Kampung Klong Kesai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Klong Kesai
Kampong Klong Kesai
Kampung Klong Kesai is located in Bumi
Kampung Klong Kesai
Kampung Klong Kesai (Bumi)
Koordinat: 6°14′28″N 100°41′47″E / 6.24116°N 100.69625°E / 6.24116; 100.69625Koordinat: 6°14′28″N 100°41′47″E / 6.24116°N 100.69625°E / 6.24116; 100.69625
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
58 m (190 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Klong Kesai (Jawi: كامڤوڠ كلوڠ كساي; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Klong Kesai) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][2] Poskod bagi Kampung Klong Kesai ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Klong Kesai telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Klong Kesai telah wujud sejak tahun 1930-an. Kampung Klong Kesai turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 42 dan garisan timuran 71 (rujukan grid RG4271, dengan nama Kg. Klong Kesai).[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Klong Kesai secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[2] Kampung Klong Kesai diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan Kampung Klong Kesai ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 58 meter (190.3 ka).[1] Di bahagian utara Kampung Klong Kesai, bentuk muka buminya merupakan kawasan berbukit-bukau. Bukit Ular Selatan yang mempunyai titik tertinggi 104 meter (341.2 ka) di aras permukaan laut merupakan bentuk muka bumi jenis bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 2.54 kilometer (1.6 bt) ke arah utara dari Kampung Klong Kesai. Sungai Kesai yang bercamtum di Sungai Pedu di Kampung Pajak Emah turut melalui Kampung Klong Kesai. Kampung Klong Kesai juga merupakan petempatan di pesisiran Sungai Pedu.[1][2]

Guna tanah kawasan[sunting | sunting sumber]

Pada peta FMT Survey, terdapat lebih kurang lapan buah bangunan rumah dalam kawasan Kampung Kloang Kesai, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak. Bahagian utara Kampung Klong Kesai merupakan belukar pada tahun 1930. Kegiatan ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja. Di bahagian timur laut dan selatan kampung telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang lembah sungai Sungai Pedu dan Sungai Kesai. Tanaman buah-buahan dan getah juga diusahakan oleh penduduk setempat, di bahagian selatan dan barat daya kampung.[2] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Klong Kesai, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[3] Menutut pemerhatian NASA pada tahun 2000, kawasan perkampungan Kampung Klong Kesai dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[3]

Petempatan terdekat[sunting | sunting sumber]

Kampung Klong Kesai bersempadan dengan petempatan yang lain seperti Kampung Padang Setol di bahagian barat laut, Kampung Tanah Merah di bahagian utara, Kampung Tandop Baharu dan Kampung Belukar di bahagian timur laut, Kampung Pong di bahagian timur, Kampung Pauh dan Kampung Tong Pelu di bahagian tenggara, Kampung Pajak Emah, Kampung Tanjong, dan Kampung Seladang Rebah di bahagian selatan, Kampung Musa dan Kampung Surau di bahagian barat daya, dan Kampung Durian Burong di bahagian barat. Pekan yang berhampiran dengan Kampung Klong Kesai ialah Kampung Tanjung, 1.24 kilometer (0.8 bt) ke selatan dari Kampung Klong Kesai.[1][2]

Meteorologi kawasan[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Klong Kesai ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Klong Kesai untuk jangka tahun 1990 sehingga 2010 ialah 27 °C (80.6 °F). Dalam rekod, bulan yang paling panas dalam tahun 1990–2010 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.0 °C (82.4 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.0 °C (78.8 °F).[4][5] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,120 milimeter (83.5 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 335.8 milimeter (13.2 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari dengan 50.8 milimeter (2.0 in).[4][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Kampung Klong Kesai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b c d e f Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  3. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  4. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  5. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.