pinggir bandar, dan sebaliknya.[2]

Oleh kerana Kerajaan Malaysia behasrat untuk menukarkan taraf Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020, pengangkutan kereta api peranan yang penting dalam status sistem pengangkutan awam sebagai pilihan pengangkutan yang berdaya maju. Perjalanan melalui kereta api adalah salah satu kaedah perjalanan yang paling berkesan dalam mengelakkan lalu lintas dan mengurangkan penggunaan bahan api. Oleh itu, Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) telah dijadikam sebagai sebuah projek Entry Point (pintu masuk) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Kuala Lumpur Raya/Kawasan Utama Ekonomi Negara Lembah Klang (NKEA).

Pada bulan Januari 2011, MMC-Gamuda telah menerima surat penanugerahan lantikan sebagai Rakan Penghantaran Projek (Project Delivery Partner - PDP) untuk Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK ataupun Laluan Biru). Sebagai sebuah PDP, Tugas MMC-Gamuda adalah untuk menyiapkan projek dalam sasaran kos dan tarikh siap yang ditetapkan, menguruskan pakej kerja-kerja kontraktor tinggi, dan membahagikan pakej kerja-kerja tinggi, menilai tender dan mengesyorkan yang terbaik pakej kerja-kerja tinggi kontraktor untuk MRT Corporation, pemilik projek KVMRT

Pada masa sekarang, Kesemua pakej-pakej tinggi kini terarah kepada pembinaan jejambat, yang mewakili sebahagian besar aktiviti pembinaan untuk kedua-dua bahagian tinggi utara (V1 to V4) dan selatan (V5 to V8) Laluan MRT SBK untuk satu dan setengah tahun yang akan datang.

Selain itu, pada bulan Mac 2012, MMC Gamuda (T) Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor siap guna untuk kerja-kerja bawah tanah sepanjang 9.5km untuk KVMRT, Laluan SBK bernilai RM8.28 billion. Terdapat tujuh perhentian bawah tanah yang akan dibina sepanjang terowong 9.5km ini – KL Sentral, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri. Pakej kerja-kerja bawah tanah ini termasuk reka bentuk, pembinaan dan penyiapan terowong, stesen dan struktur lain yang berkaitan antara Portal Semantan dan Portal Maluri.

Sebanyak 10 mesin penggerudi terowong bergerak (TBMs) telah dibeli untuk kerja-kerja terowong KVMRT, Laluan SBK. Daripada 10 TBM, enam adalah mesin penggerudi terowong bergerak Ketumpatan Berubah ( Variable Density - VD TBM) yang telah direka sama dan diusaha sama oleh MMC Gamuda dengan kerjasama Herrenknecht AG, pengilang pengorek terowong terbesar di dunia. VD TBM ini telah direka khas untuk terowong melalui geologi Kuala Lumpur yang bersifat batu kapur karst melampau manakala empat Earth mesin penggerudi terowong bergerak Imbangan Tekanan Tanah (Earth Pressure Balance - EPB TBM) yang selebihnya digunakan untuk menggerudi melalui pembentukan Bukit Tunku. Terbina dalam mesin penggerudi terowong bergerak adalah teknologi yang menghalang kelonggaran dan keruntuhan muka terowong semasa penggerudian dan pengorekkan dan mengurangkan penempatan permukaan atas terowong untuk mengelakkan penenggelaman tanah (punca utama lubang benam). Di samping itu, mesin penggerudi terowong bergerak ini juga direka untuk mengurangkan pengeluaran air yang merupakan penyumbang utama kejadian lubang benam.

Keseluruhan kerja-kerja untuk bahagian kedua-dua bahagian tinggi dan bawah tanah Talian SBK sedang maju dengan kadar yang pantas dengan kemajuan dan projek ini dijangka siap pada tahun 2017.

Gamuda dipilih sebagai kontraktor projek penaiktarafan Lebuhraya Pan Borneo dengan Naim Holdings Berhad dengan usaha sama kedua-dua syarikat. Hasil daripada itu, Naim Gamuda (NAGA) Sdn Bhd telah dibentuk dan dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek pakej 4 (WPC04) yang merupakan pakej ke-4 daripada 11 projek yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menaiktaraf infrastruktur di Sarawak. WPC04 menghubungkan Simpang Pantu dan Batang Skrang. Antara intipatinya termsuk pembinaan jambatan-jambatan baharu dan Sri Aman Interchange di Simpang Sri Aman. Ia merupakan laluan kedua terpanjang dengan kepanjangannya 89.43 km (55.57 bt) selepas WPC02 Sematan ke Sg. Moyan (95.43 km (59.30 bt)).

Selain daripada projek pembangunan tempatan, Gamuda juga telah melabur dan mengusaha projek-projek di rantau asing dengan pelbagai projek pembinaan kejuruteraan awam, infrastruktur dan pembangunan hartanah di Taiwan, Asia Tenggara, Asia Timur, Indochina, Timur Tengah dan Vietnam.

Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]

Jambatan[sunting | sunting sumber]

  • Jambatan Tetambak Sitra, Bahrain

Jaringan lebuhraya[sunting | sunting sumber]

Transit aliran sederhana[sunting | sunting sumber]

Landasan kereta api[sunting | sunting sumber]

Pembangunan bandar (Gamuda Land)[sunting | sunting sumber]

Rawatan dan sumber air dan rawatan kumbahan[sunting | sunting sumber]

  • Skim Punca Air Sungai Selangor Water Fasa 1 (SSP1), Malaysia
  • Skim Punca Air Sungai Selangor Water Fasa 3 (SSP3), Malaysia
  • Logi Rawatan Kumbahan Yen So Sewage, Vietnam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Group History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-12. Dicapai pada 24 March 2014.
  2. ^ "Elysian Thu Duc". Dicapai pada 24 March 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]