Hos Piala Dunia FIFA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tuan rumah Piala Dunia FIFA)
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta yang menunjukkan semua lokasi tuan rumah Piala Dunia FIFA,dari tahun 1930 ke 2014. Hijau gelap: dua kali; Hijau: sekali; Hijau muda: dalam perancangan sehingga 2022

Enam belas buah negara pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA sepanjang penganjuran kejohanan ini, bermula dengan Piala Dunia FIFA 1930.Pemilihan bagi tuan rumah bagi kejohanan ini tidak pernah lekang dari kontroversi sejak pemilihan Uruguay sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 1930.Proses pemilihan bagi tuan rumah juga telah mengalami perubahan sebanyak beberapa kali.

Hanya Mexico, Itali, Perancis ,Jerman dan Brazil yang pernah menganjurkan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali.Piala Dunia FIFA 2002 pula merupakan satu-satunya kejohanan yang mempunyai lebih dari satu tuan rumah, - iaitu Korea Selatan dan Jepun.

Cara pemilihan[sunting | sunting sumber]

Cara pertama yang diguna pakai oleh FIFA ialah melalui mesyuarat kongres FIFA.Cara kedua yang diguna ialah melalui sistem giliran antara benua Amerika Selatan dan Eropah sehinggalah Piala Dunia FIFA 2002, dimana ianya dilangsungkan di benua Asia.Cara pemilihan sekali lagi diubah untuk kali ketiga, dimana tuan rumah dipilih melalui undian oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA. Tuan rumah dipilih tujuh tahun sebelum sesuatu kejohanan itu berlangsung, kecuali tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 dipilih serentak dengan tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018.

Senarai Hos[sunting | sunting sumber]

Tahun Hos Benua Pemenang
1930  Uruguay Amerika Selatan  Uruguay
1934  Italy Eropah  Italy
1938 Bendera Perancis Perancis Eropah  Italy
1942 Dibatalkan berikutan Perang Dunia Ke-2 Tidak dikenal pasti kerana Perang Dunia Ke-2 Tiada pemenang
1946 Dibatalkan berikutan Perang Dunia Ke-2 Tidak dikenal pasti kerana Perang Dunia Ke-2 Tiada pemenang
1950 Flag of Brazil.svg Brazil Amerika Selatan  Uruguay
1954  Switzerland Eropah  Jerman Barat
1958  Sweden Eropah Flag of Brazil.svg Brazil
1962 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile Amerika Selatan Flag of Brazil.svg Brazil
1966  England Eropah  England
1970 Bendera Mexico Mexico Amerika Utara Flag of Brazil.svg Brazil
1974  Jerman Barat Eropah  Jerman Barat
1978 Bendera Argentina Argentina Amerika Selatan Bendera Argentina Argentina
1982 Bendera Sepanyol Sepanyol Eropah Bendera Itali Itali
1986 Bendera Colombia Colombia (dibatalkan) Amerika Selatan Tiada pemenang
Bendera Mexico Mexico (digantikan) Amerika Utara Bendera Argentina Argentina
1990 Bendera Itali Itali Eropah  Jerman Barat
1994 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Amerika Utara Flag of Brazil.svg Brazil
1998 Bendera Perancis Perancis Eropah Bendera Perancis Perancis
2002 Flag of South Korea.svg Korea Selatan / Bendera Jepun Jepun Asia Flag of Brazil.svg Brazil
2006 Bendera Jerman Jerman Eropah Bendera Itali Itali
2010  Afrika Selatan Afrika Bendera Sepanyol Sepanyol
2014 Flag of Brazil.svg Brazil Amerika Selatan Bendera Jerman Jerman
2018 Flag of Russia.svg Rusia Eropah
2022 Bendera Qatar Qatar Asia

Piala Dunia FIFA 1930[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Sebelum Kongres FIFA boleh mengundi hos Piala Dunia buat kali pertama, satu siri penarika diri oleh negara-negara yang bertanding telah membawa kepada pemilihan Uruguay; Belanda dan Hungary telah menarik diri dan diikuti oleh Sweden, Itali dan Sepanyol. Kongres FIFA telah mengadakan pertemuan di Barcelona, Sepanyol pada 18 Mei 1929 untuk mengesahkan bahawa Uruguay ialah hos Piala Dunia edisi pertama tanpa undi.[petikan diperlukan]

Keputusan:

  1.  Uruguay
  2.  Italy menarik diri
  3.  Spain menarik diri
  4.  Sweden menarik diri
  5.  Belanda menarik diri
  6.  Hungary menarik diri

Piala Dunia FIFA 1934[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Sweden menarik diri sebelum undian dilakukan, membenarkan baki calon, Itali untuk mengambil tugas sebagai hos Piala Dunia FIFA 1934. Keputusan itu disahkan oleh Kongres FIFA di Stockholm, Sweden dan Zurich, Switzerland pada 14 Mei 1932. Persekutuan Bola Sepak Itali menerima tugas hos pada 9 Oktober 1932.

Keputusan:

  1.  Italy
  2.  Sweden withdrew

Piala Dunia FIFA 1938[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Tiada negara yang menarik diri sebelum undian; Kongres FIFA diadakan di Berlin, Jerman pada 13 Ogos 1936 untuk menentukan hos Piala Dunia yang seterusnya. Perancis hanya memerlukan satu undian sahaja kerana Perancis mempunyai separuh dari undian pada pusingan pertama.

Keputusan:

  1. Bendera Perancis Perancis, 19 undian
  2. Bendera Argentina Argentina, 4 undian
  3. Jerman Nazi Jerman, 0 undian

Pembatalan Piala Dunia FIFA 1942 dan 1946[sunting | sunting sumber]

Bidaan untuk 1942:

Pemilihan hos Piala Dunia dibatalkan kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua pada September 1939.

Bidaan untuk 1946:

  • Tiada

Piala Dunia FIFA 1950 dan 1954[sunting | sunting sumber]

Bidaan 1949[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Brazil dan Jerman mempunyai bidaan rasmi untuk Piala Dunia FIFA 1942, tetapi ia dibatalkan berikutan meletusnya Perang Dunia Kedua. Piala Dunia FIFA 1950 pada awalnya dijadualkan pada tahun 1949, tetapi beberapa hari selepas Brazil dipilih sebagai hos oleh Kongres FIFA pada 26 Julai 1946 di Luxembourg City, Luxembourg, Piala Dunia telah dijadualkan semula pada tahun 1950.

Keputusan:

  1. Flag of Brazil.svg Brazil

Bidaan 1954[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Tugas menganjurkan Piala Dunia FIFA 1954 telah diputuskan pada 26 Julai 1946, hari yang sama Brazil dipilih sebagai hos Piala Dunia FIFA 1950, di Luxembourg City.

Keputusan:

  1.  Switzerland

Piala Dunia FIFA 1958[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Argentina, Chile, Mexico dan Sweden menyatakan minat mereka untuk menganjurkan kejohanan ini. [1] Perwakilan Sweden melobi negara-negara lain pada Kongres FIFA yang diadakan di Rio de Janeiro. [1] Sweden was awarded the 1958 tournament unopposed in on 23 June 1950.[2]

Keputusan:

  1.  Sweden

Piala Dunia FIFA 1962[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Jerman Barat menarik diri sebelum undian yang berlangsung di Lisbon, Portugal pada 10 Jun 1956, meninggalkan dua lagi bidaan. Dalam satu pusingan pengundian, Chile mengatasi undian Argentina.

Keputusan:

  1. 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile, 32 undian
  2. Bendera Argentina Argentina, 11 undian
  3.  Jerman Barat menarik diri

Piala Dunia FIFA 1966[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Sepanyol menarik diri dari bidaan sebelum pengundian oleh Kongres FIFA yang diadakan di Rom, Itali pada 22 Ogos 1960. Sekali lagi, hanya terdapat satu pusingan pengundian dengan England menewaskan Jerman Barat untuk kedudukan hos.

Keputusan:

  1.  England, 34 undian
  2.  Jerman Barat, 27 undian
  3.  Spain menarik diri

Piala Dunia FIFA 1970[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Kongres FIFA diadakan di Tokyo, Jepun pada 8 Oktober 1964. Satu pusingan pengundian menyaksikan Mexico mengatasai Argentina.

Keputusan:

  1. Bendera Mexico Mexico, 56 undian
  2. Bendera Argentina Argentina, 32 undian
  3. Bendera Australia Australia menarik diri
  4. Bendera Colombia Colombia menarik diri
  5. Bendera Jepun Jepun menarik diri
  6.  Peru menarik diri

Piala Dunia FIFA 1974, 1978 dan 1982[sunting | sunting sumber]

Tiga hos untuk Piala Dunia FIFA 1974, 1978 dan 1982 telah dipilih oleh Kongres FIFA di London, England pada 6 Julai 1966.

Bidaan 1974[sunting | sunting sumber]

Bidaan 1978[sunting | sunting sumber]

Bidaan 1982[sunting | sunting sumber]

Keputusan 1974[sunting | sunting sumber]

  1.  Jerman Barat
  2.  Spain menarik diri sebagai pertukaran untuk tugas penganjuran 1982
  3. Bendera Itali Itali menarik diri
  4.  Belanda menarik diri


Keputusan 1978[sunting | sunting sumber]

  1. Bendera Argentina Argentina
  2. Bendera Colombia Colombia menarik diri
  3. Bendera Mexico Mexico menarik diri, kerana mereka telah memenangi penganjuran untuk Piala Dunia 1970

Keputusan 1982[sunting | sunting sumber]

  1.  Spain
  2.  Jerman Barat menarik diri sebagai pertukaran untuk tugas penganjuran 1974
  3. Bendera Itali Itali menarik diri

Piala Dunia FIFA 1986[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Pengundian hos kini dikendalikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA (atau 'Exco'), bertemu di Stockholm, Sweden pada 9 Jun 1974 dan mengesahkan bidaan Colombia menang tanpa bertanding.

Keputusan:

  1. Bendera Colombia Colombia

Walaubagaimanapun, Colombia menarik diri selepas dipilih menjadi hos Piala Dunia kerana masalah kewangan pada 5 November 1982, kurang dari empat tahun sebelum kejohanan ini dimulakan. Panggilan untuk bidaan telah dipanggil semula, dan FIFA menerima hasrat daripada tiga negara:

Di Zurich pada 20 Mei 1983, Mexico menang bidaan secara sebulat suara kerana dipilih oleh Exco, buat kali pertama dalam sejarah bidaan Piala Dunia FIFA.

Keputusan:

  1. Bendera Mexico Mexico undi sebulat suara
  2. Bendera Kanada Kanada, Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 0 undian

Piala Dunia FIFA 1990[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Semua negara yang membida untuk menjadi hos Piala Dunia edisi ini telah menarik diri kecuali Itali dan Soviet Union sebelum pengundian, yang akan dikendalikan oleh Exco di Zurich pada 19 Mei 1984. Sekali lagi, hanya satu pusingan undian diperlukan; Itali mengatasi undian Soviet Union.

Keputusan:

  1. Bendera Itali Itali, 11 undian
  2.  Kesatuan Soviet, 5 undian
  3.  Austria menarik diri
  4.  England menarik diri
  5. Bendera Perancis Perancis menarik diri
  6. Bendera Greece Greece menarik diri
  7. Bendera Iran Iran menarik diri
  8.  Jerman Barat menarik diri
  9.  Yugoslavia menarik diri

Piala Dunia FIFA 1994[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Walaupun mempunyai tiga negara yang membida untuk menjadi hos Piala Dunia edisi ini, pengundian hanya memerlukan satu pusingan sahaja. Undian telah diadakan di Zurich (untuk kali ketiga berturut-turut) pada 4 Julai 1988. Amerika Syarikat memenangi bidaan dengan menerima lebih separuh daripada undian oleh ahli-ahli Exco.

Keputusan:

  1. Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat, 10 undian
  2.  Maghribi, 7 undian
  3. Flag of Brazil.svg Brazil, 2 undian
  4. 800px-Flag of Chile.svg-1-.png Chile menarik diri

Piala Dunia FIFA 1998[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Undian diadakan di Zurich buat kali keempat berturut-turut pada 1 Julai 1992. Hanya satu pusingan pengundian diperlukan untuk menentukan Perancis sebagai hos mengatasi Maghribi.

Keputusan:

  1. Bendera Perancis Perancis, 12 undian
  2.  Maghribi, 7 undian
  3.  Switzerland menarik diri
  4.  England menarik diri
  5. Bendera Jerman Jerman menarik diri

Piala Dunia FIFA 2002[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Pada 31 Mei 1996, mesyuarat pemilihan hos telah diadakan di Zurich untuk kali kelima berturut-turut. Bidaan bersama telah ditubuhkan antara Jepun dan Korea Selatan, dan tawaran itu diundi dengan sebulat suara, undi lisan tanpa kertas undian. Bidaan bersama Piala Dunia yang pertama telah diluluskan.

Keputusan:

  1. Flag of South Korea.svg Korea Selatan/Bendera Jepun Jepun (bidaan bersama, diundi dengan sebulat suara)
  2. Bendera Mexico Mexico

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia FIFA 2002 telah dihoskan buat kali pertama di Asia oleh Jepun dan Korea Selatan. Pada mulanya, kedua-dua negara ini ialah pesaing dalam pembidaan ini. Mereka telah bersetuju untuk menjadi hos bersama. Walau bagaimanapun, persaingan dan jarak antara mereka membawa kepada masalah organisasi dan logistik. FIFA berkata, hos bersama tidak mungkin berlaku lagi, dan pada tahun 2004, FIFA menyatakan bahawa ketetapan itu tidak membenarkan bidaan hos bersama. [3]

Piala Dunia FIFA 2006[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Pada 6 Julai 2000, mesyuarat pemilihan hos telah diadakan buat kali keenam berturut-turut di Zurich. Brazil telah menarik diri dari proses pembidaan ini, tiga hari sebelum undian. Ini adalah kali pertama di mana lebih dari satu pusingan pengundian diperlukan. Tiga undian akhirnya diperlukan. Jerman terikat untuk undian pusingan pertama dan akhirnya mengalahkan Afrika Selatan dengan hanya satu undian (lihat bawah).

Keputusan
Negara Undian
1 2 3
Bendera Jerman Jerman 10 11 12
 Afrika Selatan 6 11 11
 England 5 2 0
 Maghribi 2 0 0
Jumlah Undian 23 24 23

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Keputusan mengenai keputusan Jerman menjadi hos Piala Dunia FIFA 2006 telah membawa kepada perubahan seterusnya. Pungutan akhir adalah 12 kepada 11 undian memihak Jerman mengatasi pesaing, Afrika Selatan, yang telah menjadi pilihan untuk menang. Ahli FIFA dari New Zealand, Charlie Dempsey, yang telah diarahkan untuk mengundi Afrika Selatan oleh Konfederasi Bola Sepak Oceania, dikecualikan daripada mengundi pada saat-saat akhir. Jika dia mengundi pembidaan Afrika Selatan, pungutan undian akan menjadi 12-12 dan memberi keputusan untuk Presiden FIFA, Sepp Blatter untuk mengundi Afrika Selatan. [4] Dempsey adalah antara lapan ahli Jawatankuasa Eksekutif untuk menerima faks dari editor majalah satira Jerman Titanic pada Rabu, malam sebelum undian, yang dijanjikan dengan hadiah sebagai pertukaran kerana mengundi Jerman. Beliau berpendapat bahawa tekanan dari semua pihak termasuk satu percubaan untuk merasuah telah memberi tekanan kepadanya. [5]

Oleh yang demikian, FIFA memutuskan untuk memutarkan penganjuran pertandingan akhir antara Konfederasi konstituennya sehingga pemilihan tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2014 pada tahun 2007, apabila mereka mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan meneruskan dasar putaran benua mereka (lihat di bawah). [6]

Piala Dunia FIFA 2010[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

Proses pembidaan Piala Dunia yang pertama di bawah putaran benua adalah Piala Dunia FIFA 2010, [3] Piala Dunia pertama diadakan di Afrika. Selepas ia telah disahkan oleh FIFA bahawa bidaan bersama tidak akan dibenarkan pada masa akan datang, Libya dan Tunisia telah menarik diri daripada pembidaan mereka pada 8 Mei 2004. Pada 15 Mei 2004 di Zurich (kali ketujuh berturut-turut pemilihan tuan rumah diadakan di sana), Afrika Selatan, selepas kerugian yang sempit dalam bidaan 2006, mengalahkan Maghribi untuk menjadi tuan rumah, 14 undian kepada 10. Mesir tidak mendapat sebarang undian.

Keputusan
Negara Undian
1
 Afrika Selatan 14
 Maghribi 10
750px-Flag of Egypt.svg.png Mesir 0
Jumlah Undian 24

Piala Dunia FIFA 2014[sunting | sunting sumber]

Bidaan:

FIFA meneruskan lagi prosedur putaran benua sekali gus Piala Dunia FIFA 2014 adalah untuk Amerika Selatan. FIFA menyatakan mereka akan keluar dari konsep putaran benua, [7] tetapi kemudian mengambil keputusan untuk terus melalui keputusan hos 2014, selepas itu ia telah digugurkan.

Colombia telah menyatakan minat mereka untuk menjadi hos Piala Dunia FIFA 2014, [8] tetapi menarik diri dan menjadi hos Piala Dunia B-20 FIFA 2011. [9] Brazil juga menyatakan minat untuk menjadi hos Piala Dunia. CONMEBOL, menyatakan pilihan mereka iaitu Brazil untuk menjadi hos. [10] Brazil adalah satu-satunya negara yang mengemukakan bidaan rasmi apabila prosedur bidaan rasmi untuk persatuan ahli CONMEBOL telah dibuka pada bulan Disember 2006, kerana pada masa itu, Colombia, Chile dan Argentina telah menarik diri, dan Venezuela tidak dibenarkan untuk membida.

Brazil membuat tawaran tanpa bertanding pertama sejak pemilihan awal Piala Dunia FIFA 1986 (apabila Colombia telah dipilih sebagai tuan rumah, tetapi kemudian menarik diri kerana masalah kewangan). Jawatankuasa Eksekutif FIFA mengesahkan Brazil sebagai negara tuan rumah pada 30 Oktober 2007 melalui keputusan sebulat suara. [11]

Keputusan:

  1. Flag of Brazil.svg Brazil
  2. Bendera Colombia Colombia menarik diri

Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022[sunting | sunting sumber]

Bidaan 2018:

Bidaan 2022:

FIFA mengumumkan pada 29 Oktober, 2007 bahawa ia tidak lagi akan meneruskan dasar putaran benua itu, yang dilaksanakan selepas pemilihan hos Piala Dunia FIFA 2006. Dasar pemilihan hos yang terbaru adalah mana-mana negara boleh membida untuk menjadi hos Piala Dunia, dengan syarat konfederasi benua mereka menjadi salah satu daripada hos dua edisi Piala Dunia yang lalu. Bagi proses pembidaan Piala Dunia 2018, bidaan dari Afrika dan Amerika Selatan tidak dibenarkan. Bagi proses pembidaan Piala Dunia 2022, bidaan dari Amerika Selatan dan Eropah tidak dibenarkan. [12][13] Juga, FIFA secara rasmi membenarkan bidaan bersama sekali lagi (selepas mereka mengharamkannya pada tahun 2002), akibat daripada wujudnya hanya satu jawatankuasa penganjur bagi setiap bidaan bersama, tidak seperti Korea / Jepun, yang mempunyai dua jawatankuasa penganjur yang berbeza. [14] Antara negara yang berminat untuk menjadi hos ialah Australia, England, Indonesia, Jepun, Qatar, Rusia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Bidaan bersama Sepanyol & Portugal dan Bidaan bersama Belgium & Belanda. [12][15][16]

Hos untuk kedua-dua Piala Dunia telah diumumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 2 Disember, 2010. Rusia telah dipilih untuk menjadi hos Piala Dunia FIFA 2018, menjadikannya Piala Dunia pertama yang akan dihoskan di Timur Eropah dan menjadikannya negara terbesar dari segi geografi untuk menjadi hos Piala Dunia. Qatar telah dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadikannya Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Timur Tengah dan kali kedua di Asia. Juga, keputusan yang dibuat menjadikan Qatar ialah negara yang paling kecil dari segi geografi untuk menjadi hos Piala Dunia. ref name=fifa20182022>"Russia and Qatar to host 2018 and 2022 FIFA World Cups, respectively". FIFA. 2010-12-02. </ref>

Undian 2018
Negara Undian
1 2
Flag of Russia.svg Rusia 9 13
Bendera Sepanyol Sepanyol/Bendera Portugal Portugal 7 7
 Belanda/ Belgium 4 2
 England 2 0
Jumlah Undian 22 22


Keputusan 2022
Negara Undian
1 2 3 4
Bendera Qatar Qatar 11 10 11 14
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 3 5 6 8
Flag of South Korea.svg Korea Selatan 4 5 5 0
Bendera Jepun Jepun 3 2 0 0
Bendera Australia Australia 1 0 0 0
Jumlah Undian 22 22 22 22

Tuduhan Rasuah[sunting | sunting sumber]

Sebelum undian, tuduhan rasuah menyebabkan penggantungan dua orang ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, mengurangkan bilangan pengundi kepada 22. [17]

Pada bulan Mei 2011, dakwaan rasuah antara pegawai kanan FIFA telah menimbulkan persoalan ke atas kesahihan Piala Dunia yang akan diadakan di Qatar. Menurut Naib Presiden Jack Warner, e-mel telah disiarkan mengenai kemungkinan bahawa Qatar 'membeli' Piala Dunia FIFA 2022 melalui rasuah menerusi Mohammed bin Hammam yang merupakan presiden Konfederasi Bola Sepak Asia pada masa itu. Pegawai Qatar dalam pasukan bidaan untuk 2022 telah menafikan sebarang salah laku. [18] Seorang pemberi maklumat, didedahkan sebagai Phaedra Almajid, mendakwa beberapa pegawai Afrika telah dibayar $ 1.5 juta oleh Qatar.[19] Beliau kemudiannya menarik balik dakwaan rasuah ke atasnya, beliau menafikan bahawa beliau akan membalas dendam ke atas pasukan bidaan Qatar untuk melegakan beliau dari tugas itu dengan mereka. Beliau juga menafikan yang meletakkan di bawah sebarang tekanan untuk membuat penarikan balik itu. FIFA mengesahkan menerima e-mel daripada beliau yang menyatakan beliau menarik balik. [20][21] Pada 1 Jun 2014, Sunday Times mendakwa telah memperolehi dokumen termasuk e-mel, surat dan pemindahan bank yang kononnya membuktikan bahawa Bin Hammam telah membayar lebih daripada AS $ 5 juta kepada pegawai bola sepak untuk menyokong Bidaan Qatar itu. Bin Hamman dan semua mereka yang dituduh menerima rasuah menafikan semua tuduhan. [22]

Lebih banyak syak wasangka muncul pada Mac 2014 apabila ia telah menemukan bahawa Jack Warner, yang ingin meletakkan jawatannya sebagai Presiden CONCACAF dalam kehinaan, dan keluarganya telah dibayar hampir $ 2 juta daripada firma yang dikaitkan dengan kempen berjaya Qatar. FBI sedang menyiasat Warner dan disyaki terlibat untuk bidaan Qatar. [23]

Piala Dunia FIFA 2026[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Piala Dunia FIFA 2026

Bidaan CONCACAF untuk Piala Dunia 2026, dengan Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada yang berkemungkinan besar untuk membida. [24] Di bawah peraturan FIFA pada tahun 2013, Eropah dan Asia tidak boleh menjadi hos untuk Piala Dunia FIFA 2026, [25] yang membuka peluang kepada Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania untuk membida. [26]

Bidaan 2026:

Piala Dunia FIFA 2030[sunting | sunting sumber]

Empat bidaan awal untuk Piala Dunia FIFA 2030 telah dicadangkan, dengan usaha secara kolektif dari negara-negara Asia Tenggara, [27] bidaan yang dicadangkan oleh Persekutuan Bola Sepak Chile, [28] dan usaha yang dicadangkan dari Uruguay dan Argentina. Bidaan Uruguay-Argentina bersempena dengan ulang tahun keseratus sejak edisi pertama Piala Dunia di Uruguay dan Perlembagaan pertama Uruguay.

Amerika Selatan[sunting | sunting sumber]

Asia[sunting | sunting sumber]

Nota: Langkah negara ASEAN untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 mungkin terpaksa dipindahkan ke tahun 2034 disebabkan peraturan FIFA 2014 (dikenali sebagai Dasar Putaran), Piala Dunia 2030 tidak boleh diadakan dalam Asia atau benua yang menjadi hos Piala Dunia 2026.

Jumlah pencalonan tuan rumah[sunting | sunting sumber]

Pencalonan yang berjaya ditebalkan.

Negara Pencalonan Tahun
 Jerman 6 1938, 1962,[n 1] 1966,[n 1] 1974,[n 1] 1982,[n 1] 2006
 Sepanyol 5 1930, 1966, 1974, 1982, 2018[n 2]
 Argentina 4 1938, 1962, 1970, 1978
 Brazil 1950, 1994, 2006, 2014
 England 1966, 1990, 2006, 2018
 Mexico 1970, 1978, 1986,[n 3] 2002
 Maghribi 1994, 1998, 2006, 2010
 Itali 3 1930, 1934, 1990
 Amerika Syarikat 1986, 1994, 2022
 Chile 2 1962, 2014
 Colombia 1986,[n 3] 2014
 Perancis 1938, 1998
 Jepun 2002,[n 4] 2022
 Rusia 1990,[n 5] 2018
 Afrika Selatan 2006, 2010
 Korea Selatan 2002,[n 4] 2022
 Belanda 1930, 2018[n 6]
 Switzerland 1954, 1998
 Australia 1 2022
 Belgium 2018[n 6]
 Kanada 1986
 Mesir 2010
 Greece 1990
 Hungary 1930
 Indonesia 2022
 Libya 2010
 Qatar 2022
 Portugal 2018[n 2]
 Sweden 1958
 Tunisia 2010
 Uruguay 1930

Prestasi tuan rumah[sunting | sunting sumber]

Pasukan tuan rumah lazimnya menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika beraksi di Piala Dunia FIFA.[31] Dari lapan buah negara yang pernah memnangi Piala Dunia FIFA, hanya Brazil dan Sepanyol yang berjaya muncul juara di luar tanah air mereka,serta England dan Perancis pula hanya muncul juara ketika menjadi tuan rumah. Sweden pula hanya mampu melayakkan diri ke final ketika menjadi tuan rumah iaitu pada tahun 1958, dan hanya Sweden dan Brazil yang berjaya menjadi naib juara ketika menjadi tuan rumah.[32] Pasukan tuan rumah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sebanyak tiga belas kali dari dua-puluh kejohanan, serta Chile dan Korea Selatan hanya berjaya meraih tempat ke-empat ketika menjadi tuan rumah. Cuma Afrika Selatan yang gagal melepasi peringkat kumpulan sebagai tuan rumah pada 2010.[33]

# Prestasi Pasukan Perlawana M S K Kemenangan % GF GA GD GD/M GF/M
1 Juara  Uruguay (1930) 4 4 0 0 100 % 15 3 12 3 3.8
2 Juara  Perancis (1998) 7 6 1 0 93 % 15 2 13 1.9 2.1
3 Juara  England (1966) 6 5 1 0 92 % 11 3 8 1.3 1.8
4 Juara  Itali (1934) 5 4 1 0 90 % 12 3 9 1.8 2.4
5 Juara  Jerman Barat (1974) 7 6 0 1 86 % 13 4 9 1.3 1.9
6 Juara  Argentina (1978) 7 5 1 1 79 % 15 4 9 1.3 2.1
7 Naib Juara  Brazil (1950) 6 4 1 1 75 % 22 6 16 2.7 3.7
8 Naib Juara  Sweden (1958) 6 4 1 1 75 % 12 7 5 0.8 2
9 Tempat Ke-tiga  Itali (1990) 7 6 1 0 93 % 10 2 8 1.1 1.4
10 Tempat ke-tiga  Jerman (2006) 7 5 1 1 79 % 14 6 8 1.1 2
11 Tempat ke-tiga  Chile (1962) 6 4 0 2 67 % 10 8 2 0.33 1.3
12 Tempat ke-empat  Brazil (2014) 7 3 2 2 57 % 11 14 −3 −0.4 1.57
13 Tempat ke-empat  Korea Selatan (2002) 7 3 2 2 57 % 8 6 2 0.3 1.1
14 Suku Akhir  Mexico (1986) 5 3 2 0 80 % 6 2 4 0.8 1.2
15 Suku Akhir  Mexico (1970) 4 2 1 1 63 % 6 4 2 0.5 1.5
16 Suku Akhir  Switzerland (1954) 4 2 0 2 50 % 11 11 0 0 2.8
17 Suku Akhir  Perancis (1938) 2 1 0 1 50 % 4 4 0 0 2
18 Pusingan kedua  Sepanyol (1982) 5 1 2 2 40 % 4 5 −1 −0.2 0.8
19 Pusingan kedua  Jepun (2002) 4 2 1 1 63 % 5 3 2 0.5 1.25
20 Pusingan kedua  Amerika Syarikat (1994) 4 1 1 2 38 % 3 4 −1 −0.3 0.8
21 Peringkat kumpulan  Afrika Selatan (2010) 3 1 1 1 50 % 3 5 −2 −0.7 1
  • Kemenangan % → Seri bermaksud menang separuh. Kemenangan melalui sepakan penalti bermaksud seri.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Pencalonan oleh Jerman Barat, yang bergabung dengan Jerman Timur pada tahun 1990 untuk membentuk negara Jerman.
  2. ^ a b Pencalonan bersama Portugal dan Sepanyol.
  3. ^ a b Colombia asalnya dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada Jun 1974. Walaubagaimanapun, pada November 1982, kerajaan Colombia mengumumkan tidak berkemampuan untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA kerana ketidakmampuan dari segi ekonomi. Mexico telah dipilih sebagai pengganti pada 20 Mei 1983.
  4. ^ a b Pencalonan bersama oleh Jepun dan Korea Selatan.
  5. ^ Pencalonan oleh Soviet Union, yang dibubarkan pada tahun 1991 dan rekod ini diwarisi oleh Russia.
  6. ^ a b Pencalonan bersama oleh Belgium dan Belanda.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Norlin, pp.24–25
  2. ^ "FIFA World Cup: host announcement decision" (PDF). FIFA. 12 March 2009. Dicapai pada 2 October 2011. 
  3. ^ a b Host nation of 2010 FIFA World Cup – South Africa{{ World Cup 2018 Russia date=June 2014}}, FIFA Media Release, May 15, 2004. Retrieved on January 8, 2006.
  4. ^ "FIFA president Blatter a big loser with Germany getting 2006 World Cup" by Robert Wagman, SoccerTimes, July 7, 2000. Retrieved on January 8, 2006.
  5. ^ "German magazine takes credit for bribery hoax", IOL, July 7, 2000. Retrieved on January 8, 2006.
  6. ^ Australia can host World Cup, by Matthew Hall, published 18 September 2005
  7. ^ "Games win inspires bid to host 2018 World Cup" by John Goodbody, The Times, November 16, 2005. Retrieved on January 8, 2006.
  8. ^ BBC News, Colombia bids for 2014 World Cup, 17 July 2006
  9. ^ FIFA, Brazil confirms bid – Colombia withdraws{{world cup 2018 Russia|date=June 2014}}, 13 April 2007
  10. ^ Brazil set to host World Cup
  11. ^ "Clear declaration to defend the autonomy of sport" (Press release). FIFA. 6 December 2006. Dicapai pada 6 December 2006. [pautan putus]
  12. ^ a b "The end of the rotation policy: the press conference explaining the decision.". Fifa.com – News Centre. 2007-10-29. [pautan putus]
  13. ^ "Fifa abandons World Cup rotation". BBC SPORT. 2007-10-29. 
  14. ^ "Blatter announces what's to come". FIFA. 2010-06-07. [pautan putus]
  15. ^ "Iberian threat to England's 2018 World Cup bid". ESPNsoccernet. 2007-11-27. 
  16. ^ "Australia Drops Out of Race to Host 2018 World Cup". BBC. 2010-06-10. 
  17. ^ "Temarii to appeal against suspension". ESPN. 2010-11-30. 
  18. ^ "Valcke denies 2022 'bought' claim". BBC News. 30 May 2011. 
  19. ^ Sports Illustrated, "Sorry Soccer", 23 May 2011, p. 16.
  20. ^ "FIFA tight-lipped over whistleblower". Al Jazeera. 11 July 2011. Dicapai pada 12 October 2012. 
  21. ^ Qatar World Cup whistleblower retracts her claims of Fifa bribes. The Guardian. 10 July 2011. Retrieved 12 October 2012.
  22. ^ Bond, David (2014-05-31). "Qatar World Cup: '£3m payments to officials' corruption claim". BBC News. Dicapai pada 2014-07-10. 
  23. ^ Watt, Holly (18 March 2014). "World Cup 2022 investigation: demands to strip Qatar of World Cup". The Telegrph. London. Dicapai pada 20 March 2014. 
  24. ^ "CONCACAF president: North America must host 2026 World Cup". Goal.com. Dicapai pada 17 November 2013. 
  25. ^ Gastelum, Andrew. "CONCACAF president is pushing hard to land 2026 World Cup". LA Times. Dicapai pada 17 November 2013. 
  26. ^ "No Rest For The Curious: Looking Ahead To World Cup 2026". World Cup Blog. Dicapai pada 17 November 2013. 
  27. ^ Hunt, Luke. "Singapore Plans ASEAN Bid for 2030 World Cup". Dicapai pada 17 November 2013. 
  28. ^ "Sergio Jadue cree que Chile debe postular a organizar el Mundial de Fútbol 2030".  |first1= kehilangan |last1= dalam Authors list (bantuan)
  29. ^ http://deportes.telam.com.ar/notas/201411/86534-colombia-y-chile-pretenden-organizar-el-mundial-2030.html
  30. ^ url=http://www.eltiempo.com/deportes/futbol/colombia-quiere-postularse-para-el-mundial-de-futbol-del-2030/14888717
  31. ^ (Inggeris)Chris Anderson & David Sally (June 12, 2014). "How Big Is Brazil's Home-Field Advantage At The World Cup?". Deadspin. Dicapai pada August 2, 2014. 
  32. ^ (Inggeris)"What can econometrics tell us about World Cup performance?" (PDF). PricewaterhouseCoopers. May 2010. m/s. 6–7. Dicapai pada August 2, 2014. 
  33. ^ (Inggeris)Smallwood, John (June 11, 2014). "Ultimate home field advantage: Host nation luck". Philadelphia Daily News. Dicapai pada August 2, 2014.