Nur Heliza binti Helmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heliza Helmi
WPːALT
Latar belakang
Nama lahir Nur Heliza Binti Helmi
Juga dikenali sebagai Heliza Helmi
Kelahiran 3 Februari 1986 (29 tahun)
Kuala Terengganu, Terengganu
Berasal dari  Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Model, Pengacara TV, Penceramah, Pakar motivasi, Aktivis Kemanusiaan, Pelakon
Tahun aktif 2007 – aktif
Kegiatan berkait Akademi Fantasia musim kelima


Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza (lahir 3 Februari 1986) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.

Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya.

Kesungguhan Heliza dalam bidang pelajaran telah membawanya ke Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mengambil Pendidikan (Sains, Biologi dan Kimia) sebagai jurusan beliau di universiti tersebut dan beliau telah tamat menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2010. Heliza juga pernah mendapat anugerah dekan selepas beliau bergelar artis. Walaupun beliau amat sibuk dengan kerjayanya namun dengan kesibukan itu menambahkan motivasi beliau untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pelajarannya.

Masalah Penglihatan[sunting | sunting sumber]

Di sebalik nama beliau yang sedang meningkat masyhur di serata negara, beliau juga mempunyai masalah kurang daya penglihatan yang menyebabkan beliau amat sukar untuk melihat dengan jelas tanpa menggunakan bantuan cermin mata. Sekiranya beliau membuat aktiviti tertentu seperti membuat persembahan nyanyian, beliau memakai kanta lekap.

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Heliza diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah dipilih oleh pihak penerbitan.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan kepada Heliza sewaktu berada di Akademi Fantasia ketika konsert konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Pertama : "Kau Pergi Jua" - nyanyian asal oleh Adam Ahmad
  • Konsert Kedua : "Aku Bukan Untukmu" - nyanyian asal oleh Rossa
  • Konsert Ketiga : "Melodi Ahlan" - nyanyian asal oleh Waheeda
  • Konsert Keempat : "Torn" - nyanyian asal oleh Natalie Imbruglia
  • Konsert Kelima : "Diam-Diam Jatuh Cinta" - nyanyian asal oleh Ramlah Ram
  • Konsert Keenam : "Nafas Cahaya" - nyanyian asal oleh Misha Omar
  • Konsert Ketujuh : "Rindu Merindu" - nyanyian asal oleh Fauziah Idris
  • Konsert Kelapan : "Kesal" - nyanyian asal oleh Ella
  • Konsert Kesembilan : "Ya Atau Tidak" - nyanyian asal oleh Erra Fazira
  • Konsert Akhir : "Cinta Boneka" - nyanyian asal oleh D-Va
  • Konsert Akhir : "Cinta Di Lautan Lalang" - ciptaan oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Loloq

Pengaruh Siti Nurhaliza[sunting | sunting sumber]

"Cuba try larikan, saya tau awak peminat Siti, larikan pengaruh Siti dalam nyanyian awak."

Beliau menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola. Oleh yang demikian, beliau sering membawa pengaruh Siti dalam persembahan beliau. Hal ini diakui sendiri oleh Hattan apabila beliau memberi komen terhadap nyanyian Heliza dalam persembahan minggu ke-3 Akademi Fantasia dengan katanya yang bermaksud:

Saya mengetahui bahawa anda adalah peminat Siti, anda perlu menjauhi pengaruh beliau dalam nyanyian anda.[1]

Sekiranya kita imbas kembali pada konsert pertama beliau, ketika menyanyikan lagu "Kau Pergi Jua," beliau telah meniru gaya vokal Siti semasa baris "Semuanya bagaikan sebuah mimpi."[2]

Fauziah Latiff juga mengatakan perkara yang sama ketika konsert keenam ketika mendendangkan lagu "Nafas Cahaya". Nyanyian Heliza ketika itu digayakan mengikut irama asli. Namun, hanya seorang pengkritik yang memberikan satu lampu biru kepadanya sekaligus meletakkan Heliza berada di kedua terakhir sebelum Aswad.

Walaubagaimanapun, Heliza berjaya memansuhkan pengaruh Siti Nurhaliza melalui lagu nyanyian asal Ella iaitu Kesal pada konsert kelapan. Pengkritik tetap, Hattan memaklumkan perkara demikian semasa memberikan komen terhadap persembahan Heliza.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahun Sekolah/Institut
Sekolah Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu, Terengganu.
Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
1999 Teacher Methodist Girls School, Taiping Perak
2000-2003 SM Convent St. Ursula Tawau Sabah
2004-2005 Labuan Matriculation College
2005- May 2010 Degree Education in Science (Biology & Chemistry) of Universiti Malaysia Sabah

Heliza mula menceburi bidang pengacaraan dan 'Talk'[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Heliza mula menunjukkan rasa minatnya untuk menceburi bidang pengacaraan dan perkongsian motivasi kepada masyarakat, khususnya remaja. Beliau telah mendapat pensijilan dari Professional Learning Facilitator dan Certified Professional Image Consultant (CPIC)

Sanggup mengambil risiko demi memperjuangkan Agama[sunting | sunting sumber]

Heliza merupakan salah satu penggiat seni yang kuat memperjuangkan isu ummah. Hal ini memberikan banyak inspirasi buat masyarakat. Semangatnya untuk memperjuangkan isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan lihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012. Walaupun pada mulanya keluarganya tidak membenarkan beliau pergi atas faktor keselamatan namun akhirnya dengan izin Allah beliau dapat pergi dengan keizinan keluarga dan beliau dapat berkongsi isu ini kepada masyarakat. Lirik lagu "La Tahzan" di inspirasikan hasil daripada pengalaman beliau menjejakkan kaki di sana pada pertama kalinya.

Beliau merupakan duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi. Selain dari isu Gaza, beliau juga sedang memperjuangkan isu Syria yang kebanyakkan masyarakat Malaysia tidak berapa tahu berkenaan dengannya. Beliau telah pergi ke Syria sebanyak tiga kali.

Heliza juga peka dengan isu Sabah di mana kebanyakkan masyarakat pedalaman di Sabah memerlukan bantuan dari segi bimbingan ajaran Agama yang benar.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tv Shows[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Siaran TV
2011 Man Jadda Wajada TV AlHijrah
2012 Rasa Halal Antarabangsa Astro Oasis
2013-Kini S.I.S TV9

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2009 Syurga Cinta Syuhada MIG Production

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Terbitan
2009 Doa Ibu
2012 Warkah Cinta TV AlHijrah

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Terbitan
2012 Cinta Kun Fayakun TV AlHijrah

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
2008 Anugerah Juara Lagu ke-23 Calon Akhir kategori Etnik Kreatif "(Doa Dalam Lagu dengan Mawi)" Dicalonkan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Harapan Wanita "(Syurga Cinta)" Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik "(Syurga Cinta)" Dicalonkan
2011 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Kulit Cantik Wanita Dicalonkan
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Wanita Stailo Menunggu
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial Menunggu
2014 Anugurah Bintang Popular Berita Harian Pengacara TV Paling Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]