Kampung Pajak Emah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pajak Emah
Kampong Pajak Emah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°14′12″N 100°41′45″E / 6.2367°N 100.69572°E / 6.2367; 100.69572Koordinat: 6°14′12″N 100°41′45″E / 6.2367°N 100.69572°E / 6.2367; 100.69572
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
58 m (190 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diguna pakai
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Pajak Emah (Jawi: كامڤوڠ ڤاجق امه; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Pajak Emah) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu.[1][2] Poskod bagi Kampung Pajak Emah ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Pajak Emah telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Pajak Emah telah wujud sejak tahun 1930-an. Kampung Pajak Emah turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 42 dan garisan timuran 70 (rujukan grid RG4270, dengan nama Kg. Pajak Emah).[2][3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Pajak Emah pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°14′N 100°32′E / 6.233°N 100.533°E / 6.233; 100.533.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Pajak Emah secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[2][3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan Kampung Pajak Emah ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 58 meter (190.3 ka).[1] Di bahagian utara Kampung Pajak Emah, bentuk muka buminya merupakan kawasan berbukit-bukau. Bukit Ular Selatan (atau Bukit Ular South) yang mempunyai titik tertinggi 104 meter (341.2 ka) di aras permukaan laut merupakan bentuk muka bumi jenis bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 2.92 kilometer (1.8 bt) ke arah utara dari Kampung Pajak Emah. Sungai Kesai yang bercamtum di Sungai Pedu turut melalui Kampung Pajak Emah. Kampung Pajak Emah juga merupakan petempatan di pesisiran Sungai Pedu.[1][2]

Guna tanah kawasan[sunting | sunting sumber]

Pada peta FMT Survey, terdapat lebih kurang 10 buah bangunan rumah dalam kawasan Kampung Pajak Emah, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak. Bahagian barat lauat Kampung Pajak Emah merupakan belukar pada tahun 1930. Kegiatan ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja. Di bahagian timur laut dan tenggara kampung telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang lembah sungai Sungai Pedu dan Sungai Kesai. Tanaman buah-buahan, getah dan kelapa juga diusahakan oleh penduduk setempat, di bahagian utara dan barat daya kampung.[2][3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Pajak Emah, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[5] Menutut pemerhatian NASA pada tahun 2000, kawasan perkampungan Kampung Pajak Emah dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan dan belukar, jalan raya dan padang ragut.[5]

Petempatan terdekat[sunting | sunting sumber]

Kampung Pajak Emah bersempadan dengan petempatan yang lain seperti Kampung Klong Kesai di bahagian utara, Kampung Pong, Kampung Tandop Baharu dan Kampung Belukar di bahagian timur laur, Kampung Mek Eyat dan Kampung Pulau Badak di bahagian timur, Kampung Tong Pelu, Kampung Pedu, Kampung Pauh dan Kampung Tanjung Luar di bahagian tenggara, Kampung Tanjung dan Kampung Baru Tanjung Thai di bahagian selatan, Kampung Punggor, Kampung Seladang Rebah, Kampung Musa dan Kampung Surau di bahagian barat daya, serta Kampung Durian Burong, Kampung Padang Setol dan Kampung Lubok Merbau di bahagian barat.[1][2][3]

Meteorologi kawasan[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Pajak Emah ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Pajak Emah untuk jangka tahun 1990 sehingga 2010 ialah 27.1 °C (80.8 °F). Dalam rekod, bulan yang paling panas dalam tahun 1990–2010 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.0 °C (82.4 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.0 °C (78.8 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,120 milimeter (83.5 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 335.8 milimeter (13.2 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari dengan 50.8 milimeter (2.0 in).[6][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Kampung Pajak Emah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b c d e f Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  3. ^ a b c d Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (3 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 119. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  7. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.