Gharial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gharial
Julat zaman: 5–0 Ma
Pliosen – kini[1]
Gharial (Gavialis gangeticus) male.jpg
Gharial jantan
Gharial (Gavialis gangeticus) female.jpg
Gharial betina dan anak
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Gharial
Gharial distribution2019.jpg
Sinonim[3]
  • Lacerta gangetica Gmelin, 1789
  • Crocodilus gavial Bonnaterre, 1789
  • Crocodilus longirostris Schneider, 1801
  • Crocodilus arctirostris Daudin, 1802
  • Crocodilus gangeticus and C. tenuirostris Cuvier, 1807
  • Rhamphostoma Wagler, 1830

Gharial atau nama spesies ia Gavialis gangeticus adalah buaya dalam keluarga Gavialidae yang mendiami sungai-sungai tertentu di timur subbenua India. Ia dikenali kerana bentuk muncung ia yang lonjong tirus dan bergigi rapat untuk menangkap ikan; hujung muncung seakan suatu tempayan kecil iaitu ghara[nota 1] yang memberi nama kepada haiwan ini.

Ia dahulu pernah ditemui sejauh Lembah Indus dengan gambaran tertua berusia sekitar 4,000 tahun. Masyarakat setempat turut menganggap haiwan ini sebagai kenderaan tunggangan dewi Gaṅgā yang mendiami sungai suci serta dewa lautan kepercayaan Hindu.[8] Walau bagaimanapun, spesies ini kini diancam kerana kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perlombongan pasir dan penebusan tanah untuk tujuan pertanian; taburan gharial liar telah menyusut secara drastik sejak tahun 1930-an sehingga hanya 2% dari kiraan asal. Bahkan, spesies tersebut telah disenaraikan sebagai terancam genting dalam Senarai Merah IUCN sejak 2007. Dengan hal demikian, rancangan pemuliharaan dimulakan di India dan Nepal memfokuskan pada perkenalan semula gharial dibiak kurung sejak awal 1980-an.

Ciri anatomi[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini tampak berwarna hijau zaitun; gharial dewasa lebih gelap daripada gharial muda yang berjalur silang dan bintik coklat gelap.[9][10] Punggungnya bertukar hampir hitam pada usia 20 tahun, tetapi perutnya berwarna putih kekuningan. Haiwan betina diukur sekitar 2.6–4.5 m (8 ka 6 in–14 ka 9 in) manakala haiwan betina dalam julat 3–6 m (9 ka 10 in–19 ka 8 in) .

Ia mempunyai empat baris melintang sisik dari leher sepanjang belakang.[11] Skutum di kepala, leher dan punggung membentuk satu plat berterusan yang terdiri daripada 21 hingga 22 sisik melintang dan empat sisik membujur; skutum bahagian belakang lebih bertulang, berbanding yang ada di sisi badan.

Tepi luar lengan bawah dan kaki mempunyai hujung menonjol; jari-jari kaki ia dilapik separa yang memudahkan ia berenang.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Gharial merupakan jenis buaya yang paling menumpu hidup dalam air[12] sehingga hanya naik ke tebing sungai untuk berjemur semata-mata.[13] Haiwan ini lebih suka pantai berpasir dan lembab.

Pengekalan suhu[sunting | sunting sumber]

Sifat ia yang berdarah sejuk mendorong penyejukan diri pada waktu panas dan memanaskan badan ketika suhu persekitaran sejuk. [14] Tempoh berapa lama gharial berjemur seiring peningkatan suhu harian di mana penjemuran mula pada awal pagi sehingga tengah hari di mana ia bergerak kembali ke sungai, ia kembali ke pantai pada sebelah petang.

Kawanan yang terdiri daripada jantan dewasa, beberapa betina dan orang dewasa telah diperhatikan berjemur bersama. Jantan dewasa menguasai kawanan sambil menerima jantan yang belum matang. Kawanan besar gharial muda, subadult dan dewasa terbentuk pada bulan Disember dan Januari untuk berjemur. Jantan dan betina dewasa mula berpasangan pada pertengahan Februari. [15]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pengawanan bermula pada pertengahan Februari pada akhir musim sejuk. Pada musim kemarau, gharial-gharial betina berkumpul dalam suatu tempat ditetapkan untuk menggali sarang bersama[15] di tepi sungai atau tebing pasir terletak antara 2.5 dan 14.5 m (8 ka 2 in dan 47 ka 7 in) jauh dari air dan di atas paras air 1 hingga 3.5 m (3 ka 3 in hingga 11 ka 6 in) Sarang-sarang ini luas 20–55 cm (8 in–1 ka 10 in) dengan diameter sekitar 50–60 cm (1 ka 8 in–2 ka 0 in) .

Sebanyak 20-95 biji telur dapat dikeluarkan antara akhir bulan Mac dan awal April;[12] telur-telur ini terbesar dalam kalangan jenis buaya daengn berat rata-rata 160 g (5.6 oz) . [16] Setiap telur adalah 85–90 mm (3.3–3.5 in) panjang dan 65–70 mm (2.6–2.8 in) lebar. [17] Jantina semua anak ditentukan suhu semasa ia dieram sepertimana pada kebanyakan reptilia.

Selepas telur-telur ini dieram selama 71 hingga 93 hari, gharial muda menetas pada bulan Julai sebelum bermulanya musim tengkujuh. Gharial induk biasa menggali sekitar anak kecil yang menetas agar bertahanan, tetapi anak-anak dibiarkan berjalan menuju sungai dengan sendiri. Anak-anak ini kekal di sarang sehingga tibanya banjir monsun dan kembali selepas monsun.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bahasa Hindi: घ/ड़ा,[4] Bahasa Nepal: घड़ा ghaṛā,[5] Urdu: گهاٿ‎,[6] Bahasa Panjabi: ਘਡ਼ਾ.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brochu, C. A. (1997). "Morphology, fossils, divergence timing, and the phylogenetic relationships of Gavialis". Systematic Biology. 46 (3): 479–522. doi:10.1093/sysbio/46.3.479. PMID 11975331.
  2. ^ Lang, J.; Chowfin, S. & Ross, J. P. (2019). "Gavialis gangeticus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T8966A3148543.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gray1896 tidak disediakan
  4. ^ Caturvedi, M. (1970). "घ/ड़ा". A practical Hindi-English dictionary. Delhi: National Publishing House. m/s. 186. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Turner, R. L. (1931). "घड़ा ghaṛā". A comparative and etymological dictionary of the Nepali language. London: K. Paul, Trench, Trubner. m/s. 153. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Platts, J. T. (1884). "گهاٿ घाट". A dictionary of Urdu, classical Hindi, and English. London: W. H. Allen & Co. m/s. 929. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Singh, M. (1895). "ਘਡ਼ਾ". The Panjabi dictionary. Lahore: Munshi Gulab Singh & Sons. m/s. 382. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Behera, S. K.; Singh, H. & Sagar, V. (2014). "Indicator Species (Gharial and Dolphin) of Riverine Ecosystem: An Exploratory of River Ganga". Dalam Sanghi, R. (penyunting). Our National River Ganga: Lifeline of Millions. Switzerland: Springer International Publishing. m/s. 103–123. doi:10.1007/978-3-319-00530-0_4. ISBN 978-3-319-00529-4.
  9. ^ Boulenger, G. A. (1889). "Gavialis". Catalogue of the Chelonians, Rhynchocephalians, and Crocodiles in the British Museum (Natural History) (ed. New). London: Trustees of the British Museum (Natural History). m/s. 275–276.
  10. ^ Boulenger, G. A. (1890). "Genus Gavialis". Fauna of British India. Reptilia and Batrachia. London: Taylor and Francis. m/s. 3.
  11. ^ Brazaitis, P. (1973). "Family Gavialidae Gavialis gangeticus Gmelin". Zoologica : Scientific Contributions of the New York Zoological Society. 3: 80−81.
  12. ^ a b Whitaker, R.; Basu, D. (1982). "The Gharial (Gavialis gangeticus): A review". Journal of the Bombay Natural History Society. 79 (3): 531–548.
  13. ^ Bustard, H. R.; Singh, L. A. K. (1977). "Studies on the Indian gharial Gavialis gangeticus (Gmelin) (Reptilia, Crocodilia) change in terrestrial locomotory pattern with age". Journal of the Bombay Natural History Society. 74 (3): 534−535.
  14. ^ Lang, J. W. (1987). "Crocodilian behaviour: implications for management". Dalam Webb, G. J. W.; Manolis, S. C.; Whitehead, P. J. (penyunting). Wildlife Management: Crocodiles and Alligators. Sydney: Surrey Beatty and Sons. m/s. 273−294.
  15. ^ a b Lang, J. W.; Kumar, P. (2013). "Behavioral ecology of Gharial on the Chambal River, India" (PDF). World Crocodile Conference. Proceedings of the 22nd Working Meeting of the IUCN-SSC Crocodile Specialist Group. Gland: IUCN Crocodile Specialist Group. m/s. 42−52.
  16. ^ Whitaker, R.; Members of the Gharial Multi-Task Force; Madras Crocodile Bank (2007). "The Gharial: Going Extinct Again" (PDF). Iguana. 14 (1): 24–33. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-26.
  17. ^ Smith, M. A. (1931). "Gavialis". The Fauna of British India, Including Ceylon and Burma. Reptilia and Amphibia. Volume I.—Loricata, Testudines. London: Secretary of State for India in Council. m/s. 37–40. |volume= has extra text (bantuan)