Video muzik anime

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anime Music Video)

Video muzik anime (Jawi: ۏيديو موزيک انيمي, seringkali disingkatkan sebagai AMV daripada bahasa Inggeris anime music video) merupakan sebuah video muzik yang terdiri daripada beberapa klip daripada satu atau lebih siri atau filem anime yang disetkan kepada lagu latar; istilah ini selalunya merujuk kepada sebuah video ciptaan peminat yang tidak rasmi. Sebuah AMV boleh juga terdiri daripada set rakaman sebuah judul permainan video yang disatukan bersama muzik.

Kebanyakan AMV ialah video-video muzik yang tidak rasmi, dikeluarkan oleh pemuzik, namun selalunya merupakan gubahan amatur seorang peminat yang menyelaraskan klip-klip video dengan sebuah trak lagu. AMV selalunya dikeluarkan secara tidak rasmi, dan dihantar terus ke Internet. Konvensi anime selalunya mengadakan pertandingan atau pameran AMV. Meskipun pilihan utama sebuah AMV ialah siri atau filem anime, rakaman daripada judul-judul permainan video juga merupakan pilihan yang terkenal.[1]

AMV seharusnya tidak dikelirukan dengan filem-filem animasi asli dan profesional yang direka sebagai video-video muzik untuk sebilangan kumpulan seperti Daft Punk, atau dengan filem video muzik singkat sebagai duo muzikal Jepun berjudul "On Your Mark" oleh Chage and Aska, oleh Studio Ghibli. AMV juga tidak seharusnya dikelirukan dengan video-video "animasi umum" ciptaan peminat yang menggunakan sumber-sumber video yang bukan Jepun seperti kartun Barat. Video muzik anime ialah sub-genre istilah yang lebih umum iaitu video muzik animasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dipamerkan lebih daripada 10% dalam senarai AMV terkini menurut statistik AnimeMusicVideos.org setakat Februari 2007

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]