Ismail Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ismail Din
Kelahiran
Ismail bin Din

1951
Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Meninggal dunia22 Oktober 2005 (berumur 53–54)
Tanah Suci Mekah
Sebab kematianSerangan Sakit Jantung
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1983–2005
PasanganKalsom Idris (Isteri Pertama) & Siti Zubaidah Abidin (Isteri Kedua)
Anak5

Ismail Din (1951 – 22 Oktober 2005) merupakan seorang pelakon komedi yang terkenal di Malaysia. Beliau berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.

Beliau mula aktif dalam kegiatan teater, malah Ismail juga adalah antara pengasas kumpulan Angkatan Seni Alor Star (ASAS) yang ditubuhkan pada 1964. Kumpulan ini menghimpunkan ramai anak seni kelahiran Kedah, seperti Zulkifli Zain, Noorjaya, Morad Ibrahim dan Abu Bakar Omar.

Ismail juga pernah berlakon dalam pementasan bertajuk Alang Rentak Seribu arahan Morad dan teater Warung pada awal kemunculannya sebagai pelakon. Menerusi kaca televisyen, dia pernah muncul dalam ratusan judul drama sama ada dalam bentuk episod, bersiri atau telefilem.

Ismail Din meninggal dunia pada umur 54 tahun semasa mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadhan 2005.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1983 Bila Hati Telah Retak Aziz Filem pertama
1995 Beyond Rangoon Rasmi Myanmar
1997 Gemerlapan Bapa Mimi
1998 Penyair Malam Bapa Azira
2000 Anaknya Sazali Dollah
2002 Anak Mami The Movie
Mami Jarum Dato' Meera
Embun Pak Melati
2003 Mistik
Mami Jarum Junior Dato' Meera
2004 Hingga Hujung Nyawa
I Know What You Did Last Raya
2005 Lady Boss
Potret Mistik Abdullah Ariffin
Anak Mami Kembali Ismail
2006 Tipah Tertipu The Movie Pak Haji Saad
Salah Bapak Filem terakhir; dikeluarkan secara anumerta

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Cinta Korporat TV3
2001 Kiranya Ku Tahu
2004 Sephia

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Meniti Pelangi TV2
1998 Tirai Malam Encik Salim Astro Ria
2000 Pondok Buruk Pak Mat Astro Ria
Pak Jalal T.J TV3
2002 Pondok Buruk 2 Pak Mat Astro Ria
2003 Ayam Kampung Pak Samad TV3
2004 Anak-Anak Ramadhan TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]