Shahril Sufian Hamdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Shahril Sufian Hamdan
Pengarah Ekonomi
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Memegang jawatan
12 Oktober 2021
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Ketua Penerangan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Memegang jawatan
12 Mac 2020
Didahului olehShamsul Anuar Nasarah
Naib Ketua Pemuda UMNO
Memegang jawatan
30 Jun 2018
KetuaAsyraf Wajdi Dusuki
Didahului olehKhairul Azwan Harun
Butiran peribadi
LahirShahril Sufian bin Hamdan
(1985-10-29) 29 Oktober 1985 (umur 36)
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmihttps://www.shahrilhamdan.com/

Shahril Sufian Hamdan adalah merupakan Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Malaysia yang dilantik pada 12 Oktober 2021 lalu.[1] Selain daripada itu, beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO[2] dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.[3]

Shahril Hamdan[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai jururunding strategi dan pengurusan di McKinsey and Company selama tiga tahun, pengurus penempatan di Teach For Malaysia selama beberapa bulan, dan menjadi pegawai dasar kepada YB Khairy Jamaluddin selama dua tahun—iaitu pekerjaan pertama Shahril sejurus selepas menamatkan pengajian sarjana mudanya.


Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia pada tahun 2008 dan dia meneruskan pembelajarannya di peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science dengan bantuan biasiswa penuh Chevening daripada Jabatan Luar dan Komanwel British.


Shahril merupakan menyokong setia kelab bolasepak Newcastle United walaupun kelab tersebut belum berkesempatan lagi untuk memenangi sebarang gelaran liga Perdana Inggeris.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[4][5]
Tahun Perlembagaan Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah mengundi Majoriti % Keluar mengundi
2018 P112 Kuala Langat, Selangor Xavier Jayakumar (PH-PKR) 43,239 49.08% Shahril Sufian Hamdan (BN-UMNO) 26,127 29.66% 89,437 17,112 87.34%
Yahya Baba

(PAS)

18,731 21.26%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ketua Penerangan Umno dilantik Pengarah Ekonomi PMO
  2. ^ Ahmad Maslan Setiausaha Agung, Shahril Hamdan Ketua Penerangan UMNO baharu
  3. ^ Shahril Hamdan mendahului persaingan naib ketua Pemuda Umno
  4. ^ "Dashboard PRU14". pru14.spr.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Keputusan pilihan raya". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2004. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)