Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

سيد صديق بن سيد عبدالرحمن
Syed Saddiq (cropped).jpg
Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 2018 di pejabatnya
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P146 Muar, Johor
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Razali Ibrahim
Majoriti6,953 (2018)
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia
Dalam jawatan
14 Januari 2017 – 28 Mei 2020
TimbalanBen Ali
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
Raja(1) Sultan Muhammad V
(2) Sultan Abdullah
Perdana MenteriPakatan-harapan-logo.jpg Bendera BERSATU.svg Mahathir Mohamad
TimbalanPakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg Steven Sim Chee Keong
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Khairy Jamaluddin
Digantikan olehLogo Perikatan Nasional.svg UMNO (Malaysia).svg Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ketua Pemuda Pakatan Harapan
Dalam jawatan
13 Disember 2018 – 24 Februari 2020
Didahului olehNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Butiran peribadi
LahirSyed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
(1992-12-06) 6 Disember 1992 (umur 29)
Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politikPakatan Harapan Logo.svg Bendera BERSATU.svg PH-PPBM (2016-2020)
MUDA (sejak 2020)
IbuSharifah Mahani binti Syed Abdul Aziz[1]
BapaSyed Abdul Rahman bin Syed Abdullah Al-Sagoff
HubunganSharifah Amani Syed Abdul Rahman (kakak)
Syed Salleh Syed Abdul Rahman (abang)
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman (abang)
PendidikanMaktab Tentera Diraja
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmisyedsaddiq.my

Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Jawi: سيد صديق بن سيد عبدالرحمن; lahir 6 Disember 1992) merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga ialah Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga pemecatan beliau pada 2020. Selain itu, Syed Saddiq juga ialah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Undang-undang dan juga bekas pensyarah di universiti itu.[2] Beliau ialah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada usia 28 tahun.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan. Bapanya merupakan seorang buruh binaan warga Singapura yang sering berulang alik dari Johor ke Singapura untuk bekerja. Ibunya merupakan seorang guru bahasa Inggeris yang mengadakan kelas tuisyen sehingga lewat malam bagi mendapatkan wang tambahan.[3] Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semasa beliau menuntut di UIAM, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia.[4]

Pada September 2017, beliau menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif dalam politik.[5] Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini menolak tawaran Biasiswa Chevening untuk meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.[6]

Pada April 2020, dia berjaya menamatkan pelajaran di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura dalam Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service Programme.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Menyertai BERSATU[sunting | sunting sumber]

Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam PPBM.[7][8][9]

Menteri Belia dan Sukan dan Undi18[sunting | sunting sumber]

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14 bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen.[10][11] Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.[12] Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, sekaligus membenamkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.[13]

Sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ingin menolak umur pengundian yang lebih rendah, atau kelayakan untuk mengundi di Malaysia, dari 21 hingga 18 tahun. Beliau mahu ia dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15. Walau bagaimanapun, beliau telah bersetuju bahawa perlu mempunyai program pendedahan politik untuk golongan muda di Malaysia.[14][15] Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, bersetuju dengan Syed Saddiq bahawa individu yang berusia 18 tahun cukup dewasa untuk mengambil bahagian dalam proses politik.[16]

Beliau pernah muncul dalam filem dokumentari M for Malaysia yang ditayangkan pada 2019.[perlu rujukan]

Pemecatan dari BERSATU dan penubuhan MUDA[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mei 2020, Syed Saddiq bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[17][18]

Berikutan pemecatannya dari Bersatu, Mahathir dan ahli parlimen yang dipimpin olehnya telah membentuk sebuah parti baru, yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). Namun, pada 21 Ogos, Syed Saddiq mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baru yang tidak berpaksikan kaum, melibatkan kaum muda dan bukannya bergabung dengan ahli parlimen yang dipecat di PEJUANG.

Beliau menubuhkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada 17 September 2020.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Statut Rom[sunting | sunting sumber]

Syed Saddiq mempertahankan tindakan empat ahli akademik yang didakwa menyerahkan satu rumusan eksekutif mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Majlis Raja-Raja dan menegaskan tindakan mereka ialah sebahagian daripada kebebasan akademik yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam meraikan demokrasi dan perbezaan pandangan.[19]

Hubungan dengan Tunku Ismail Idris[sunting | sunting sumber]

Pada 2019, Beliau menafikan berada dalam "perang terbuka" dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail. Beliau memberi respons di Twitter-nya kepada Tunku Ismail, bahawa terdapat beberapa pihak telah dianggap sebagai "perisytiharan perang".[20]

Komen mengenai tuduhan kekejaman polis[sunting | sunting sumber]

Saddiq merupakan pengguna media sosial yang aktif dan selalu membuat catatan mengenai isu politik dan sosial di Malaysia. Pada Mei 2021, beliau disiasat oleh pihak polis Malaysia berkenaan video yang disiarkannya di TikTok. Dalam video ini, beliau menuntut keadilan untuk mendiang A. Ganapathy yang meninggal dunia dalam tahanan polis. Dalam video itu, Saddiq mengambil kes tersebut dalam hujahnya berkenaan keganasan polis di Malaysia, dan menuntut keadilan terhadapnya serta menuntut penubuhan badan pemeriksaan bebas terhadap etika kepolisan.

Pada 22 Mei 2021, polis membawa Saddiq ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dikatakan merampas telefonnya serta mengawal akaun Instagram dan Tik Tok-nya setelah diarahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).[21] Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Azman Ahmad Sapri, Saddiq disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan[22] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.[23]

Namun begitu, SKMM menafikan mengarahkan pihak polis untuk merampas telefonnya, dan berkata bahawa mereka hanya "bertindak sebagai agensi teknikal dalam membantu siasatan polis".[24] Walaupun ada dakwaan dari Saddiq bahawa ini ialah "tindakan bermotifkan politik yang diatur SKMM",[21] SKMM menyatakan bahawa mereka akan terus "memberikan bantuan dan cadangan teknikal untuk penyiasatan tanpa sebarang agenda tersembunyi termasuk agenda politik".[24]

Sabitan pecah amanah[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2021, Syed Saddiq disabitkan atas dua kesalahan pecah amanah wang milik BERSATU serta dana sumbangan berjumlah RM1.1 juta oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas kedua-dua sabitan, dan dibebaskan dengan jumlah jaminan sebanyak RM330,000 dengan syarat-syarat tambahan. [25]

Komen Tentang Ketuanan Melayu[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2018, beliau berkata Ketuanan Melayu telah menamatkannya dengan menyebut istilah itu tidak lebih daripada frasa yang tidak bermakna. Kenyataan beliau itu kemudiannya menimbulkan pelbagai respon daripada banyak pihak.

Namun ia pada padangan penyunting mudah sahaja untuk mengaitkannya dengan sebuah ungkapan dari Himpunan Pantun Puisi Melayu di mana ia telah pun diungkapkan dengan sebentuk susunan kata-kata Mutiara Bahasa Pantun Puisi Melayu:

Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Gembira Diri; Senang Dapat Berbini Tua, Tentang Menurut Kembara Berkualiti.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[26][27][28]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keputusan
2018 P146 Muar, Johor Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) 22,341 53.09% Razali Ibrahim (UMNO) 15,388 36.57% 42,719 6,953 84.02%
Abdul Aziz Talib (PAS) 4,354 10.34%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keluarga reda dengan keputusan Syed Saddiq Sinar Harian.
  2. ^ "10 Things About Syed Saddiq Abedul Rahman, Asia's Top Debater". themalaymailonline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-03.
  3. ^ 10 things about: Syed Saddiq Abdul Rahman, Asia’s top debater Channel NewsAsia. Dicapai pada 28 September 2018.
  4. ^ IIUM debate team is Asia's best The Star Online (12 Jun 2015). Dicapai pada 24 Oktober 2017.
  5. ^ "Syed Saddiq turns down Oxford for politics". www.nst.com.my. Dicapai pada 2017-09-03.
  6. ^ "Syed Saddiq turns down Oxford a second time". Free Malaysia Today. 2 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-18. Dicapai pada 14 Jun 2018.
  7. ^ "Malaysia: Mahathir-led Group Files Paperwork for New Party". BenarNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-03.
  8. ^ "Critics of Malaysian PM submit papers to register new political party". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-03.
  9. ^ "Bersatu". pribumibersatu.org.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-11. Dicapai pada 3 September 2017.
  10. ^ "PH's Syed Saddiq Syed Abdul Rahman wins Muar". Free Malaysia Today. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-18. Dicapai pada 14 Jun 2018.
  11. ^ Amar Shah Mohsen and Haikal Jalil (10 Mei 2018). "Syed Saddiq: Thank you Muar, Malaysia". The Sun Daily. Dicapai pada 14 Jun 2018.
  12. ^ Lim Teik Huat (2 Julai 2018). Syed Saddiq is Youth and Sports Minister, Malaysia's youngest-ever Cabinet member The Star Online (2 Julai 2018). Dicapai pada 3 Julai 2018.
  13. ^ Luqman Arif Abdul Karim (2 Julai 2018). "Rekod Najib dipadam Syed Saddiq". Harian Metro. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  14. ^ "Voting age should be lowered to 18, says Syed Saddiq - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-08-02.
  15. ^ "Gov't aims to lower voting age to empower youth: Syed Saddiq". New Straits Times. 23 July 2018. Dicapai pada 2 Aug 2018.
  16. ^ "Umno leader back Syed Saddiq's push for lower voting age". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-26. Dicapai pada 2018-08-02.
  17. ^ "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu". Astro Awani. 28 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  18. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (28 Mei 2020). "BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  19. ^ Ahmad Suhael Adnan (9 April 2019). "Syed Saddiq pertahan tindakan 4 ahli akademik". Free Malaysia Today. Dicapai pada 14 April 2019.
  20. ^ Elly Fazaniza (10 April 2019). "Syed Saddiq denies 'open warfare' with TMJ". The Sun Daily. Dicapai pada 14 April 2019.
  21. ^ a b "After 2-hour probe, Syed Saddiq has his phone seized by cops". Free Malaysia Today. 22 May 2021.
  22. ^ "S505(b) Penal Code as of February 2018" (PDF).
  23. ^ "Section 233 Communications Act 1998 ( Improper use of network facilities or network service, etc.)" (PDF).
  24. ^ a b "MCMC denies ordering police to seize Syed Saddiq's handphone".
  25. ^ Umavathi Ramayah (22 Julai 2021). "Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pecah amanah". Astro Awani. Dicapai pada 23 Julai 2021.
  26. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
  27. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  28. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]