Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026
Perincian kejohanan | |
---|---|
Tarikh | 7 September 2023 – Mac 2026 |
Pasukan | 211 (dari 6 konfederasi) |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 356 |
Jaringan gol | 952 (2.67 per perlawanan) |
Kehadiran | 5,542,284 (15,568 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Almoez Ali (10 gol) |
← 2022 2030 →
Semua statistik tepat pada 15 Oktober 2024. |
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 ialah proses kelayakan yang akan menentukan pasukan yang akan menyertai tuan rumah Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat di Piala Dunia FIFA 2026.
Kelayakan bermula pada 7 September 2023 dengan tiga perlawanan zon CONMEBOL dimainkan pada hari itu.[1]
Peruntukan slot
[sunting | sunting sumber]Pada 30 Mac 2017, Biro Majlis FIFA (terdiri daripada presiden FIFA dan presiden setiap enam konfederasi) mencadangkan peruntukan slot untuk Piala Dunia FIFA 2026. Syor telah dikemukakan untuk pengesahan oleh Majlis FIFA.[2][3]
Pada 9 Mei 2017, dua hari sebelum Kongres FIFA ke-67, Majlis FIFA meluluskan peruntukan slot dalam mesyuarat di Manama, Bahrain. Ini termasuk kejohanan play-off antara konfederasi yang melibatkan enam pasukan untuk menentukan dua tempat terakhir Piala Dunia FIFA.[4]
Pengesahan peruntukan slot juga memberi OFC tempat terjamin dalam kejohanan akhir buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia FIFA: Piala Dunia FIFA 2026 akan menjadi kejohanan pertama di mana kesemua enam konfederasi mempunyai sekurang-kurangnya satu tempat terjamin.
Pasukan layak
[sunting | sunting sumber]Pasukan | Kaedah layak |
Tarikh layak |
Penampilan | Penampilan Terakhir |
Penampilan berterusan di pusingan akhir[nota 1] |
Prestasi terbaik sebelumnya |
---|---|---|---|---|---|---|
Kanada | Tuan Rumah | 14 Februari 2023[nota 2] | 3 kali | 2022 | 2 | Peringkat Kumpulan (1986, 2022) |
Mexico | Tuan Rumah | 14 Februari 2023[nota 2] | 18 kali | 2022 | 9 | Suku Akhir (1970, 1986) |
Amerika Syarikat | Tuan Rumah | 14 Februari 2023[nota 2] | 12 kali | 2022 | 2 | Tempat Ketiga (1930) |
Nota
- ^ Termasuk Piala Dunia FIFA 2026.
- ^ a b c Walaupun bidaan United dipilih pada 13 Jun 2018, tempat automatik yang diperuntukkan kepada tuan rumah tidak disahkan sehingga keputusan Majlis FIFA pada 14 Februari 2023.[5]
Proses Kelayakan
[sunting | sunting sumber]Pada 9 Mei 2017, Majlis FIFA meluluskan skim peruntukan slot untuk format akhir baharu 48 pasukan.[4]
Ringkasan kelayakan
[sunting | sunting sumber]Konfederasi | Slot langsung | Slot Play-off | Pasukan bermula | Pasukan tersingkir | Pasukan layak | Tarikh mula Kelayakan | Tarikh perlawanan Kelayakan seterusnya | Tarikh tamat Kelayakan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
AFC | 8 | 1 | 46 | 0 | 0 | 12 Oktober 2023 | 12 Oktober 2023 | November 2025 |
CAF | 9 | 1 | 54 | 0 | 0 | 13 November 2023 | 13 November 2023 | 18 November 2025 |
CONCACAF | 3+3 | 2 | 32+3 | 0 | 0+3 | Mac 2024 | Mac 2024 | November 2025 |
CONMEBOL | 6 | 1 | 10 | 0 | 0 | 7 September 2023 | 12 Oktober 2023 | September 2025 |
OFC | 1 | 1 | 11 | 0 | 0 | September 2024 | September 2024 | Mac 2025 |
UEFA | 16 | 0 | 55 | 0 | 0 | Mac 2025 | Mac 2025 | Mac 2026 |
Play-off | 2 | — | (6) | 0 | 0 | Mac 2026 | Mac 2026 | Mac 2026 |
Jumlah | 45+3 | 6 | 208+3 | 0 | 0+3 | 7 September 2023 | 12 Oktober 2023 | Mac 2026 |
Kelayakan Konfederasi
[sunting | sunting sumber]AFC
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Ogos 2022, Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia meluluskan format kelayakan untuk laluan Asia ke Piala Dunia 2026, serta Piala Asia 2027, sebagai persediaan untuk lapan tempat langsung dan slot play-off antara antara konfederasi tunggal yang diperuntukkan kepada AFC oleh FIFA berikutan perluasan Piala Dunia FIFA kepada 48 pasukan.[6] Undian untuk pusingan pertama telah diadakan pada 27 Julai 2023 jam 14:00 MST (UTC+8) di Rumah AFC di Kuala Lumpur, Malaysia.[7] Undian untuk pusingan kedua berlaku dua jam kemudian.
Struktur kelayakan adalah seperti berikut:
- Pusingan Pertama:[nota 1] Dua puluh pasukan (kedudukan 27–46) akan bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan secara timbal balik.[8] Sepuluh pemenang mara ke pusingan kedua.
- Pusingan Kedua:[nota 2] Tiga puluh enam pasukan (mereka yang berada di kedudukan 1–26 dan sepuluh pemenang pusingan pertama) akan dibahagikan kepada sembilan kumpulan empat pasukan untuk bermain perlawanan di tempat sendiri dan di tempat lawan dalam kumpulan masing-masing. Lapan belas juara kumpulan dan naib juara kumpulan mara ke pusingan ketiga.
- Pusingan Ketiga:[nota 3] Lapan belas pasukan yang mara dari pusingan kedua akan dibahagikan kepada tiga kumpulan enam pasukan untuk bermain perlawanan di tempat sendiri dan di tempat lawan dalam kumpulan masing-masing. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke Piala Dunia, manakala pasukan tempat ketiga dan keempat setiap kumpulan akan mara ke pusingan keempat.
- Pusingan Keempat:[nota 4] Enam pasukan tempat ketiga dan keempat dari pusingan ketiga dibahagikan kepada dua kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu untuk bermain satu perlawanan tunggal dalam kumpulan masing-masing. Juara kumpulan akan layak ke Piala Dunia.
- Pusingan Kelima:[nota 4] Naib juara kumpulan pusingan keempat akan bersaing dalam perlawanan play-off secara timbal balik untuk menentukan perwakilan Asia pada play-off antara konfederasi.
Sri Lanka telah digantung pada Januari 2023[9] dan mereka tidak muncul dalam maklumat undian yang dikeluarkan AFC pada awal Julai.[10] Bagaimanapun, mereka telah ditambah semula dengan syarat persekutuan mereka mengadakan pilihan raya sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum kelayakan bermula.[11]
Peringkat terkini (pusingan ketiga)
[sunting | sunting sumber]Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 15 Oktober 2024.
Sumber: AFC |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 15 Oktober 2024.
Sumber: AFC |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 15 Oktober 2024.
Sumber: AFC |
CAF
[sunting | sunting sumber]Undian telah diadakan pada 13 Julai 2023 pada jam 15:00 GMT (UTC±0) di Abidjan, Ivory Coast.[12][13] Kesemua 54 persatuan bola sepak yang bergabung dengan FIFA dari CAF telah memasuki kelayakan.
Jawatankuasa Eksekutif CAF mengumumkan format kelayakan Afrika baharu pada 19 Mei 2023.[14][15]
Struktur kelayakan adalah seperti berikut
- Pusingan Pertama: Pasukan telah ditarik kepada sembilan kumpulan enam pasukan dan akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan dalam kumpulan masing-masing. Juara setiap kumpulan akan layak terus ke Piala Dunia FIFA 2026
- Pusingan Kedua: Empat naib juara kumpulan terbaik akan ditarik ke dalam play-off untuk menentukan wakil tunggal CAF di play-off antara konfederasi.
Pusingan Pertama
[sunting | sunting sumber]Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 10 Jun 2024.
Sumber: CAF |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: CAF |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: CAF | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan D | Kumpulan E | Kumpulan F | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: CAF |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: CAF |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: CAF | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan G | Kumpulan H | Kumpulan I | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 10 Jun 2024.
Sumber: CAF |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 10 Jun 2024.
Sumber: CAF |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: CAF |
Kedudukan Naib Juara Kumpulan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: CAF |
CONCACAF
[sunting | sunting sumber]Tiga negara di CONCACAF—Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat—layak secara automatik sebagai negara tuan rumah. Pada 28 Februari 2023, CONCACAF mengumumkan format kelayakan untuk kelayakan Piala Dunia 2026.[19]
- Pusingan Pertama: Empat pasukan CONCACAF, di kedudukan 29 hingga 32 berdasarkan kedudukan FIFA pada November 2023, akan dibahagikan kepada dua pertemuan perlawanan, dimainkan secara timbal balik di tempat sendiri dan di tempat lawan. Kedua-dua pemenang akan mara ke pusingan kedua.
- Pusingan Kedua: Tiga puluh pasukan, dua pemenang dari pusingan pertama dan pasukan CONCACAF yang menduduki kedudukan 1 hingga 28 berdasarkan kedudukan FIFA pada November 2023, akan diundi ke dalam enam kumpulan lima pasukan. Mereka akan bermain perlawanan kumpulan tunggal (dua di tempat sendiri dan dua di tempat lawan), dengan pemenang kumpulan dan naib juara layak ke pusingan ketiga.
- Pusingan Ketiga: Dua belas pasukan yang mara dari pusingan kedua akan diundi kepada tiga kumpulan empat pasukan. Mereka akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan di tempat lawan dalam kumpulan masing-masing, dengan tiga pemenang kumpulan layak ke Piala Dunia. Dua naib juara kedudukan terbaik akan mara ke play-off antara konfederasi.
Pusingan Kedua
[sunting | sunting sumber]Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: FIFA |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: FIFA |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: FIFA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan D | Kumpulan E | Kumpulan F | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: FIFA |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: FIFA |
Kemaskini perlawanan dimainkan pada 11 Jun 2024.
Sumber: FIFA |
CONMEBOL
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Ogos 2022, CONMEBOL telah membuat petisyen kepada FIFA untuk mengekalkan format kelayakan yang telah digunakan sejak kelayakan Piala Dunia FIFA 1998, iaitu. semua ahli CONMEBOL bermain perlawanan kumpulan antara satu sama lain di tempat sendiri dan tempat lawan.[21][22][23][24] Ini telah diluluskan, dengan perlawanan pertama kelayakan dimainkan pada September 2023.[25]
Sebelum pertandingan kelayakan bermula, Ecuador telah ditolak 3 mata kerana memalsukan dokumen kelahiran untuk Byron Castillo dalam kitaran kelayakan Piala Dunia sebelum ini.[26]
Pos | Pasukan | P | Mt |
---|---|---|---|
1 | Argentina | 10 | 22 |
2 | Colombia | 10 | 19 |
3 | Uruguay | 10 | 16 |
4 | Brazil | 10 | 16 |
5 | Ecuador | 10 | 13 |
6 | Paraguay | 10 | 13 |
7 | Bolivia | 10 | 12 |
8 | Venezuela | 10 | 11 |
9 | Peru | 10 | 6 |
10 | Chile | 10 | 5 |
Sumber: FIFA
OFC
[sunting | sunting sumber]2026 menandakan kali pertama OFC akan diberikan satu slot terjamin dalam Piala Dunia, serta kemungkinan slot kedua melalui play-off antara konfederasi.
Struktur kelayakan adalah seperti berikut:[27]
- Pusingan Pertama: Empat pasukan dengan kedudukan terendah akan bermain tiga perlawanan pusingan kalah mati pada September 2024. Pemenang akan mara ke pusingan kedua.
- Pusingan Kedua: Pasukan yang menang dari pusingan pertama akan menyertai tujuh pasukan kedudukan tertinggi dalam dua kumpulan empat pasukan pada Oktober dan November 2024. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga.
- Pusingan Ketiga: Empat pasukan yang mara dari pusingan kedua akan bermain tiga perlawanan pusingan kalah mati pada Mac 2025 dengan juara layak ke Piala Dunia FIFA dan naib juara mara ke play-off antara konfederasi.
Peringkat terkini (pusingan kedua)
[sunting | sunting sumber]Kumpulan A | Kumpulan B | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
UEFA
[sunting | sunting sumber]Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengumumkan format kelayakan Eropah baharu pada 25 Januari 2023. Pasukan akan diundi kepada dua belas kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima pasukan untuk bermain perlawanan kumpulan tempat sendiri dan tempat lawan. Juara kumpulan akan layak ke Piala Dunia, manakala naib juara akan mengambil bahagian dalam perlawanan play-off.[28]
Disebabkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, pasukan kebangsaan Rusia kini digantung dan penyertaan mereka masih belum disahkan.
- Pusingan Pertama (peringkat kumpulan): Dua belas kumpulan sama ada empat atau lima pasukan dengan juara kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Dunia.
- Peringkat play-off: 16 pasukan (dua belas naib juara kumpulan dan empat pemenang terbaik kumpulan Liga Negara-Negara, berdasarkan kedudukan keseluruhan Liga Negara-Negara, yang berakhir di luar dua teratas kumpulan kelayakan mereka) akan ditarik ke dalam empat laluan play-off, bermain dua perlawanan play-off (separuh akhir dengan pasukan pilihan untuk menjadi tuan rumah, diikuti dengan perlawanan akhir, dengan pasukan tuan rumah akan diundi). Empat pemenang laluan akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia.[29]
Pusingan Pertama (peringkat kumpulan)
[sunting | sunting sumber]Play-off antara konfederasi
[sunting | sunting sumber]Penjaring gol teratas
[sunting | sunting sumber]Terdapat 324 gol dijaringkan dalam 118 perlawanan, bagi purata 2.75 gol setiap perlawanan. Pemain ditandakan dalam huruf tebal masih aktif dalam persaingan. (sehingga 21 November 2023)
5 gol
4 gol
3 gol
Di bawah adalah senarai penjaring gol untuk semua konfederasi dan play-off antara konfederasi:
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Di laman web AFC, ia disenaraikan sebagai Pusingan Kelayakan Bersama Awal 1, kerana ini juga kelayakan untuk Piala Asia AFC 2027.
- ^ Di laman web AFC, ia disenaraikan sebagai Pusingan Kelayakan Bersama Awal 2, kerana ini juga kelayakan untuk Piala Asia AFC 2027.
- ^ Di laman web AFC, ia disenaraikan sebagai Kelayakan Asia AFC.
- ^ a b Di laman web AFC, ia disenaraikan sebagai Play-off Asia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Arrancan las Eliminatorias Sudamericanas hoy con tres partidos. ¿Por dónde verlos?". futbol.com.uy - Montevideo Portal (dalam bahasa Sepanyol). 7 September 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Bureau of the Council recommends slot allocation for the 2026 FIFA World Cup". FIFA. 30 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2022. Dicapai pada 5 August 2022.
- ^ "World Cup 2026: Fifa reveals allocation for 48-team tournament". BBC. 30 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2017.
- ^ a b "FIFA Council prepares Congress, takes key decisions for the future of the FIFA World Cup". FIFA. 9 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2017.
- ^ "FIFA Council highlights record breaking revenue in football". FIFA. 14 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2023. Dicapai pada 14 February 2023.
- ^ "Asia's pathway to the FIFA World Cup 2026 and AFC Asian Cup 2027 confirmed". AFC. 1 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2022. Dicapai pada 1 August 2022.
- ^ "Stage set for FIFA World Cup 2026 and AFC Asian Cup Saudi Arabia 2027 Qualifiers draw". AFC. 5 July 2023. Dicapai pada 5 July 2023.
- ^ "Seedings revealed for FIFA World Cup 2026 and AFC Asian Cup Saudi Arabia 2027 Qualifiers draw". Asian Football Confederation. 25 July 2023. Dicapai pada 27 July 2023.
- ^ "Suspension of the Football Federation of Sri Lanka (FFSL) from 21 January 2023 until further notice" (PDF). FIFA Circular. No. 1831. 22 January 2023. Dicapai pada 1 July 2023.
- ^ "Stage set for FIFA World Cup 2026 and AFC Asian Cup Saudi Arabia 2027 Qualifiers draw". AFC. 5 July 2023. Dicapai pada 5 July 2023.
- ^ "SL included in FIFA World Cup qualifying draw on strict conditions". Ceylon Today. 28 July 2023. Dicapai pada 28 July 2023.
- ^ Olsson, Andrew (4 July 2023). "Learn all about 2026 FIFA World Cup qualifying in the CAF region and the seeds". Pan-Africa Football. Dicapai pada 6 July 2023.
- ^ "FIFA World Cup 2026 African Qualifiers Official Draw on 13 July". cafonline. CAF. 11 July 2023. Dicapai pada 11 July 2023.
- ^ "CAF Executive Committee approves FIFA World Cup 2026 Qualifiers calendar and announces TotalEnergies Africa Cup of Nations Côte d'Ivoire 2023 Final Draw date". CAF. 19 May 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2023. Dicapai pada 19 May 2023.
- ^ "CAF reveals new format for 2026 FIFA World Cup qualifiers". CAF. 19 May 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2023. Dicapai pada 19 May 2023.
- ^ "Eritrea Pull Out Of 2026 World Cup Qualifier". Dehai News. Dehai News. Dicapai pada 9 November 2023.
- ^ Al Nassim, Hommam (5 June 2024). "Congo withdraws from its match with Niger in World Cup qualifiers". Northern Africa News. Dicapai pada 8 June 2024.
- ^ Dunbar, Graham (24 May 2024). "Equatorial Guinea must default wins in World Cup qualifying over same ineligible player as in 2013". apnews.com. Associated Press. Dicapai pada 24 May 2024.
- ^ "CONCACAF announces formats for men's national team competitions for the 2023-2026 cycle". CONCACAF. 28 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2023. Dicapai pada 28 February 2023.
- ^ "Cayman forfeits Cuba game after first match win in WC". Cayman News. 11 June 2024. Dicapai pada 11 June 2024.
- ^ "Conselho da Conmebol solicita à Fifa que mantenha formato atual das Eliminatórias para 2026". O Globo (dalam bahasa Portugis). 22 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2022. Dicapai pada 31 August 2022.
- ^ "CONMEBOL's petition for the 2026 World Cup that could change FIFA's entire plans". Bolavip. 22 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2022. Dicapai pada 31 August 2022.
- ^ "CONCACAF learn the number of qualification places for 2026 World Cup". MARCA (dalam bahasa Inggeris). 1 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
- ^ "Países sudamericanos pedirán a la FIFA mantener el formato de las Eliminatorias" (dalam bahasa Sepanyol). CONMEBOL. 22 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2022. Dicapai pada 31 August 2022.
- ^ "Conmebol confirmó fecha para el inicio de las Eliminatorias 2026". Bolavip (dalam bahasa Sepanyol). 4 October 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2022. Dicapai pada 16 October 2022.
- ^ a b "The CAS confirms the eligibility of the player Byron Castillo (Ecuador) but imposes sanctions against the Ecuadorian Football Federation for a violation of the FIFA regulations" (PDF). Court of Arbitration for Sport. 8 November 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 December 2022. Dicapai pada 12 December 2022.
- ^ "Journey to historic FIFA World Cup 2026 kicks off in South America". FIFA. 4 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "New formats for UEFA men's national team competitions approved". UEFA. 25 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2023. Dicapai pada 25 January 2023.
- ^ "Lisbon to host UEFA Women's Champions League final in 2025". UEFA. 28 June 2023. Dicapai pada 28 June 2023.