Wak Doyok: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 59: Baris 59:
[[Kategori:Usahawan Malaysia]]
[[Kategori:Usahawan Malaysia]]
[[Kategori:Pengacara televisyen Malaysia]]
[[Kategori:Pengacara televisyen Malaysia]]
[[Kategori:Pelakon lelaki Malaysia]]

Semakan pada 16:14, 27 Oktober 2017

Wak Doyok
Kelahiran
Mohd Azwan bin Md Nor

(1979-11-23) 23 November 1979 (umur 44)
Nama lainTengku Muhammad Azwan Shah[a]
PekerjaanUsahawan, personaliti televisyen, ikon fesyen
Terkenal keranaFesyen misai dan janggut yang unik

Mohd Azwan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok (lahir 23 November 1979) merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia, terkenal dengan fesyen misai dan janggut yang unik.[1][2] Beliau merupakan pengasas bersama jenama pakaian The Garment.[3]

Asal-usul "Wak Doyok"

Dalam satu temuaramah pada 2016, Wak Doyok bertanya mengenai asal usul nama samaran beliau: "Ini panggilan dari kawan-kawan saya, Wak adalah nama lelaki di Malaysia, sedangkan Doyok adalah kerana saya berketurunan Jawa, dan ketika saya kecil Doyok dan Kadir sangat popular di Malaysia, jadi saya dipanggil Wak Doyok,".[4]

Ikon fesyen

Sebagai ikon fesyen Malaysia, Wak Doyok dikenali kerana penampilannya yang berbeza dan juga pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish). Beliau menjadi antara ikon muda yang berani tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal persis bab jejaka maskulin era Inggeris 60-an. Pada 2012, beliau mengusahakan jenama pakaiannya iaitu The Garment, bersama dua rakan kongsinya, Fairuz Ramdan dan Mal Zahari yang bukan sahaja imejnya yang menjadi ikutan, malah menjadi sebutan kerana penampilannya kini menjadi ikutan kebanyakan kebanyakan pencinta fesyen pada hari ini.[5][6]

Selain berkhidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai, Wak Doyok turut mempunyai rangkaian perniagaan produk seperti krim jambang, Kopi Wak Doyok dan wax rambut Pomade. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Karl Shafek dan beberapa nama lagi. Terbaharu, beliau melancarkan jenama pakaian lelaki terbaru, MEGWAK.[7]

Kehidupan peribadi

Wak Doyok lahir di Klang dan membesar di Kajang, Selangor. Beliau dilaporkan pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, namun berpisah kerana tiada persefahaman.[8][9] Baru-baru ini, beliau mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April lalu. Bagaimanapun, ia tidak kesampaian apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan namun beliau enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu.[10]

Televisyen dan filem

Wak Doyok memulakan kerjaya televisyennya apabila beliau bekerjasama bersama vokalis kumpulan Oh Chentaku!, Myo mengacarakan rancangan travelog di TV9 bertajuk Ke Korea Ke Kita? yang disiarkan pada 2014, ia kemudian diikuti oleh siri Ke Indonesia Ke Kita?.[11][12] Seterusnya beliau muncul dalam iklan Kurang Manis, Lebih Sihat terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof lakonan Zizan Razak.[13][14] Di dalam filem ini, beliau memegang watak dirinya sendiri, anak kepada Taji Semprit (A. Galak).[15][16]

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Personaliti Media Sosial Popular Tercalon
Pengacara TV Lelaki Popular Tercalon

Catatan

  1. ^ Terdapat kekeliruan mengenai nama sebenar Wak Doyok, samada Mohd Azwan Mohd Nor atau Tengku Muhammad Azwan Shah. Tetapi, nama sebenar beliau ialah Mohd Azwan Mohd Nor dan bukannya Tengku Muhammad Azwan Shah seperti yang dirujuk oleh media.

Rujukan

  1. ^ "Siapa Wak Doyok Sebenarnya Sebelum Jadi Terkenal". Oh Bulan!. 9 Ogos 2015. Dicapai pada 23 September 2017.
  2. ^ Aizyl Azlee (20 September 2015). "10 things about: Wak Doyok, fashion internet monster". The Malay Mail Online. Dicapai pada 23 September 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan) (Inggeris)
  3. ^ Grace Chen (19 September 2013). "Revival of the gentlemen – Features". The Star Online. Dicapai pada 29 September 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan) (Inggeris)
  4. ^ Angga Roni Priambodo (5 Februari 2016). "Siapa sangka, Wak Doyok sosok hits asal Malaysia ternyata turunan Jawa". Brilio.net. Dicapai pada 26 September 2017. (Indonesia)
  5. ^ "Ikon fesyen: Wak Doyok semakin dapat perhatian". Sinar Harian. 24 Mei 2015. Dicapai pada 26 September 2017.
  6. ^ Marina Shabudin (26 Ogos 2014). "Wak Doyok: Saya tak kisah apa orang kata". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2017.
  7. ^ "Wak Doyok, Ikon Fashion Baru Dunia Asal Malaysia, Lihat Gaya dan Aksinya". Tribun News. 17 Oktober 2016. Dicapai pada 26 September 2017. (Indonesia)
  8. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (10 Oktober 2016). "Wak Doyok berteka-teki, putus tunang dengan Azrinaz?". The Malay Mail Online. Dicapai pada 26 September 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ "Hubungan Wak Doyok, Azrinaz sudah berakhir". Sinar Harian. 10 Oktober 2016. Dicapai pada 26 September 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (13 September 2017). "Wak Doyok Sepatutnya Dah Nikah Tapi..." mSTAR Online. Dicapai pada 26 September 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  11. ^ "Ke Korea Ke Kita?". 26 Januari 2014. Dicapai pada 27 September 2017.
  12. ^ Arina Azlan (11 Ogos 2015). "Wak Doyok diganggu, cabaran menyelam Myo". Kosmo!. Dicapai pada 27 September 2017.
  13. ^ Angelin Yeoh (29 Ogos 2017). "Wak Doyok suits up for role in Abang Long Fadil 2". Star2. Dicapai pada 27 September 2017. (Inggeris)
  14. ^ Dennis Chua (2 Mei 2017). "Wak Doyok, the next big movie star". New Straits Times. Dicapai pada 27 September 2017. (Inggeris)
  15. ^ Rowena Ang, Ng Si Hooi and R. Aravinthan (14 August 2017). "I'm not giving up on love, says actor Wak Doyok". The Star. Dicapai pada 29 September 2017. (Inggeris)
  16. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (14 August 2017). "Wak Doyok bitten by acting bug". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017. (Inggeris)

Pautan luar