Istilah anime dan manga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2799930 pada 05:46, 9 Mac 2013 oleh Addbot (bincang | sumb.) (Bot: Memindahkan 3 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1653233)

Peminat anime dan manga yang berada diluar negara Jepun telah meminjam banyak "perkataan dan frasa bahasa Jepun". Sesetengah daripada perkataan-perkataan ini telah disalah tafsir, ditafsir semula ataupun melalui perubahan dari segi makna. Selain itu, pelbagai jenis istilah yang berkaitan dengan anime, manga dan fandom telah muncul, sama ada menerusi penterjemahan/alihan kata daripada bahasa Jepun ataupun sebahagian daripada slanga yang dikongsi atau istilah budaya kecil.

Dalam sesetengah kes pula, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun telah menyumbang dalam bermacam-macam gaya yang kompleks untuk mencipta suatu pembentukan perkataan-perkataan baru dalam bahasa masing-masing. Sebagai contoh; Hentai - 'H' - Ecchi.

Budaya-budaya kecil lain juga telah mengambil perkataan-perkataan pinjaman bahasa Jepun menerusi hubungan dengan para peminat media tersebut, seperti anime dan manga.

Tambahan pula, terdapat banyak perkataan dan frasa dalam bahasa Jepun yang akan dijumpai dan didedahkan kepada para peminat dan juga mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan anime dan manga.

Kandungan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z   Lihat juga 

A

  • AMV — lihat: Anime Music Video/Video Muzik Anime
  • Anime (アニメ) — Animasi yang berasal daripada Jepun. Meskipun seringkali disalah anggap sebagai sebuah genre, anime mempunyai variasi dari segi gaya.
  • Anime Music VideoBahasa Melayu: Video Muzik Anime; klip-klip video yang diambil daripada sekurang-kurangnya sebuah siri anime yang disusun untuk dimuatkan ke dalam sebuah lagu yang bermain di latar. Video dalam kategori AMV selalunya tidak menunjukkan audio dan sari kata daripada episod-episod anime sebenar, namun sesetengah dibiarkan jika kualitinya dianggap baik.

B

  • Bishōnen (美少年) — Budak lelaki rupawan — konsep estetik Jepun terhadap pemuda jelita yang ideal. Androgini, kewanitaan, atau jantina yang sukar ditentukan. Di Jepun ia merujuk kepada pemuda-pemudi dengan sifat-sifat tersebut, namun di Barat ia menjadi istilah generik yang merujuk kepada lelaki androgini yang rupawan (atau kacak secara jelas) tidak mengira umur.
  • Bishōjo (美少女) - Istilah kewanitaan kepada bishōnen. Umumnya digunakan untuk mencerminkan ciri-ciri seorang 'wanita jelita'.

C

  • Catgirl — Makhluk dengan telinga dan ekor kucing, namun berbadan manusia. Watak-watak sebegini selalunya mempunyai tingkah-laku felin, kuku yang tajam, dan kadang-kala juga, menunjukkan taring. Luahan emosi juga dianggap felin secara semula jadi, misalnya seperti bulu yang meremang apabila dikejutkan.
  • Chibi — Perkataan bahasa Jepun yang boleh diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai "nakal", selalunya disengajakan sebagai suatu ejekan. Disebabkan siri Sailor Moon dan tafsaran yang silap, di Amerika ia kadang-kala dimaksudkan sebagai super deformed (kecacatan super). Ia juga dikenali sebagai kecil.
  • CM - Commercial Message Sebuah iklan (selalunya disiarkan di televisyen).
  • ComiketComics Market — Konvensi komik terbesar di dunia yang diadakan dua tahun sekali di Tokyo, Jepun, ditujukan buat penerbit dan peminat Dōjinshi.

D

  • Dōjinshi — Komik amatur.
  • Dōseiaisha — Individu mencintai individu jantina yang sama.

E

  • Ecchi — Gatal atau miang. — Daripada ‘H’ untuk Hentai.
  • Enjo kōsai — "Temu janji (dating) berbayar" yang mungkin berada pada sempadan had undang-undang kuasi pelacuran. gadis-gadis sekolah menengah dibayar oleh lelaki yang lebih tua dengan tujuan membawa mereka keluar berfoya-foya pada waktu malam di bandar, mungkin melibatkan seks.
  • Eyecatch (アイキャッチ) — Sebuah babak atau ilustrasi yang digunakan untuk memulakan dan mengakhirkan jangka masa rehat untuk penyiaran iklan di dalam sebuah program televisyen Jepun, serupa kepada bumpers yang digunakan di Amerika Syarikat.

F

  • Fiksyen peminat (Fan fiction) — Sebuah cerita umum yang dikarang oleh peminat sesebuah media, termasuklah anime.
  • Fan service — Elemen-elemen yang direka sebagai bahan jenaka atau untuk menerujakan para penonton dengan bahan-bahan seksual, namun tidak membawa kepentingan untuk mengembangkan plot sesebuah cerita tersebut.
  • Fansubsari kata peminat — Sebuah versi anime di mana para peminat menterjemah dan mencipta sari kata tidak rasmi menerusi oendengaran dialog ke bahasa selain bahasa Jepun, di mana bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling popular.

G

  • Gakuran (学ラン) — Pakaian seragam untuk pelajar lelaki di sekolah rendah dan menengah di Jepun. Pakaian Gakuran berasal daripada pakaian seragam tentera Prussia.
  • Ganguro (顔黒) - Secara literal diterjemah sebagai "muka hitam". Ia merupakan sejenis trend dikalangan gadis-gadis Jepun. Gaya ini terdiri daripada rambut yang dilunturkan warna, kulit yang digelaplan (deep tan), celak berwarna hitam dan putih, bulu mata palsu, kasut pentas dan pakaian berwarna terang.
  • Gei — Alihan kata untuk perkataan gay. Dalam istilah tradisional Jepun ia boleh juga bermaksud 'seni' atau 'kebolehan', selalunya dilatih dan dirapikan.
  • Glomp — Pelukan kanak-kanak, serupa dengan bearhug namun seringkali melibatkan juga satu atau kedua-dua belah kaki dan tangan. Ini juga merupakan sejenis pelukan di mana individu yang memeluk itu melompat ke arah individu yang menangkapnya dalam keadaan yang mengejutkannya.
  • Gothloli — Gothic Lolita — Sejenis trend fesyen di mana gadis dan wanita muda berpakaian seperti patung-patung porselin.

H

  • Hentai — "Aneh" atau "miang". - digunakan oleh masyarakat Barat untuk merujuk kepada kandungan lucah atau erotika. Namun, di Jepun istilah ini digantikan dengan perkataan Roruno atau Ero yang merujuk kepada bahan yang sama.
  • Huggle - Sejenis pelukan yang penuh kasih sayang, digunakan untuk menunjukkan kegembiraan dan/atau penghargaan. Ia juga tidak seganas pelukan 'glomp'. Juga merupakan perkataan yang muncul dikalangan perkataan lain seperti hug dan cuddle atau snuggle.
  • Hikikomori - Serupa dengan seorang otaku, namun kesnya lebih berat. Seorang Hikikomori ialah seseorang individu yang mengasingkan diri mereka di dalam rumah, kadang-kala enggan meninggalkan rumah mereka sepenuhnya di dalam percubaan untuk merenggangkan sebarang hubungan dengan masyarakat. Istilah ini boleh dilihat sebagai sebuah fobia sosial yang serupa kepada Agorafobia. Dalam siri Welcome to the N.H.K. watak utamanya, Satō Tatsuhiro, ialah seorang Hikikomori.

I

  • Iinchō — Singkatan untuk Gakkyū Iinchō, iaitu seorang wakil di dalam kelas di sebuah sekolah di Jepun, serupa kepada seorang ketua kelas di sekolah-sekolah di Malaysia.

J

K

  • Kawaii - comel. Kawaii telah dirujuk dalam lagu Gwen Stefani berjudul "Harajuku Girls".
  • Kemono (獣 or けもの) — "Binatang " — Sebuah genre kesenian dan rekaan watak Jepun yang mempamerkan watak-watak cereka dengan ciri-ciri haiwan dalam sebuah latar tempat dan situasi manusia.
  • Kemonomimi — Watak-watak dengan ciri-ciri seperti telinga dan ekor, namun mempunyai badan manusia. Istilah catgirl juga jatuh di dalam konsep yang serupa.
  • Koga (コギャル kogyaru) - Sebuah budaya kecil dikalangan gadis dan wanita muda, seorang gadis kogal secara kasarnya boleh dibandingkan dengan seorang wanita dengan kulit gelap di Amerika, yang diberi gelaran khas sebagai Valley Girl.
  • Komiketto — Bentuk yang lebih umum kepada Comiket (Comics Market).

L

  • Lemon — Bahan-bahan dengan kandungan seksual jelas (jangan dikelirukan dengan istilah slanga untuk lesbian di dalam sesetengah budaya berbahasa Inggeris).
  • Loli-Goth — Gothloli — Gothic Lolita.

M

  • Manga (漫画) — anime dalam bentuk buku. Serupa dengan story board.
  • Mangaka (漫画家) — Pencipta sesebuah judul manga. Mangaka sebuah manga itu selalunya merupakan penulis dan pengilustrasi karyanya.
  • Moe (萌え) — Sejenis minat dalam watak-watak perempuan dalam dunia anime-manga.

N

  • Nanshoku — Cinta lelaki. — Sebuah istilah yang ditolak untuk golongan homoseksual.
  • Gadis/Budak lelaki Neko - Watak yang memiliki telinga dan ekor kucing, namun selebihnya serupa dengan manusia. Watak-watak sebegini selalunya mempunyai tingkah-laku felin, kuku yang tajam, dan kadang-kala juga, menunjukkan taring. Luahan emosi juga dianggap felin secara semula jadi, misalnya seperti bulu yang meremang apabila dikejutkan. Lihat Catgirl.
  • Neko - Perkataan dalam bahasa Jepun untuk Kucing, atau Felin, selalunya digunakan untuk merujuk kepada watak dengan telinga dan ekor kucing.

O

  • Otenba (kko)- tomboi
  • Okama — (Ejekan) homoseksual. — (Secara literal bermaksud periuk memasak.) Etimologi
  • Omake — Sejenis bonus tambahan yang terdapat dalam DVD anime, seperti segmen 'tambahan' pada DVD Barat.
  • Orijinaru — Original (Asli)
  • Otaku — Golongan peminat anime baharu gemar menganggap diri mereka sebagai "otaku" apabila mereka mula menyukai anime; penjelasan mereka terhadap istilah otaku ialah peminat anime. Namun, peminat anime yang lama, tidak gemar menggelar diri mereka otaku disebabkan oleh konotasi negatifnya di Jepun. Penterjemahan secara literal perkataan ini ialah rumah kamu, namun dalam slanga Jepun perkataan ini digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri seseorang yang mempunyai obsesi melampau sehingga tidak keluar rumah. Secara asasnya ia bermaksud geek, namun kadang-kala dikaitkan dengan lolicon dan pedophile, seperti dalam siri anime Hand Maid May.
  • Original Video Animation — Animasi Video Asli, atau OVA merupakan sejenis anime khas untuk pengedaran pada media VHS atau DVD, dan bukan untuk disiarkan di televisyen atau wayang. Ia juga kadang-kala dirujuk sebagai OAV (Original Animated Video).
  • Owari — "Akhir" dalam bahasa Jepun, digunakan sesetengah penulis fiksyen peminat pada penghujung karya mereka. Juga digunakan pada penghujung banyak siri anime.
  • Oyaji (親父, おやじ, オヤジ) — Ayah — Lelaki yang berusia seperti seorang guru atau role model. Kadang-kala agak miang, namun selalunya digambarkan sebagai individu yang penuh kasih sayang.

P

Q

R

S

  • Sake (酒) — Selalunya digelar "wain nasi" di Amerika Utara, Sake ialah sejenis minuman beralkohol yang dihasilkan melalui proses penapaian beras.
  • Scanlation - Manga yang diimbas, diterjemah serta diedarkan melalui internet oleh satu kumpulan tertentu.
  • Seinen (青年) - Ditujukan khas buat masyarakat yang lebih berusia daripada shōnen.
  • Seiyū (声優) — Pelakon suara latar Jepun. Ia bukan istilah untuk pelakon suara latar anime sahaja kerana seiyū juga melakonkan siaran radio dan juga permainan video, selain daripada alihan suara siri-siri TV dan filem luar negara.
  • Shōjo (少女) — "Wanita muda" ialah, dari segi penggunaannya di Barat, sejenis gaya anime dan manga yang ditujukan buat gadis.
  • Shōjo-ai — direka menerusi pembetukan istilah shōnen-ai, melambangkan kandungan lesbian yang secara dasar tidak melibatkan seks. Di Jepun istilah shōjo-ai tidak digunakan bersama-sama maksud ini, sebaliknya melambangkan pedophilia.
  • Shōnen (少年) — "Budak lelaki" ialah, dari segi penggunaannya di Barat, sejenis gaya anime dan manga yang ditujukan khas buat budak lelaki. Karya-karya shōnen diberi dibezakan melalui babak-babak aksi dan plot yang selalunya bertujuan sebagai bahan ketawa, mempamerkan ahli-ahli protagonis lelaki, dan secara tidak langsung judulnya juga menonjolkan fanservice daripada watak-watak perempuan.
  • Shōnen-ai — Istilah yang melambangkan kandungan homoseksual yang secara dasar tidak melibatkan seks jelas, dalam karya-karya anime, manga dan fiksyen peminat berkaitan.
  • Shudo — Singkatan untuk wakashudo — Zaman Arah Pemuda-pemudi yang berstrukturkan homoseks dalam budaya samurai.
  • Super deformed - Watak-watak dalam sesebuah karya yang merupakan versi yang "dibantutkan" dan dikecilkan, lalu dimasukkan ke dalam penceritaan untuk adegan-adegan lucu, ataupun untuk memaparkan emosi-emosi yang dilebih-lebihkan dari suatu sudut di mana perwatakannya tidak bersesuaian. Mereka selalunya digunakan apabila satu-satu watak itu sepatutnya berasa marah, sedih, keliru atau terkejut.

T

  • Tsundere - watak seorang wanita di mana personalitinya pada asalnya gemar bertanding tetapi akhirnya menjadi manja, penyayang dan sensitif dari segi emosi.

U

V

  • Visual kei — Pergerakan seni yang digambarkan dengan ciri-ciri rupanya yang aneh, melibatkan pakaian dan solekan yang berpanjangan.

W

X

Y

  • Yandere — sifat seorang watak di mana personaliti asalnya adalah penyayang dan manja namun akhirnya berubah menjadi individu yang brutal dan gila.
  • Yaoi — akronim bahasa Jepun daripada '‘Tiada klimaks, tiada hala tuju, tiada maksud’' (Yama nashi, Ochi nashi, Imi nashi) — Kandungan berasaskan cinta lelaki dengan lelaki lain. Kadang-kala digunakan untuk setiap pencintaan lelaki/lelaki dan kandungan seksual.
  • Yuri — istilah jargon untuk kandungan lesbian, secara tipikal digunakan hanya untuk menggambarkan penghujung spektrum dengan kandungan seksual jelas berkaitan dengan sesuatu media diluar Jepun. Di dalam Jepun pula, istilah ini menggambarkan sebuah spektrum yang lebih meluas tentang daya tarikan dikalangan wanita.

Z

  • Zettai Ryouiki: Istilah ini merujuk kepada gaya pakaian, di mana bahagian kulit yang berada di kawasan di antara skirt mini dan sarung kaki panjang didedahkan.

Lihat juga

Pautan luar

  • (Inggeris) http://www.animeph.com/voc.html (senarai panjang tentang istilah-istilah bahasa Jepun dan bahasa Inggeris yang digunakan dalam dunia anime dan manga)