Sarjan Hassan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:69E2:3601:5D5B:62D6:549E:A836 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 18: Baris 18:


==Sinopsis==
==Sinopsis==
{{spoiler}}
Hassan ([[P. Ramlee]]) berumur 10 tahun ketika ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Pak Lebai, majikan arwah ayahnya yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak Pak Lebai, Aziz ([[Jins Shamsudin]]) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz dan Buang ([[Salleh Kamil]]) senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah ([[Saadiah]]) jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila [[Perang Dunia II]] semakin dekat, [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]] mula mengambil rekrut.


Hassan ([[P. Ramlee]]) berumur 10 tahun ketika ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz ([[Jins Shamsudin]]) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz dan Buang ([[Salleh Kamil]]) senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah ([[Saadiah]]) jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila [[Perang Dunia II]] semakin dekat, [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]] mula mengambil rekrut.


Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga kebun. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi [[Sarjan]].
Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga kebun. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi [[Sarjan]].

Semakan pada 14:09, 6 April 2017

Sarjan Hassan
PengarahLamberto Avellana
P. Ramlee
PenulisRalph Modder (cerita)
P. Ramlee (lakon layar)
Dihasilkan olehMalay Film Productions Ltd
DibintangiP. Ramlee
Saadiah
Salleh Kamil
Omar Rojik
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd
Negara Malaysia &  Singapura
BahasaBahasa Melayu

Filem Sarjan Hassan (Sergeant Hassan) ialah salah satu filem yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Pada awalnya filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya. Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee. Ia ditayangkan pada 28 Ogos 1958. [1], [2], [3]

Sinopsis

Templat:Spoiler


Hassan (P. Ramlee) berumur 10 tahun ketika ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz (Jins Shamsudin) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz dan Buang (Salleh Kamil) senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah (Saadiah) jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang Dunia II semakin dekat, Rejimen Askar Melayu mula mengambil rekrut.

Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga kebun. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Sarjan.

Apabila Jepun menyerang Malaya, Sarjan Hassan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya menentang mereka dengan gagah dan berani sekali. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz apabila dia menjadi tawanan perang. Dalam masa yang sama, Buang mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai. Buang menggunakan kedudukannya untuk menggangu penduduk kampung dan memaksa Salmah mengahwininya.

Pelakon

Jins Shamsuddin (kanan) dan Salleh Kamil (kiri) melakonkan watak antagonis dalam filem ini. Jins Shamsuddin (kanan) dan Salleh Kamil (kiri) melakonkan watak antagonis dalam filem ini.
Jins Shamsuddin (kanan) dan Salleh Kamil (kiri) melakonkan watak antagonis dalam filem ini.
  1. P. Ramlee (Sarjan Hassan)
  2. Saadiah (Salmah)
  3. Jins Shamsuddin (Aziz)
  4. Salleh Kamil (Buang)
  5. Daeng Idris (Pak Lebai)
  6. Aini Jasmin (Minah)
  7. Kapten John Gray RMR
  8. Kapten David Downe RMR
  9. Sarjan Pon
  10. Koperal Rashid
  11. Nyong Kamil
  12. Leng Hussain
  13. Omar Rojik
  14. S. Shamsuddin
  15. M. Rafiee
  16. Adik Jaafar
  17. Kemat Hassan
  18. Adik Habibah
  19. Omar Suwita
  20. Zainol Bakar
  21. Ali Fiji
  22. H.M. Rohaizad

Pengarah

Lagu

  • Tunggu Sekejap - P.Ramlee

Sarjan Hassan agen penjajah ?

Pada 10 September 2011, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kini Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mempersoal penayangan filem Sarjan Hassan. Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P. Ramlee merupakan seorang yang baik dan setia, namun dia berkhidmat untuk ketuanya iaitu orang Inggeris dan melawan Buang yang menjadi ejen Jepun. Kedua-duanya wakili penjajah.

Kisah Sarjan Hassan yang sebenar adalah berlainan dengan sinopsis filem Sarjan Hassan. Kisah hidup Sarjan Hassan Othman adalah ketika negara dalam era serangan komunis. Beliau berkhidmat sebagai askar melayu dari 1950 hingga 1962. Beliau berkhidmat selama 16 tahun bermula dari berpangkat prebet sehinggalah ke jawatan Penolong Ketua Kompeni di Briged Kedua Infantri.

Rujukan