KL Gangster: Underworld

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
KL Gangster: Underworld
GenreDrama, aksi
Berdasarkan daripada
KL Gangster oleh Syamsul Yusof
Ditulis olehNazri Annuar
PengarahFaisal Ishak
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod6
Penerbitan
PenerbitSyamin Yusof
Syafiq Yusof
PenyuntingTechnica Post
Lokasi
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalIflix
Siaran asal16 Ogos 2018 – 20 September 2018

KL Gangster: Underworld ialah sebuah drama aksi Malaysia 2018 arahan bersama oleh Faisal Ishak dan Syafiq Yusof. Siri ini diterbitkan oleh Skop Productions dan merupakan rendisi daripada filem KL Gangster (2011) arahan Syamsul Yusof dan memulakan tayangan perdana di iflix bermula 16 Ogos hingga 20 September 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.

Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi iaitu Shah yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Siri ini diumumkan pada Disember 2017, dan dijangka bakal diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix. Syafiq Yusof dan Faisal Ishak menggalas tugas sebagai pengarah.[2][3][4] Menurut Syafiq yang berkhidmat sebagai penerbit: "Bukan senang untuk ayah saya mempercayai orang luar daripada keluarganya untuk mengarah drama atau filem Skop Production tetapi saya berjaya yakinkan beliau Faisal Ishak dapat mengarah siri ini dengan lebih baik".[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Haikal Isa (20 Ogos 2018). "KL Gangster Underworld pecah tabu". Kosmo!. Dicapai 20 Ogos 2018. 
  2. ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai 12 Mac 2018. 
  3. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai 12 Mac 2018. 
  4. ^ "iflix commissions first Malaysian original drama series Kl Gangster: Underworld". Digital News Asia. 6 Disember 2017. Dicapai 12 April 2018. 
  5. ^ Azam A. (16 Ogos 2018). "'KL Gangster Underworld' Siri Yang Lebih Ganas Dan Mengujakan". The Vocket. Dicapai 16 Ogos 2018.