Kapal pengangkut pesawat Cavour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cavour (550).jpg
Cavour (550)
Kerjaya (Itali) Marina Militare ensign
Nama: Cavour
Pembina: Fincantieri
Dibaringkan pada: 17 Julai 2001
Dilancarkan pada: 20 Julai 2004
Ditugaskan pada: 27 Mac 2008
Beroperasi pada: awal 2009
Pelabuhan asal: Taranto
Status: ujian pemasangan sistem
Ciri-ciri
Sesaran: 27,910 tan(35,000 tan semasa dalam perkhidmatan)
Panjang: 244 m
Lebar: 39 m
Draf: 8,7 m
Pendorongan: 4 × turbin gas General Electric/Avio LM2500+ menghasilkan 88.000  hp
6 × penjana diesel (13.200 KW)
Halaju: 28+ knot
Jarak: 7,000 batu nautika (13,000 km) pada 16 knot (30 km/h)
Kelengkapan: 451 anak kapal
203 Cabang Udara Armada
140 C4 staff
325 Marin (standard)
Persenjataan: 4 × A43 SYLVER VLS untuk 32 buah peluru berpandu permukaan ke udara Aster-15
2 × meriam artileri laut Oto Melara 76/62 mm Super Rapido
3 × meriam anti pesawat Oerlikon Contraves 25/80 mm
Pesawat dibawa: 20-24 [1]
Nota: Pennant 550

Cavour (550) merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat (CVH) di dalam Marina Militare. Ia dinamakan bersempena nama seorang negarawan dan ahli politik Itali yang bernama Camillo Benso, conte di Cavour.

Cavour telah dibaringkan oleh Fincantieri pada 17 Julai 2001, dan dilancarkan daripada limbungan kapal Riva Trigoso (Sestri Levante) pada 20 Julai 2004. Ujian laut telah dimulakan pada Disember 2006, dan kemudian ditauliahkan secara rasminya pada 27 Mac, 2008. Keupayaan Operasi Penuh (FOC) adalah dijangka pada awal tahun 2009 selepas siapnya kerja-kerja terakhir di Muggiano (Lerici) pada musim panas tahun 2008 dan dipindahkan ke stesen baru tentera laut di Mar Grande, Taranto. Cavour akan menjadi kapal armada baru bagi Tentera Laut Itali.

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Cavour (hadapan) beroperasi bersama-sama dengan Harry S. Truman (tengah) dan Charles de Gaulle (belakang) di Teluk Oman, 2013
Cavour belayar di Teluk Naples.

Kapal ini direka untuk mengoperasikan gabungan pesawat kepak kaku V/STOL dan helikopter, operasi arahan dan kawalan dan pengangkutan anggota tentera atau awam dan kenderaan berat. Ruang hangar seluas 134 m (440 ft), 2,800 m2 (30,000 sq ft) boleh digunakan sebagai ruang menyimpan kenderaan bagi sehingga 24 buah kereta kebal utama (biasanya Ariete) atau banyak lagi kenderaan ringan (50 Dardo IFV, 100+ Iveco LMV), dan juga dipasang dengan anjakan laluan buritan sehingga 70 tan, selain dua angkatan sehingga 30 tan untuk kegunaan operasi pesawat. Cavour juga boleh dioperasikan sebagai pelantar pendaratan helikopter, bagi helikopter pengangkut berat (AgustaWestland UH-101A ASH) dan 325 orang aggota marin (91 orang lain, sebagai pilihan).[1] Cavour mempunyai sesaran sebanyak 27,900 tan tetapi boleh mencapai lebih 30,000 tan dengan muatan ketenteraan penuh.[2]

Ia melengkapkan kapal pengangkut pesawat tentera laut Itali lain, iaitu Giuseppe Garibaldi.

Tentera Laut Itali akan mengantikan 16 buah pesawat Harrier dengan 15 buah (asalnya 22 buah) Lockheed Martin F-35B Lightning II.[3] Jadual F-35B tidak pasti, tetapi Cavour akan diubahsuai bagi menyokong pesawat F-35B menjelang tahun 2016.[4] Cavour akan mempunyai ruang sehingga 10 buah pesawat F-35B di dalam hangar, dan enam buah lagi akan diletakkan di dek penerbangan.[3]

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Cavour telah dibaringkan oleh Fincantieri pada bulan Jun 2001, dan dilancarkan dari limbungan Riva Trigoso di Sestri Levante, pada 20 Julai 2004.[5] Ujian laut bermula pada bulan Disember 2006, dan ia kemudian ditauliahkan secara rasmi pada 27 Mac 2008. Kapal ia mencapai keupayaan penuh pada 10 Jun 2009.

Sejarah perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Januari 2010, Cavour telah digerakkan ke Haiti sebagai sebahagian daripada Operasi White Crane, kod operasi yang digunakan oleh Itali sempena bantuan gempa bumi Haiti 2010.[6] Ia merupakan misi pertama kapal pengangkut pesawat ini, di mana ia membantu usaha pihak antarabangsa untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi.[7]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.marina.difesa.it/conosciamoci/editoria/marivista/Documents/2010/07_lug/Cosentino.pdf
  2. ^ [2]
  3. ^ a b Nativi, Andy; Menon, Jay; Sweetman, Bill (5 April 2012). "Navies Worldwide Invest In Sea-Based Airpower". Aviation Week. 
  4. ^ ARG. "F-35B on Italian "Cavour" aircraft carrier". Military-today.com. Dicapai 4 December 2011. 
  5. ^ "Italian Navy Launches Conte di Cavour-Class Carrier". Sea Power. 1 September 2004. Dicapai 23 June 2015 – melalui HighBeam Research. (Langganan diperlukan (help)). 
  6. ^ "Photostory: Portaerei Cavour, gli aiuti per Haiti" (dalam bahasa Italian). ANSA. 4 February 2010. Dicapai 1 January 2015. 
  7. ^ "La portaerei Cavour pronta a partire per Haiti" (dalam bahasa Italian). la Repubblica.it. Dicapai 1 January 2015.