Hafeez As'ad Azam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Afiez Azam
Afiez azam.png
Latar belakang
Nama lahirHafeez As'ad Azam
Berasal dariMalaysia Batu Pahat, Johor, Malaysia
PekerjaanPemain Gitar, Keyboard
Tahun aktif2007–kini
Kegiatan berkaitan
Kumpulan Akim & The Majistret, Kumpulan New Boyz, Monoloque, Kristal, AG&CO
Laman sesawang
http://instagram.com/afiez_azam

Hafeez As'ad Azam yang lebih dikenali sebagai Afiez merupakan pemain gitar utama untuk kumpulan New Boyz. Dilahirkan pada 20 April 1982 di Batu Pahat, Johor. Afiez mula menyertai kumpulan Newboyz pada tahun 2007 setelah penarikan diri bekas pemain gitar utama iaitu Rizz.

BERSAMA NEWBOYZ Afiez menyertai kumpulan Newboyz setelah berjaya dalam proses ujibakat yang dilakukan oleh pihak SRC pada masa itu. Afiez mempunyai kelulusan Diploma in Music dari Universiti Institut Teknologi Mara (UITM Shah Alam) dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di ASWARA.

Afiez juga merupakan tenaga pengajar untuk sekolah swasta iaitu Yamaha Music School dan Guitar Store. Mempunyai pengalaman bermain muzik di kelab-kelab sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebelum menyertai kumpulan Newboyz.

Afiez juga terlibat dalam pembikinan album solo Tomok. Beliau telah menyumbangkan satu lagu hasil ciptaan beliau iaitu Kisah Kita. Selain itu beliau juga merupakan orang yang bertanggung jawab dalam pengubah suaian lagu Berlari yang bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu.

Kemunculan semula NEWBOYZ bersama ahli-ahli lama tanpa Afiez iaitu Lan (gitar), Jay (gitar utama), Along (drum) dan Zack (bass) pada January 2015 dalam program 'GEGAR VAGANZA' peringkat akhir menjadi titik akhir penglibatan Afiez bersama kumpulan NEWBOYZ.

BERSAMA KUMPULAN KRISTAL Selain bersama kumpulan New Boyz, bermula pada tahun 2009 Afiez semakin aktif bergerak bersama kumpulan Kristal sebagi band pengiring untuk konsert-konsert yang melibatkan kumpulan Kristal sebagai pemuzik jemputan dengan bermain Keyboard. Bersama kumpulan Kristal beliau juga terlibat untuk beberapa program TV sebagai band pengiring. Antaranya program bual bicara 'Jangan Tidur Lagi' siaran TV3 selama 5 musim berturut-turut.

Bersama Kristal juga beliau turut menyertai pertandingan nyanyian/persembahan anjuran ASTRO yang dikenali sebagai MANIA yang mempertandingkan artis-artis popular tempatan Malaysia.

Terbaru Afiez bersama Kristal menjadi band pengiring untuk program bual bicara 'Tunggu Sekejap' siaran TV3 untuk musim pertama.

BERSAMA AG&CO Selain daripada menjadi band pengiring bersama kumpulan Kristal beliau juga bersama-sama band AG&CO menjadi band pengiring untuk beberapa program TV. Antaranya I-Popular(RTM), Yang Teristimewa(RTM), Soundcheck Tomok, Shila Amzah dan Awi Rafael(TV9), Akustik Adira(ASTRO RIA), Jamal Abdilah & M.Nasir Raya(TV3).

BERSAMA MONOLOQUE Kini beliau merupakan ahli tetap kumpulan Monoloque selaku pemain gitar kedua dan juga keyboard. Bersama kumpulan Monoloque beliau di kenali sebagai 'Apex' dan mereka telah lahir dengan album pertama mereka Jejak Tanah. Kini menanti penghasilan projek 'Monoloque Sesi Di Raja'.

June 2014 Afiez mengambil keputusan untuk menarik diri secara baik selepas mengadakan perbincangan bersama ahli Monoloque yang lain. Afiez merasakan dirinya tidak sesuai dengan perubahan muzik kumpulan Monoloque dan eksperimentasi kumpulan itu. Afiez merasakan ada musician lain yang lebih sesuai berada di tempatnya bagi menggantikannya.

Selain menjadi ahli tetap kumpulan NewBoyz dan Monoloque beliau juga merupakan sessionist tetap bagi kumpulan Kristal dan aktif menjadi sessionist jemputan bagi band popular seperti Hujan(Konsert Hujan Akustik), 6ixthsense(Konsert GIG TV9) dan SOFAZR(Konsert Jom Heboh Hotlink).

Beliau juga semakin aktif terlibat di sebalik pembikinan lagu-lagu(music arrangement) artis terkenal mahupun baru yang mencipta nama seperti Tomok, Hazif Suip(Hafiz AF), Keroz Nazri, Heliza AF dan beberapa orang lagi.

BERSAMA Akim & The Majistret

Kini (2014), selepas mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Monoloque, rezeki datang tanpa di duga, Afiez dapat peluang menjadi salah seorang ahli kumpulan Akim & The Majistret sebagai pemain keyboard kumpulan itu. Wujud pada mulanya hanya sebagai 'experiment band' telah membuahkan hasil. Dengan barisan pemuzik yang berbakat dan berpengalaman, Akim & TheMajistret di terima terbuka oleh peminat muzik Tanah air. Lagu MEWANGI menjadi HIT, kumpulan ANTM menjadi perhatian, Percubaan Akim Ahmad (album Akim) membentuk satu 'band' membuahkan hasil yang tidak di jangka. Rezeki ANTM menjadi 'band' baru membuka mata. Perjuangan mereka di terima baik, memenangi Anugerah dalam masa belum setahun bersama. Akim & TheMajistret memenangi Anugerah 'Artis Duo/Berkumpulan Meletop' dan 'Lagu Meletop' di Anugerah Meletop ERA 2015. Juga memenangi Anugerah 'Artis Duo/Berkumpulan Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Hasil penerimaan baik peminat muzik Tanah air, ini menjadikan Afiez lebih berkeyakinan berkarya bersama kumpulan ANTM yang lain. Kini meraka telah menghasilkan Album sulung Akim & TheMajistret "PATRIOT" yang berada di pasaran August 2015 (secara fizikal) dan June 2015 (secara digital).

Album[sunting | sunting sumber]

Pencapaian // Penglibatan[sunting | sunting sumber]

  • 2009 Program Jangan Tidur Lagi - Band pengiring bersama kumpulan Kristal (Siaran TV3)
  • 2010 Program Jangan Tidur Lagi - Band pengiring bersama kumpulan Kristal (Siaran TV3)
  • 2011 Program Jangan Tidur Lagi - Band pengiring bersama kumpulan Kristal (Siaran TV3)
  • 2011 Anugerah Juara Lagu 25 - Lagu Belari, Tomok (Arrangement dan pemuzik jemputan)
  • 2011 Monoloque di KNUKE(Kugiran Negara ke United Kingdom Enterprise)
  • 2012 Program Jangan Tidur Lagi - Band Pengiring bersama kumpulan Kristal (Siaran TV3)
  • 2012 Anugerah Juara Lagu 26 - Lagu Kekanda Adinda, Monoloque
  • 2012 Hujan Akustik di KL Performing Arts Centre (KLPAC)
  • 2013 Program Tunggu Sekejap - Band pengiring (Siaran TV3)
  • 2013 Anugerah Juara Lagu 27 - Lagu Simetri, Hazama feat Amy Search
  • 2013 Anugerah Blockbuster - Persembahan pentas bersama Kristal
  • 2013 Band Pengiring bagi program Raya, antaranya:-
 Primadona Raya (Siaran Astro)
 Tunggu Sekejap Raya (Siaran TV3)
 Melodi Award/Melodi Raya (Siaran TV3)
 Sampaikan Raya (Siaran TV3)
  • 2013 Kristal Showcase
  • 2013 Pelancaran Album Inderaloka Monoloque
  • 2013 Band Pengiring program siaran RTM
  • 2013 Hujan Akustik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]