Keluar Sekejap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keluar Sekejap
Persembahan
Dihoskan olehKhairy Jamaluddin
Shahril Hamdan
Genre
Format
  • Audio
  • video
BahasaMelayu
Juga dalam versiInggeris
Panjang1+ jam
Penerbitan
ProduksiIsmail Amsyar
Raja Syahrir
Syahir Zaini
Iman Irfan
Format video
Format audioMP3
Bil. episod58 (sehingga 17 Oktober 2023)
Keluaran
Keluaran asal1 Mac 2023 (2023-03-01) – kini
PenyediaKeluar Sekejap (2023–kini)
Laman webKeluar Sekejap
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2023–kini
Pelanggan162 ribu
Jumlah tontonan16.5 juta
100,000 pelanggan
Dikemaskini pada 17 Oktober 2023

Keluar Sekejap (dirujuk dengan singkatan KS) ialah sebuah siniar politik mingguan Malaysia dihoskan oleh ahli politik Malaysia Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan. Ia menyiarkan episod rintisannya pada 1 Mac 2023, dan diikuti dengan episod pertamanya pada 7 Mac 2023, di YouTube dan Spotify.[1][2] Keluar Sekejap secara konsisten telah disenaraikan sebagai salah satu siniar paling popular di Malaysia dan telah mempengaruhi trend audio siar politik di negara ini.[3] Siniar ini boleh didapati di pelbagai platform seperti YouTube, Spotify, dan Apple Podcasts dengan sorotan dimuat naik di laman utama Instagram, Facebook, TikTok dan Twitter mereka.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Keluar Sekejap pada mulanya diwujudkan berikutan pemecatan KJ dan Shahril daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan diilhamkan daripada siniar British The Rest is Politics yang dihoskan oleh Alastair Campbell dan Rory Stewart, yang juga kedua-duanya dipecat daripada parti mereka. Pemecatan KJ dan Shahril bermula kerana kritikan terbuka mereka terhadap penyandang jawatan presiden Ahmad Zahid Hamidi. KJ yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO mahu bertanding jawatan presiden bagi pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2023, tetapi kemudiannya dipecat sebelum pemilihan parti berlangsung kononnya kerana mensabotaj parti semasa PRU-15.[4] Shahril juga dipecat selama 6 tahun tetapi tidak dipecat sepenuhnya daripada parti.[5]

Siniar ini kerap menerima tontonan enam angka setiap episod manakala termasuk pelbagai ahli politik Malaysia yang terkenal seperti Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, bekas Menteri Kanan Malaysia Azmin Ali, Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Sejak ditayangkan, Keluar Sekejap terkenal kerana mengkritik kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dan parti pembangkang Perikatan Nasional (PN) dalam pelbagai isu dan pandangan. KJ dan Shahril berkongsi cita-cita sentris dan sederhana untuk Malaysia, di mana mereka sering menolak sentimen ultrakonservatif daripada agenda pembangkang dan populis oleh kerajaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ @keluarsekejap (21 Februari 2023). "Bersama-sama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan mengupas isu-isu semasa dalam siaran #podcast #KeluarSekejap. Nantikan episod pilot dalam masa terdekat ini dan episod pertama pada minggu pertama Mac 2023" – melalui Instagram.
  2. ^ Farahin Fadzil (7 Mac 2023). "KJ & Shahril Hamdan Lancar Episod Pertama Podcast 'Keluar Sekejap' Di YouTube". The Rakyat Post. Dicapai pada 12 Oktober 2023.
  3. ^ Nur Hasliza Mohd Salleh (27 Julai 2023). "After 'Keluar Sekejap', podcasts pick up steam ahead of state polls" (dalam bahasa Inggeris). MalaysiaNow. Dicapai pada 12 October 2023.
  4. ^ Adib Povera (28 Januari 2023). "KJ sacked for sabotaging BN's GE15 campaign by disparaging party" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
  5. ^ Faiz Zainudin (27 Januari 2023). "Umno sacks KJ, suspends Hisham, Shahril" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 13 Oktober 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]