Trisha Ooi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 5: Baris 5:
| birth_date = {{birth date and age|2000|8|17}}
| birth_date = {{birth date and age|2000|8|17}}
| birth_place = [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]
| birth_place = [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]
| nationality = [[Malaysia]]
| occupation = Pelakon, model, pelagak ngeri
| occupation = Pelakon, model, pelagak ngeri
| years_active = 2019–kini
| years_active = 2019–kini

Semakan pada 13:57, 17 Januari 2024

Trisha Ooi
Kelahiran
Reyshqa Aqiera binti Mohd Nasron Ooi

(2000-08-17) 17 Ogos 2000 (umur 23)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, model, pelagak ngeri
Tahun aktif2019–kini

Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi (lahir 17 Ogos 2000 di Kuala Lumpur, Malaysia) atau lebih dikenali sebagai Trisha Ooi ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Erra lakonannya dalam drama Risik Pada Hati (2022). Beliau sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai pelagak ngeri.[1][2]

Kerjaya

Trisha memulakan kerjayanya awalnya di belakang tabir sebagai pelagak ngeri wanita ketika menimba ilmu persilatan, namun tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan pada mulanya.[3]

Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau membintangi filem Wira (2019) arahan Adrian Teh,[4] seterusnya membintangi drama KL Gangster: Underworld dan Hari Kita Jatuh Cinta. Trisha mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi lakonannya dalam Risik Pada Hati yang disiarkan di TV3. Dalam drama ini, beliau memegang watak perampas suami orang yang bernama Erra.[5][6]

Pada tahun 2023, beliau berlakon dalam dua filem, iaitu Coast Guard Malaysia: Ops Helang dan Pagari Bulan.[7][8] Beliau juga berlakon bersama Aliff Aziz menerusi drama Tentang Hati Dia dengan memegang watak sebagai Tiara.[9]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Wira Konco Vee Filem pertama
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Trisha / Riska Penampilan khas
Polis EVO 3 Sebagai pelakon lagak ngeri, dikreditkan dengan nama sebenar
Pagari Bulan Sui Li
2024 Janna Endoro Janna pos-produksi
Roxana Mulan
TBA Memoir Seorang Guru

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Hari Kita Jatuh Cinta Anna Nabila Awesome TV
Langkah Terakhir Jessica TV Okey
2022 Kau Cipta Kasih Sari TV3
Kerana Dia Suka Zaimah (Zee)
Risik Pada Hati Erra
2023 Kau? C.E.O Aku? Sherry TV1
Rindu Darul Iman Hanna TV Okey
Tentang Hati Dia Tiara TV3
Surat Dari Tuhan Rifqa
2024 Menanti Senja Sarah Adina

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 Misteri Jam Vintage Linda Astro Citra
2021 Bukan Cinta Biasa Athirah TV2
Aisya & Bella Mei Ling
2022 Bukan Teman Stereotype Citra Ayu Maulida Ramlee TV9

Web Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 KL Gangster: Underworld 2 Teja Iflix

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Selamat Pagi Malaysia Dirinya sendiri TV1 Mempromosikan telefilem Bukan Cinta Biasa

Rujukan

  1. ^ Norhayati Nordin (14 Julai 2022). "Ikut kehendak watak". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  2. ^ Norhayati Nordin (24 September 2023). "Yakin gerak sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  3. ^ Najiy Jefri (30 Oktober 2021). "Bukan sekadar lagak ngeri". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  4. ^ Charma Kie (11 Julai 2022). ""Adakala Saya Tergelincir" – Trisha Ooi Bersyukur Tidak Keseorangan Beraksi Ngeri". BOOM!. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  5. ^ Norhayati Nordin (30 Jun 2022). "Watak Erra buat Trisha dikecam hebat". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  6. ^ Norhayati Nordin (29 Julai 2022). "'Perampas dalam lakonan, ok lah' - Trisha Ooi". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 Ogos 2023). "Mesej dalam lakonan". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2023.
  8. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (18 September 2023). "Trisha Ooi tak kisah berkemban". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2023.
  9. ^ Amirul Asraf (7 Julai 2023). "Drama 'Tentang Hati Dia' Lakonan Aliff Aziz & Trisha Ooi Sarat Dengan Mesej Positif". Oh Bulan. Dicapai pada 5 Oktober 2023.

Pautan luar