iPhone 15

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
iPhone 15
iPhone 15 Plus
iPhone 15; warna biru
JenamaApple Inc.
PengilangFoxconn
GenerasiKe-17
Rangkaian serasi3G, 4G, 4G LTE, 5G NR
Julung diedarkan22 September 2023; 6 bulan yang lalu (2023-09-22)
Ketersediaan mengikut rantau22 September 2023; 6 bulan yang lalu (2023-09-22)
PendahuluiPhone 14 / iPhone 14 Plus
Jenis15: Telefon pintar
15 Plus: Fablet
Penjadi rupaSlate
Ukuran15:
  • Tinggi 5.81 in (148 mm)
  • Lebar 2.82 in (72 mm)
  • Dalam 0.31 in (7.9 mm)
15 Plus:
  • Tinggi 6.33 in (161 mm)
  • Lebar 3.06 in (78 mm)
  • Dalam 0.31 in (7.9 mm)[1]
Jisim15: 6.02 oz (171 g)
15 Plus: 7.09 oz (201 g)[1]
Sistem pengendalian
Sistem atas cipApple A16 Bionic
Storan128 GB, 256 GB, 512 GB, 1 TB[1]
Paparan15: 6.1 in (150 mm) Super Retina XDR: resolusi 2556x1179 px
15 Plus: 6.7 in (170 mm) Super Retina XDR: resolusi 2796x1290 px[1]
Kamera belakangSistem dwikamera (48 MP dan 12 MP)[1]
Masukan dataPaparan skrin sentuh multisentuh

iPhone 15 dan iPhone 15 Plus ialah telefon pintar yang direka dan dipasarkan oleh Apple Inc. Ia merupakan generasi ke-17 iPhone, yakni selepas iPhone 14. Pelancarannya diumumkan pada 12 September 2023 bersama dengan jenis 15 Pro dan Pro Max.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 2021, Suruhanjaya Eropah mula mencadangkan usul untuk mewajibkan USB-C di semua peranti di Kesatuan Eropah, termasuk iPhone.[3] Penganalisis Apple Ming-Chi Kuo mendakwa bahawa Apple akan membuang penyambung Lightning milik mereka menjelang 2023.[4] Usul tersebut diluluskan pada Oktober 2022 sebagai Peraturan Peralatan Radio. Apple mengesahkan bahawa mereka akan menuruti peraturan tersebut pada bulan itu.[5]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Perkakasan[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dipasarkan dalam warna biru, merah jambu, kuning, hijau dan hitam.[1]

Warna Nama
Biru
Merah jambu
Kuning
Hijau
Hitam

Pengecasan[sunting | sunting sumber]

iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan menggunakan pengecasan melalui USB-C dengan kelajuan hantaran USB 2.0.[6]

Bateri[sunting | sunting sumber]

iPhone 15 Plus menawarkan pengguna sebanyak-banyaknya 26 jam putaran semual video serta 100 jam bagi audio, manakala iPhone 15 pula memberi tawaran yang sedikit lebih rendah, yakni 20 jam dan 80 jam bagi video dan audio masing-masing.[7]

Perisian[sunting | sunting sumber]

iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dilancarkan dengan perisian iOS 17.[8] The phones will feature Dynamic Island.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Casey, Henry (September 12, 2023). "The iPhone 15 is coming — here's who should (and shouldn't) upgrade". CNN. Dicapai pada September 12, 2023.
  2. ^ Pierce, David (September 12, 2023). "Apple iPhone 15 Pro and Pro Max announced with titanium bodies and an Action Button". The Verge. Dicapai pada September 12, 2023.
  3. ^ Porter, Jon (September 23, 2021). "EU proposes mandatory USB-C on all devices, including iPhones". The Verge. Dicapai pada September 11, 2023.
  4. ^ Vincent, James (May 11, 2022). "Apple will drop iPhone Lightning port in favor of USB-C in 2023, claims analyst". The Verge. Dicapai pada September 11, 2023.
  5. ^ Clark, Mitchell (October 26, 2022). "Apple confirms the iPhone is getting USB-C". The Verge. Dicapai pada September 11, 2023.
  6. ^ a b "Apple announces iPhone 15 with USB-C, a camera upgrade, and the Dynamic Island". September 12, 2023.
  7. ^ Potuck, Michael (2023-09-12). "iPhone 15 battery specs: Official ratings". 9to5Mac (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-12.
  8. ^ Porter, Jon (August 10, 2023). "Get ready for a repositioned end call button in iOS 17". The Verge. Dicapai pada September 11, 2023.
Didahului oleh
iPhone 14 / 14 Plus
iPhone
Generasi ke-17
Penyandang kini