Omake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk bandar, lihat Omak, Washington.

Omake (御負け?, biasanya ditulis おまけ) bermaksud tambahan dalam Bahasa Jepun. Makna utamanya adalah umum dan meluas. Istilah Omake digunakan oleh peminat anime dan manga untuk bermaksud "tambahan dan bonus".[1] Di Amerika Syarikat(AS), istilah ini digunakan secara meluas oleh peminat anime jika keluaran DVD menampilkan episod khas seperti: adegan yang dipotong, temu ramah bersama pelakon, klip-klip dokumentari "di sebalik tabir", "outtake", kelucuan yang tidak disengajakan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaan istilah ini sebenarnya mendahului medium DVD selama beberapa tahun. Selama 50 tahun yang lalu di Jepun, omake patung watak kecil dan mainan telah diberi bersama dengan minuman ringan dan gula-gula dan selalunya omake itu sendiri lebih diingini daripada produk yang dijual.

Dalam Bahasa Inggeris, istilah ini sering digunakan dengan makna ini walaupun ia biasanya hanya terpakai kepada ciri-ciri yang disertakan dengan anime, tokusatsu, dan kadang-kadang manga. Ia secara umumnya terbatas penggunaannya dalam kalangan peminat budaya pop Jepun (kadang-kadang dipanggil otaku).

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Omake sering termasuk lakaran komedi yang mana watak-watak berkelakuan tidak seperti perwatakannya, memecahkan dinding keempat atau sepintas lalu menangani pendapat kalangan peminat yang diketahui penulis-penulis. Kadang-kadang adegan jenaka yang agak keterlaluan dibuat semula untuk rancangan TV atau OVA (Original Video Animation(Animasi Video Asal)). Satu contoh seperti yang terdapat dalam DVD Girl Video Ai ialah ulang tayang adegan daripada siri OVA dengan pelakon suara yang baru dalam loghat luar bandar. Pada masa lain, pelakon sama menyuarakan skrip baru yang lebih tidak senonoh dan selalunya secara keterlaluan. Omake juga boleh terdiri daripada klip-klip lintangan yang tidak termasuk dalam daftar karya dan selalunya lucu yang kadangkala berlaku di penghujung-penghujung episod dua tayangan yang disiarkan serentak oleh studio yang sama seperti program Kamen Rider yang digabungkan bersama Super Sentai. Terdapat banyak crossover yang dicipta lebih-lebih lagi jika peminat menyukai siri-siri tertentu. Antaranya:

Siri utama Digabungkan dengan Tajuk gabungan Catatan
Fairy Tail Rave Master Fairy Tail X RAVE
Futari wa Pretty Cure Max Heart, Pretty Cure Splash Star, Yes! Pretty Cure 5 GoGo! dan Fresh Pretty Cure Digabungkan menjadi satu tajuk: Pretty Cure All Stars
OOO, Den-O, All Riders: Let's Go Kamen Riders Inazuman OOO, Den-O, All Riders: Let's Go Kamen Riders Watak Inazuman membantu watak-watak dalam Kamen Rider menentang kejahatan.
Paparan daripada omake anime, diambil daripada Gunbuster. Di sini, versi chibi bagi watak utama digunakan untuk menerangkan maksud "Ice II".

Untuk anime, omake-omake ini sering dibentangkan dalam gaya berubah bentuk yang keterlaluan, dalam cara yang sama omake manga ini sering digunakan. Sebagai contoh, Gunbuster mempunyai watak-watak yang diubah bentuk mencuba untuk menjelaskan apa yang penulis tahu ialah kebanyakannya pseudosains, atau bercakap tentang hubungan mereka antara satu sama lain dengan cara agar mereka tidak berperwatakan seperti diri sendiri dalam siri itu, atau dalam siri anime terkenal Fairy Tail, sebuah episod permintaan khas dikeluarkan dalam episod 50. Masalah bermula selepas Juvia Lockser yang menginginkan Gray Fullbuster untuk menyukainya menjadi haru-biru setelah Juvia terlepas sasaran ketika meniup posyen "keghairahan" yang rosak kepada semua ahli Fairy Tail dan Lucy Heartfilia pula ada masalah dengan lelaki kerana menyangka Natsu Dragneel menyukainya. Adegan ini wujud dalam manga tetapi kebanyakan babak tambahan yang menyimpang daripada tajuk cerita biasanya tidak dikeluarkan dalam anime. Anime ini dicipta berdasarkan permintaan peminat dan sesetengah daripada anggapan peminat sepanjang siri ini berlansung jika tiada dalam manga. Bagi program-program aksi sebenar, walaupun tidak beranimasi, ungkapan dan kesan bunyi yang digunakan untuk tujuan komedi selalunya boleh diilhamkan oleh omake terdapat dalam medium animasi.

Istilah omake juga digunakan dalam permainan video; permainan Sega iaitu Shenmue II untuk Dreamcast mempunyai fail tersembunyi yang bernama "omake" yang dijumpai jika meletakkan CD ke dalam pemacu komputer dan mengandungi paparan dinding yang eksklusif dan lakaran konsep.

Contoh lain untuk omake dalam budaya popular adalah berkaitan dengan Final Fantasy IX oleh Syarikat Square. Permainan mini "Black Jack" rahsia dicapai selepas tamat permainan melalui gabungan butang. Tapak Final Fantasy "Playonline" mempunyai bahagian rahsia untuk Final Fantasy IX yang memerlukan kata-kata laluan yang diberikan dalam panduan Piggyback rasmi untuk masuk. Kata laluan yang diperlukan untuk mendedahkan gabungan butang untuk permainan mini Blackjack ialah 'E-OMAKE'. Permainan mini itu sendiri itu juga merupakan omake.

Omake juga kadang-kadang muncul dalam fiksyen peminat berkaitan anime dan manga yang berdasarkan cerita itu sendiri dan biasanya sebagai "penamat alternatif" yang lucu. Sebagai contohnya pada setiap penghujung episod Dance in the Vampire Bund ada dipaparkan watak berbentuk chibi selama 20-30 saat dalam segmennya tersendiri yang bertajuk "Dance with the Vampire Maids".

Rujukan[sunting | sunting sumber]