Pergi ke kandungan

Azlee Senario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Azlee Jaafar)
Azlee Senario
سيناريو أزلي
Kelahiran
Muhammad Azlee bin Jaafar

(1967-06-11) 11 Jun 1967 (umur 58)
Nama lainAzlee
PekerjaanPelawak, penyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif1995–kini
Terkenal keranaKumpulan Senario
Karya
Filemografi
PasanganAslinda Ayob
Anak-anak2

Muhammad Azlee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario (lahir 11 Jun 1967) ialah seorang pelawak, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau lahir di Batu Pahat, Johor dan mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.[1] Beliau juga adalah seorang penggiat muzik ghazal di Johor.

Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie. Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik. Beliau juga amat terkenal dengan lawak membuat muka pelik kerana lawak muka peliknya itu dibuat dari mula menjadi artis sehingga sekarang. [2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 2014, Azlee pernah menerima rawatan di Hospital Damansara kerana masalah batu dalam hempedu.[3] Beliau juga pernah mengingatkan agar pelawak harus bijak dan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Sebelum lontarkan apa-apa kata, kenalah berfikir dulu. Berlawak kenalah berpada-pada. Azlee menasihatkan bahawa sebagai pelawak perlu menjaga sensitiviti. Pelawak juga pelu cuba elakkan berlawak dengan bahasa lucah atau ‘double meaning’.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Videografi

[sunting | sunting sumber]

Muzik video

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Untuk
2024 "Lebaran Menjelma" Suria

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Tiada Wahid bukan halangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-11. Dicapai pada 2018-08-11.
  2. ^ Azlee mahu muncul dengan sitkom Senario Reunion. Diarkibkan 2017-05-11 di Wayback Machine Kosmo Online
  3. ^ Derita berakhir, Azlee dedah rahsia kembali pulih.
  4. ^ Berlawak jangan sampai menyinggung.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]