Hormon peluteinan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Gonadotropin korion alfa
Pengenal pasti
SimbolCGA
Simbol alternatifHCG, GPHa, GPHA1
Gen NCBI1081
HGNC1885
OMIM118850
RefSeqNM_000735
UniProtP01215
Other data
LocusChr. 6 q14-q21
Polipeptida hormon peluteinan beta
Pengenal pasti
SimbolLHB
Gen NCBI3972
HGNC6584
OMIM152780
RefSeqNM_000894
UniProtP01229
Other data
LocusChr. 19 q13.3

Hormon peluteinan atau lutropin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh sel ganodotropin di kelenjar pituitari anterior. Penghasilan hormon ini dikawal oleh hormon pelepasan gonadotropin dari hipotalamus di otak.[1] Dalam kalangan wanita, penghasilan hormon peluteinan mendadak membawa kepada pengovulan[2] dan perkembangan korpus luteum. Hormon peluteinan pada lelaki juga dikenali sebagai hormon perangsang sel ruang-antara,[3] dan menggalakkan penghasilan terstosteron oleh sel Leydig.[2] Hormon ini berfungsi bersama-sama dengan hormon perangsang folikel.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stamatiades, George A.; Kaiser, Ursula B. (2018-03-05). "Gonadotropin regulation by pulsatile GnRH: Signaling and gene expression". Molecular and Cellular Endocrinology. Signaling Pathways Regulating Pituitary Functions (dalam bahasa Inggeris). 463: 131–141. doi:10.1016/j.mce.2017.10.015. ISSN 0303-7207. PMC 5812824. PMID 29102564.
  2. ^ a b Nosek, Thomas M. "Section 5/5ch9/s5ch9_5". Essentials of Human Physiology. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-24.
  3. ^ Louvet JP, Harman SM, Ross GT (May 1975). "Effects of human chorionic gonadotropin, human interstitial cell stimulating hormone and human follicle-stimulating hormone on ovarian weights in estrogen-primed hypophysectomized immature female rats". Endocrinology. 96 (5): 1179–86. doi:10.1210/endo-96-5-1179. PMID 1122882.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]